Mommy tiada idea nak hidangan makanan untuk si kecil? Mari ikuti perkongsian resepi yang cukup mudah dan senang disediakan.
Sushi nutella pisang ini yang sangat sedap, dan juga amat sesuai untuk diberikan kepada si kecil Mommy. Gabungan rasa nutella dan pisang memang perfect!
Hidangan ini sangat mudah untuk disediakan di rumah ini lebih sihat dan berkhasiat. Confirm anak-anak suka, orang dewasa juga boleh makan.
Resepi Sushi Nutella Pisang
Bahan-bahan:
- 2 keping kulit tortila
- Nutella
- 2 biji buah pisang (ukuran sedang)
Cara Membuat:
1. Letakkan kulit tortilla di atas pinggan atau tempat yang bersih. Sapukan 2-3 sudu nutella pada kulit tortila (mengikut citarasa).
2. Kupas pisang dan letakkan di atas kulit tortilla yang sudah disapu nutella tadi.
3. Setelah itu, gulung pisang tersebut bersama kulit tortilla.
4. Kemudian, potong kepada beberapa bahagian kecil seperti potongan sushi.
5. Setelah siap sushi nutella pisang ini boleh la dihidangkan. Selamat mencuba Mommy!
Sushi Nutella Pisang
Ingredients
- 2 keping Tortila
- 2 biji Pisang (saiz sederhana besar)
- Nutella
Instructions
- Letakkan kulit tortilla di atas pinggan atau tempat yang bersih. Sapukan 2-3 sudu nutella pada kulit tortila (mengikut citarasa).
- Kupas pisang dan letakkan di atas kulit tortilla yang sudah disapu nutella tadi.
- Setelah itu, gulung pisang tersebut bersama kulit tortilla.
- Kemudian, potong kepada beberapa bahagian kecil seperti potongan sushi.
- Setelah siap sushi nutella pisang ini boleh la dihidangkan.
Selamat mencuba Mommy!
Dapatkan lebih banyak resepi yang sedap dan menarik di SINI.