Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Menu Simple Air Fryer: Resepi Jagung Bakar

Sumber: Big Oven

Kadang-kadang kita tidak perlu menu yang fancy untuk merasa kelazatan makanan. Jagung bakar pun sudah cukup untuk menjadi menu lazat dan mudah untuk dimasak. Lagi sedap kalau dijadikan menu minum petang mahupun snek antara waktu makan.

Dah habis sebatang jagung, pasti nak lagi!

Mari kita lihat terlebih dahulu dengan khasiat jagung untuk badan kita.

Khasiat Jagung

Sumber: SupplyBunny

Jagung ataupun nama saintifiknya Zea, mempunyai khasiat seperti serat, beta karoten, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, vitamin K, folat, mineral seperti magan, magnesium, zat besi dan banyak lagi.

Jagung juga kaya dengan rotein, karbohidrat, kalsium, kalium, sodium dan banyak lagi. Semua ini adalah bagus untuk tubuh badan kita. Jagung juga dapat memberikan beberapa khasiat kepada kesihatan seperti:

  • Antioksidan
  • Menjaga kesihatan buah pinggang
  • Menjaga sistem pencernaan
  • Melindungi jantung
  • Mencegah anemia
  • Menurunkan kolestrol
  • Mengawal diabetes
  • Menjaga kesihatan bayi dalam kandungan
  • Mencegah strok
  • Mengawal paras gula

Tips Makan Jagung

Sumber: Budget Bytes

Selain rasanya yang enak, jagung dapat dimasak dalam pelbagai cara seperti rebus dan tambah susu dan keju sehingga menjadi manis ataupun membuat jagung bakar makan bersama bbq.

Tapi peringatan untuk Mommy, jagung tidak boleh makan dengan berlebihan. Mommy perlu mix jagung bersama buah ataupun sayur-sayuran seperti salad. Jagung sahaja tidak memadai untuk nutrisi badan.

Jagung yang dipetik segar, kaya akan kandungan nutrisi. Jika Mommy beli jagung dengan jumlah yang banyak, boleh simpan di dalam peti ais sebelum masak. Suhu yang sejuk dapat memperlambat proses kimia yang menyebabkan jagung kehilangan rasa manisnya. Jagung dapat bertahan dalam peti ais selama 3 hingga 5 hari. Kalau boleh cepat-cepat masak dan menikmatinya!

Sumber: Reader’s Digest

Harini Mommy bernasib baik kerana resepi yang akan dikongsikan pada hari ini adalah Jagung Bakar. Makanan yang mudah dan lazat untuk disediakan. Bahan-bahannya juga senang untuk diperolehi. Menu ini sesuai untuk dua orang tapi juga sesuai untuk dihidangkan kepada keluarga dan tetamu-tetamu Mommy.

Resepi Jagung Bakar Guna Air Fryer

Print

Jagung Bakar

Course Snek
Keyword Keluarga
Prep Time 15 minutes
Cook Time 18 minutes
Total Time 33 minutes
Servings 2 orang

Equipment

  • Air Fryer

Ingredients

  • 3 jantung jagung manis
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan madu
  • 2 sudu makan mayones
  • Garam secukup rasa

Instructions

  • Tanggalkan kulit jagung dan bersihkan. Selepas itu, potong dua.
  • Ambil mentega, madu dan mayones, gaulkan hingga sebati.
  • Salutkan bahan tadi pada jagung hingga rata.
  • Panaskan Air Fryer pada suhu 200°C sehingga lampu heater padam. Anggaran dalam 3 minit.
  • Kemudian, masukkan jagung ke dalam Air Fryer dan masak selama 15 minit. Keluarkan dan hidangkan.

Selamat mencuba!