Pelan makan yang ‘clean’ dan mudah dimakan ini adalah untuk menurunkan berat badan dengan pengambilan makanan diet yang sihat dan mengehadkan makanan yang telah diproses.
Kalau Mama rasakan tabiat sihat yang anda amalkan seperti tidak berkesan lagi, Mama boleh cuba menu diet seminggu ringkas ini untuk membantu anda mendapatkan badan yang sihat dan berat badan yang ideal.
Menu Diet Seminggu Yang Boleh Dicuba di Rumah
Berikut merupakan cadangan menu diet seminggu khas lengkap dengan menu untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan juga makan malam.
-
Hari pertama
Sarapan pagi: Campuran oat bersama pisang atau buah-buahan potong yang lain.
Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama potongan dada ayam yang diperap bersama bawang putih dan lemon.
Minum petang: Mentega kacang dan juga potongan buah.
Makan malam: Bihun goreng dan telur rebus.
-
Hari kedua
Sarapan pagi: 2 keping roti bersama telur hancur.
Makan tengah hari: Segenggam nasi bersama tempe dan tauhu goreng. Boleh juga ditambah sup sayur.
Minum petang: Potongan buah epal.
Makan malam: Segenggam nasi bersama potongan dada ayam yang dipanggang.
-
Hari ketiga
Sarapan pagi: Lempeng yang dimakan bersama potongan buah pisang.
Makan tengah hari: Segenggam nasi dengan hidangan ikan stim bersama limau.
Minum petang: Badam dan juga coklat gelap.
Makan malam: Segenggam nasi bersama sup sawi dan tauhu.
-
Hari keempat
Sarapan pagi: Overnight oat.
Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama sup ayam.
Minum petang: Kacang campuran.
Makan malam: Segenggam nasi bersama ayam stim.
-
Hari kelima
Sarapan pagi: Smoothies pisang bersama mentega kacang.
Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama sup ikan.
Minum petang: Yogurt bersama potongan buah-buahan.
Makan malam: Segenggam nasi bersama lauk singgang ikan.
-
Hari keenam
Sarapan pagi: Roti bakar bersama potongan epal dan sedikit madu.
Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama ikan bakar dan air asam.
Minum petang: Telur rebus yang dilenyek dan dimakan bersama roti.
Makan malam: Segenggam nasi dengan lauk tomyam ayam.
-
Hari ketujuh
Sarapan pagi: Wrap dengan inti ayam panggang dan sayur bayam.
Makan tengah hari: Segenggam nasi putih bersama ayam panggang lada hitam.
Minum petang: Popia berinti sayur.
Makan malam: Spageti aglio olio dengan potongan dada ayam.
Akhir sekali, bukan hanya makanan yang menyebabkan anda sihat, tetapi juga gaya hidup anda secara keseluruhan.
Perkara Lain Yang Harus diamalkan Selain Pemakanan Menu Diet Seminggu
Oleh itu, selain daripada mengikuti contoh menu diet seminggu seperti yang disarankan, anda juga dinasihatkan untuk melakukan perkara-perkara seperti berikut:
- Amalkan minum air kosong atau air bersama perahan limau bagi menggantikan air bergula.
- Jangan skip sarapan pagi kerana ia merupakan waktu makan paling penting setiap hari.
- Banyakkan makan sayuran dan juga buah-buahan.
- Amalkan gaya hidup yang aktif seperti bersenam dan kerap berjalan kaki.
- Kawal pengambilan jumlah makanan. Makanan yang sihat tanpa pengawalan jumlah yang diambil adalah sia-sia.
- Elak snek yang tidak sihat seperti keropok, minuman berkarbonat dan kek yang manis dan bergula.
- Banyakkan pengambilan sumber protein (ayam,daging atau ikan) dan kurangkan pengambilan sumber karbohidrat.
- Elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu.
Sekiranya Mama ingin mendapatkan berat badan yang ideal dan sihat, jangan lupa untuk eat clean bermula hari ini.
Mama boleh cuba cadangan menu diet seminggu di atas dan pastikan anda mengamalkan perkara sihat lain seperti kurangkan pengambilan gula, bersenam, dan sebagainya.
Cuba dalam masa dua minggu ke sebulan dan lihat hasilnya!