Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Menu Sahur Kegemaran Ramai: Resepi Mi Goreng Pedas

Kredit gambar: Khin's Kitchen

Kembali dengan menu simple untuk sahur kita kali ini! Mi goreng adalah hidangan yang paling simple tapi rasanya sangat padu dan satu pinggan je tak cukup tau! Mesti bertambah.

Dengan resepi ni, Mommy boleh tambahkan protein kegemaran Mommy seperti ayam, daging, makanan laut pun boleh!

Print

Resepi Mi Goreng Sedap

Course Menu Utama
Cuisine Melayu
Keyword Keluarga

Ingredients

  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 5 ulas bawang putih diketuk
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan udang kering kisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 kiub ayam
  • ½ cawan air
  • Fish cake dihiris nipis
  • Fish ball dihiris
  • Sayur
  • 1 pek mee kuning
  • Sedikit kicap manis
  • 7 biji cili padi dihiris

Instructions

  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi, kemudian masukkan cili kering udang kering dan sedikit air. Masak sehingga wangi.
  • Masukkan cili sos, sos tiram dan tambah kan air lagi, gaul rata. Masukkan fish cake, fish ball, sayur dan juga kiub ayam. Gaul rata.
  • Masukkan mi dan renjiskan kicap manis.
  • Gaul rata ke semua bahan. Biarkan masak sebentar baru masukkan cili padi hiris. Sedia untuk dihidang.

Yang membuatkan mi goreng kita sedap dan secukup rasa sebenarnya, cili kisar kita tu tau!

Cili kisar ni lagi jimat sebenarnya dan rasa dia pun kita dapat ubah untuk mengikut cita rasa kita. Jika berminat ataupun Mommy rajin untuk buat cili kisar sendiri boleh ikut resepi dari Che Nom ini.

Resepi Cili Kisar

Kredit gambar: Cookpad

Bahan-Bahan

  • Cili kering
  • Bawang
  • Asam Jawa
  • Belacan

Cara Memasak

  1. Gunting cili kering dan buang biji. Kemudian, rebus cili di dalam air sehingga mendidih dan tapiskan air rebusan.
  2. Tumis dalam minyak yang cukup. Anggaran minyak hingga tenggelam bahan tumis. Boleh buang minyak di dalam sambal setelah sambal masak nanti.
  3. Masak hingga pecah minyak. Pecah minyak ni sebenarnya apabila sambal dan minyak mulai terpisah. Minyak seperti terapung. Warna sambal bertukar menjadi sedikit gelap. Maksudnya dia dah masak! Boleh ditambah sedikit air jika kuah kering untuk mengelakkan kuah sambal hangit.

Haa, itu adalah resepi dan tips-tips memasak cili kisar daripada Che Nom.

Cili kisar ataupun cili boh ni banyak kegunaannya – Mommy nak masak sambal petai udang ke, kuew teow goreng ke, mesti cepat je siap!

Selamat mencuba.

Kredit resepi: Instagram Mori_Said & Che Nom