Merajuk merupakan satu perkara biasa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang sedang berada dalam proses perkembangan.
Ia adalah salah satu cara mereka untuk menyatakan perasaan atau hasrat mereka yang mungkin tidak dapat mereka ungkapkan dengan kata-kata.
Oleh itu, sebagai ibu bapa dan penjaga, adalah penting untuk kita memahami mengapa anak-anak suka merajuk dan bagaimana caranya untuk kita tangani anak yang suka merajuk ini.
Dalam perkongsian di bawah ini, kami kupaskan kepada anda beberapa punca dan cara untuk menangani anak yang suka merajuk. Jom lihat!
5 Sebab Mengapa Anak Suka Merajuk
Berikut adalah 5 sebab mengapa anak suka merajuk:
#1. Tidak Tahu untuk Menyatakan Perasaan Mereka
Disebabkan mereka masih belum tahu cara untuk mengungkapkan rasa tidak puas hati atau kecewa dengan sesuatu perkara membuatkan mereka memilih untuk merajuk. Melalui cara ini mereka berharap Mommy Daddy akan faham dengan apa yang mereka cuba sampaikan.
#2. Rasa Takut untuk Menyatakan Perasaan Mereka
Kanak-kanak mungkin berasa takut untuk menyatakan yang mereka tidak suka dengan sesuatu perkara kerana risau akan reaksi yang akan ditunjukkan oleh Mommy dan Daddy.
#3. Kurangnya Emotional Intelligence (EI)
Kanak-kanak yang masih dalam fasa membesar masih kurang Emotionl Intelligence (EI) di mana mereka masih belum mampu menyatakan perasaan mereka dengan cara yang lebih sihat. Ada masanya mereka sendiri tidak tahu apa yang diinginkan dan merajuk tanpa sebarang sebab.
#4. Mahukan Perhatian
Kanak-kanak suka apabila Mommy dan Daddy memberikan perhatian kepada mereka. Walaupun perhatian tersebut dalam bentuk yang negatif seperti marah. Selagi ianya dapat menarik perhatian Mommy dan Daddy mereka akan lakukannya. Salah satunya ialah merajuk.
#5. Cuba untuk Memanipulasi
Sekiranya Mommy adalah seorang ibu yang cepat kalah dengan ayat sedih dan rajukan anak-anak, pastinya mereka akan lebih kerap untuk ulanginya apabila berhadapan dengan situasi yang mereka tidak sukai. Ini kerana, mereka tahu setiap kali merajuk pasti Mommy atau Daddy akan mengikut telunjuk mereka.
7 Cara untuk Tangani Anak Suka Merajuk
Untuk mengatasi masalah anak suka merajuk ini, Mommy dan Daddy boleh ikuti cara berikut:
#1. Pastikan Luang Masa Berkualiti Bersama Anak
Cara yang pertama ialah pastikan Mommy dan Daddy banyakkan cari dan luangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Jangan biarkan mereka membesar dalam suasana Mommy dan Daddy sering tinggalkan mereka kerana kerja atau urusan lain.
Sentiasa ada dengan mereka pada setiap fasa perkembangan mereka. Ini akan membantu anak-anak untuk jadi lebih gembira, lebih terbuka untuk berkongsi masalah dan perasaan, sekaligus dapat menghindarkan mereka dari merajuk.
#2. Hilangkan Merajuk Anak-anak dengan Cara Wujudkan Rasa Selamat, Mesra dan Menyenangkan di Rumah
Segalanya bermula di rumah. Di rumahlah tempat anak-anak bebas untuk meluahkan segala isi hati mereka dengan bebas dan selamat.
Wujudkan dan kekalkan rasa itu supaya mereka tidak memendam apa yang mereka rasakan. Elakkan pergaduhan, beri perhatian sekiranya mereka mula menunjukkan muka tidak puas hati dan cuba gembirakan mereka sekiranya mereka mula untuk merajuk.
Tunjukkan lebih kasih sayang berbangding perkara negatif. Ini akan membuatkan mereka rasa lebih bebas dan selamat untuk meluahkan perasaan mereka.
#3. Beri Galakkan Kepada Anak untuk Luahkan Perasaan Mereka Melalui kata-kata
Rasa tidak puas hati atau kecewa atau apa sahaja rasa yang dirasa akan dapat dikurangkan rasanya melalui cara meluahkan.
Oleh itu, sekiranya Mommy sedar anak Mommy mula menunjukkan muka tidak puas hatinya, beri perhatian kepada mereka dan minta mereka luahkan perasaan mereka kepada Mommy. Yakinkan mereka bahawa Mommy tidak akan marah sekiranya mereka meluahkan perasaan mereka.
#4. Hilangkan Merajuk Anak-anak dengan Cara Buat Diari
Selain itu, Mommy juga boleh bantu anak Mommy dengan cara bantu mereka meluahkan perasaan mereka melalui diari. Minta mereka atau galakkan mereka untuk menulis dan luahkan segala yang terpendam di dalam diari tersebut.
#5. Elakkan Reaksi yang Berlebihan
Cara seterusnya untuk mengatasi anak kuat merajuk ialah reaksi yang berlebihan semasa anak Mommy meluahkan perasaan akan menyebabkan mereka turn off untuk meluahkan perasaan mereka. Tunjukkan yang Mommy adalah pendengar yang baik dan boleh membantu mereka menyelesaikan ketidakpuasan hati mereka.
Elakkan berkasar dengan mereka dan sekiranya mereka suka merajuk tanpa sebarang sebab, jangan hiraukan mereka. Dengan ini mereka akan sedar bahawa Mommy tidak akan melayan sebarang tunjuk perasaan yang tidak bersebab.
#6. Hilangkan Merajuk Anak-anak dengan Cara Minimumkan Tekanan
Di samping itu, Mommy perlu kurangkan tekanan terhadap anak-anak Mommy. Contohnya, elakkan dari meletakkan sebarang harapan yang terlalu tinggi kepada mereka kerana ini akan membuatkan mereka merasa terbeban.
Tekanan ini akan menyebabkan mereka memendam perasaan dan mudah untuk merajuk apabila berhadapan dengan sesuatu tekanan lain.
#7. Sabar dan Konsisten
Akhir sekali ialah kesabaran dan konsistensi. Sabar dalam melayan setiap kerenah anak-anak yang suka merajuk dan sentiasa konsisten untuk membantu mereka meluahkan perasaan mereka dengan cara yang sihat.
Mereka memerlukan masa yang lebih untuk memahami cara meluahkan perasaan dengan baik.
Kesimpulannya, merajuk adalah normal berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang sedang membesar. Hadapinya dengan tenang dan sabar. Pasti satu hari nanti anak-anak Mommy dan Daddy akan menjadi anak yang pandai menguruskan emosinya sendiri. Selamat mencuba!
Dapatkan pelbagai lagi info dan tips keibubapaan menarik yang lain di SINI!