Anda hamil dan menghadapi dilema samaada anda patut menyusukan anak anda yang lebih tua atau tidak? Are you pregnant and facing a dilemma of whether or not you should wean your breastfeeding older child? Jangan risau. Dalam kebanyakan kes, menyusukan ketika hamil adalah selamat sepenuhnya. Berikut adalah perkara yang ibu hamil perlu tahu tentangnya.
Selepas beberapa bulan pertama anda menyesuaikan diri anda menysusakn bayi anda, anda mungkin akan merasa kesemuanya lebih selesa dan dapat menyesuaikan diri, namun dalam tidak sedar anda telah hamil sekali lagi di saat anda masih menyusukan bayi anda.
Terutamanya jika ini kali pertama anda hamil semsasa masih menyusukan bayi anda, dan anda akan dihantui beribu soalan.
Adakah anda patut meneruskan menyusukan anak anda? Atau anak anda perlu mengambil susu botol? Adakah selamat jika bayi anda untuk meneruskan penyususan badan? Adakah bayi dalam kandungan akan terjejas tumbesarannya?
Dan orang sekeliling juga masih menakutkan kita dgengan idea menyusu badan semasa hamil.
Sedihnya, kebanyakan ibu berakhir dengan membuat keputusan bercerai susu bagi bayi kecil mereka kerana kekurangan maklumat tentang penyusuan badan semasa hamil. Dan selalunya mereka akan menyesal dengan tindakan mereka.
Tetapi hakikatnya, dalam kebanyakan kes adalah selamat untuk meneruskan penyususan badan ketika hamil.
Mengapa ia selamat?
Penyusuan badan semasa hamil tidak memberi kesan yang signifikan kepada mana-mana pihak yang terlibat – ibu, bayi kecil dan bayi dalam kandungan. Berikut adalah perkara yang perlu anda ambil tahu dan beri perhatian semasa penyusuan badan dan hamil.
Perkembangan bayi dalam kandungan
Bertentangan dengan kepercayaan popular, penyusuan badan semasa mengandung tidak menjejaskan nutrien yang diterima bayi dalam kandungan. Ibu hamil perlu makan secara sihat dan mencukupi.
Sila ambil perhatian semasa trimester kedua dan ketiga anda memerlukan sekurang-kurangnya 650-450 kalori tambahan sehari. Jika anda hamil dan menyusu badan bayi kecil anda, anda memerlukan tambahan 500-600 calori, bergantung pada umur bayi kecil anda.
Jangan lupa untuk mengambil protein dan kalsium secukupnya. Juga wajib untuk mengambil 8-12 gelas air sehari.
Untuk Ibu yang teruja kembali kurus dan ramping selepas bersalin, boleh juga cuba diet atkins untuk ibu menyusu.
Pengecutan rahim
Jika anda menyusu badan bayi kecil anda semasa anda hamil, anda mungkin pernah mendengar bahawa penyusuan badan semasa hamil menyebabkan penegcutan rahim dan membuat kelahiran pramatang.
Dalam ilmu sains, oxytocin adalah hormon yang dirembeskan semasa menyusu badan dan juga hormon yang merangsang proses bersalin. Bagaimanapun, jumlah hormon yang dirembeskan ketika penyususan badan dan hamil adalah kurang daripada ibu menyusu badan tetapi tidak hamil.
Jumlah oxytocin yang dirembeskan tidak mencukupi untuk membuat rahim mengecut atau mengembang dengan awal. Jadi anda tidak perlu risau.
Kebimbangan Keguguran
Khabar angin mengatakan bahawa penyusuan badan semasa mengandung boleh menyebabkan keguguran. Tidak ada bukti yang menunjukkan kaitan antara peningkatan risiko atau keguguran dan penyusuan badan semasa mengandung. Keguguran berlaku kerana banyak sebab dan pada masa yang tidak ada keterangan yang jelas untuk itu. Penyusuan semasa mengandung bukan faktor penyumbang dalam kehamilan yang sihat dan tidak merumitkan semasa kehamilan.
Keserasian susu untuk bayi yang menyusu
Ya, ia dalah benar bahawa homon semasa hamil masuk ke dalam susu anda. Namun ia tidak membuatkan susu badan anda rosak dan tidak selamat untuk di ambil oleh bayi kecil anda. Hanya jumlah yang kecil dan sedikit sahaja homon tersebut mersap ke dalam susu anda, dan ia tidak mengundang bahaya kepada bayi kecil anda yang masih menyusu badan.
Walaubagaimanapun, jangan terkejut atau risau jika anak anda sendiri mahu bercerai susu badan. Ini kerana pada bulan keempat atau lima, rasa susu badan anda mulai berubah dan berkemungkinan anak anda akan menolak.
Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my
Ketika proses kehamilan, penghasilan susu akan menjadi lebih banyak. Ini membuatkan sesetengah anak memilih untuk bercerai susu badan.
Jadi, ibu-ibu tidak perlu bimbang tentang penyusuan badan tidak mendatankang ketidaksesuaian kepada anak.
Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my
Masa untuk bercerai susu badan
Di dalam sesetengah kes, bercerai susu badan adalah satu pilihan yang terbaik bagi ibu dan anak di dalam kandungan. Ini termasuklah:
- Komplikasi ketika hamil / Kehamilan berisiko tinggi
- Hamil bayi kempar atau lebih
- Pedarahan, atau pengecutan rahim
- Jika janin tidak berkembang dengan baik
- Jika anda dinasihatkan untuk tidak mengadakan hubungan kelamin ketika hamil (oxytocin diremberkan ketika wanita mencapai klimaks)
Namun anda juga harus peka dan mempertimbangkan faktor lain.
Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my
Bekalan susu
Tidak seperti penyusuan badan secara berterusan di mana bekalan susu adalah banyak. namun ketika anda hamil bekalan susu anda akan menurun. Kebanyakan ibu akan merasai perubahan yang ketara tentang penghasilan susu mereka di mana ia berlaku ketika minggu ke 16 hingga 22. Kadang kala mereka sedar dari awal pengthasilan susu mereka telah menurun sejak mereka tahu yang mereka hamil.
Penurunan penghasilan susu ini adalah kerana homon yang dikeluarkan semasa hamil di mana badan ibu hamil akan mengurangkan penghasilan susu dan menghantar signal kepada badan supaya menghasilkan sedikit jumlah colostrum.
Bagi menangani masalah ini, ibu-ibu boleh menggunakan pendekatan dengan menyusukan bayi anda dengan kerap. Namun, harus ingat, penyusuan badan membuatkan anda letih. Jika anda terlalu letih, tidak perlu untuk memaksa diri anda supaya menyusukan bayi and adengan kerap.
Tidak kira jika bayi anda masih bergantung pada susu badan atau sudah makan benda pepejal, ia adalah penting untuk anak anda mendapatkan bekalan susu yang mencukupi. Jika anda tidak boleh memenuhi keperluan anak anda, adalah lebih baik untuk anda mengambil makanan tambahan seperti vitamin.
Perlu di ingat, ini tidak semestinya anda bukanlah ibu yang terbaik jika anda tidak mampu memberi penyusuan bdan ketika anda hami;. Anda adalah ibu yang terbaik!