Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Menu Sahur Cheesy Egg Toast Yang Mudah Lagi Menyelerakan

Umat Islam yang berpuasa diharuskan untuk bangun sahur dan menjamah walaupun hanya sebiji kurma atau seteguk air. Tambahan pula, yang lagi penting mestilah apa yang dijamah semasa bersahur agar diri kekal bertenaga walaupun berpuasa. 

Makanan yang dimakan perlulah membekalkan nutrisi dan nutrien penting supaya tubuh badan kekal bertenaga sepanjang hari sehinggalah waktu berbuka. Nutrien penting ini akan memberikan badan manusia stamina yang cukup untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadan.

Selain daripada makan nasi bersama beberapa lauk lain semasa bersahur, mungkin Mommy boleh sediakan jenis hidangan yang lain seperti yang berasaskan roti.

Bukan malas tau, roti pun boleh mengenyangkan dan lebih mudah untuk disediakan. Malah, lebih menarik minat anak-anak untuk menjamah makanan sewaktu bersahur dengan menu kita dalam entri hari ini iaitu Resepi Cheesy Egg Toast yang dikongsikan Khairul Abdullah.

Kredit gambar: Akaun Instagram Super Daddy Khairul Abdullah (@mynameiskhairul)
Print

Cheesy Egg Toast

Resepi mudah yang boleh dihidangkan semasa bersahur di bulan Ramadan.
Course Menu Utama
Cuisine Barat
Keyword Kek, Kuih, dan Pastri, Keluarga
Prep Time 10 minutes
Cook Time 15 minutes
Author Khairul Abdullah

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

  • 1 keping Roti
  • 1 biji Telur
  • 1 sudu kecil Keju Boleh gunakan apa sahaja jenis keju
  • 1 sudu kecil Garam dan lada hitam Secukup rasa

Instructions

  • Tekan bahagian tengah permukaan roti dan biarkan ia tenggelam sedikit dan membentuk kawah. Sapukan mentega atau marjerin di sekeliling permukaan roti itu.
  • Pecahkan telur di tengah-tengah permukaan roti sehingga ia masuk ke dalam kawah tadi. Taburkan garam, lada hitam dan juga cheese di atas.
  • Masukkan ke dalam air fryer atau ketuhar pada suhu 180° selama 10 minit.

Selain daripada menu di atas, Mommy boleh hidangkan menu yang terdiri daripada kumpulan makanan di bawah agar diri kekal bertenaga sepanjang berpuasa.

Makanan Sahur Yang Akan Membantu Badan Kekal Hidrat dan Bertenaga Sepanjang Hari

1. Telur 

Telur mengandungi protein yang banyak selain diperkaya dengan vitamin dan nutrien yang sangat bagus untuk tubuh badan. Dengan hanya memakan telur, ia akan membuatkan kita terasa lebih kenyang. Mak ayah boleh cuba untuk buat scrambled eggs dan letakkan ia di atas roti bakar begitu sahaja. Mudah kan?

Untuk menambahkan rasa dan kelainan, sapukan marjerin atau mentega (salted atau unsalted) ke atas roti bakar sebelum meletakkan scrambled eggs. Selain daripada scrambled eggs, telur rebus juga adalah pengganti yang lebih sihat. Hancurkan sebiji atau dua biji telur rebus, lenyek menggunakan garfu dan letakkan ia di atas roti.

Paling best, telur rebus atau telur separuh masak boleh dimakan begitu sahaja untuk menikmatinya di waktu sahur.

2. Oatmeal

Oatmeal bukan sahaja diperkaya dengan protein, malah ia mempunyai pelbagai khasiat lain yang sangat bagus untuk tubuh badan ketika berpuasa. Ia merupakan sumber protein dan karbohidrat yang menyelerakan.

Mommy boleh sediakan hidangan oatmeal paling mudah dengan beberapa hirisan pisang dan juga susu di dalam mangkuk untuk bersahur. Selain daripada semangkuk oats, Mommy juga boleh menyediakan smoothies berperisa menyelerakan dengan menambahkan beberapa jenis kacang kegemaran dan juga buah-buahan lain.

3. Ikan atau Ayam

Kedua-dua jenis hidangan ini merupakan makanan yang boleh meningkatkan kecergasan tubuh badan umat Islam di bulan puasa. Sekiranya ingin makan ikan di waktu sahur, elakkan daripada menggoreng ikan atau ayam.

Makanan bergoreng bukan sahaja berminyak dan tidak berkhasiat, malah ia akan membuatkan kita rasa lebih dahaga ketika berpuasa. Sebaliknya, Mommy boleh sediakan bubur, sup atau hidangan yang dikukus sekiranya ingin makan ayam atau ikan semasa bersahur. 

Nak lagi menarik atau menambahkan selera, Mommy boleh gunakan potongan ayam yang direbus atau grill bersama hidangan salad atau sayur-sayuran sebagai alternatif yang lebih sihat.

4. Buah-buahan dan Sayur-sayuran 

Kedua-dua jenis makanan ini adalah yang sangat digalakkan untuk dimakan ketika bersahur. Selain daripada meminum air di waktu sahur untuk kekal bertenaga sepanjang berpuasa, tubuh badan umat Islam juga perlu kekal terhidrat daripada kedua-dua kumpulan makanan ini.

Antara jenis buah-buahan dan sayuran yang Min sangat syorkan adalah tembikai, strawberi, pic, oren, tomato, timun, salad, bayam dan seleri. Mommy boleh hidangkan sebagai salad, ulaman atau dipotong sebagai pencuci mulut penutup sahur. 

5. Roti dan Kacang

Percaya atau tidak, makan roti sahaja sudah memadai apabila bersahur. Roti sebenarnya jauh lebih berkhasiat dan pastinya membuatkan seisi keluarga jauh lebih kenyang jika dibandingkan dengan nasi berlauk, terutamanya roti wholemeal. 

Dengan hanya sapuan mentega atau mentega kacang di atas roti akan membuatkan umat Islam berasa kenyang lebih lama dan mudah menjalani ibadah berpuasa. Mommy juga boleh cuba kombinasi lain seperti sapuan jem dan marjerin. 

Kekacang juga sangat disyorkan untuk diambil semasa bersahur. Tapi, janganlah makan begitu sahaja ya. Min cadangkan kombinasi yang menyelerakan seperti kacang kegemaran Mommy dicampurkan dengan yogurt pilihan.

Kombinasi ini akan memberikan khasiat semula jadi kacang yang membuatkan perut  kenyang lebih lama walaupun dimakan dalam kuantiti yang sikit. Menarik bukan?


Yang penting, selain rasa sedap makanan tersebut, pastikan Mommy dan seisi keluarga masih mendapatkan nutrisi yang diperlukan sepanjang berpuasa. Seperti resepi yang dikongsi Super Daddy Khairul Abdullah ini. Nampak sedap, simple dan menyelerakan bukan? Boleh la Mommy cuba prepare menu ni agar si manja lebih berselera time sahur di rumah.

Nantikan resepi sahur yang seterusnya hanya di Motherhood Story.