Ibu, Bayi & Kanak Kanak

5 Teknik Berkesan Merancang Kehamilan Secara Semula Jadi & Kelebihannya

Kredit gambar: istockphoto.com

Apabila sudah berkahwin, kebanyakkan pasangan akan menginginkan zuriat sendiri. Tetapi ini bukanlah bermakna ia perlu berlaku sebaik sahaja pasangan itu berkahwin. Bukannya senang untuk mendapatkan dan membesarkan anak ni.

Mommy dan Daddy kena fikirkan dari pelbagai sudut seperti tahap kesihatan, kewangan dan kemampuan emosi.

Kelebihan Merancang Kehamilan

Satu perkara yang Mommy dan Daddy perlu yakin adalah, merancang kehamilan bukanlah sesuatu yang buruk. Malah ia boleh membawa banyak kebaikan untuk keluarga baru Mommy dan Daddy.

Melalui perkongsian Sexual Health Scotland, antaranya adalah:

1. Mommy dan Daddy akan mempunyai perancangan karier dan kerja yang lebih bagus. Katakanlah Mommy baru sahaja berkerja di sebuah syarikat, pastinya akan lebih sukar untuk memohon cuti bersalin dan sebagainya berbanding jika sudah lama Mommy berkerja dengan syarikat tersebut.

Selain itu, Mommy dan Daddy boleh merancang hala tuju karier dengan lebih jelas dengan merancang kehamilan.

2. Mommy dan Daddy akan berusaha untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Dalam usaha untuk mengandung, Mommy dan Daddy akan mempunyai tempoh tertentu untuk berusaha tingkatkan tahap kesihatan demi mendapatkan bayi yang sihat dan proses mengandung dan bersalin yang lebih mudah.

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto.com

3. Mommy dan Daddy boleh merancang kewangan keluarga dengan lebih baik. Bukan sikit tau, perbelanjaan untuk mempunyai dan membesarkan anak ni besar. Dari permulaan untuk mengandung, kemudian bersalin dan membesarkan zuriat; ini semua menelan perbelanjaan yang besar.

4. Mommy dan Daddy boleh kumpulkan ilmu dan pengalaman yang lebih banyak. Apabila melihat pengalaman mereka yang sudah mempunyai anak, kita boleh mempersiapkan diri dengan lebih baik. Dalam perancangan kita, akan bertambah pengalaman dan ilmu yang dikumpulkan.

5. Mommy dan Daddy boleh fokus kepada komitmen yang sedia ada dengan lebih baik. Tak semudah itu untuk mempunyai anak kan? Tambah-tambah lagi jika Mommy dan Daddy dah ada komitmen lain seperti ada anak yang sedang membesar dan ibu bapa yang kurang sihat.

6. Mommy dan Daddy dapat mempersiapkan emosi dengan lebih baik. Ramai ibu bapa melakukan kesilapan bukannya kerana mereka tidak tahu tetapi gagal untuk mengawal dan meredakan ledakan emosi mereka dalam membesarkan dan mendidik anak-anak.

Dengan tempoh masa yang lebih lama dan ada jarak di antara kehamilan, Mommy dan Daddy dapat mempersiapkan emosi dengan lebih baik.

5 Teknik Merancang Kehamilan Secara Semula Jadi

Dalam merancang kehamilan ni, ada 2 cara iaitu secara ubat-ubatan dan penggunaan alat pencegah kehamilan dan secara semula jadi. Sebelum ini, Motherhood sudah bincangkan segalanya tentang kaedah yang pertama seperti yang dinyatakan di atas.

Jadi kali ini, berdasarkan perkongisan oleh MedicineNet, kita akan bincangkan tentang kaedah semula jadi pula:

#1. Rhythm method

Kredit gambar: istockphoto.com

Antara cara merancang kehamilan semula jadi yang sering dipraktikkan ialah, rhythm method. Rasanya ramai je Mommy dan Daddy yang gunakan kaedah ni kan?

Secara ringkasnya, cara ini dipraktikkan dengan melakukan dan mengelakkan hubungan intim mengikut cycle kesuburan Mommy. Mommy hanya perlu rekod cycle ovulasi Mommy dan ketika tempoh subur, elakkanlah bersama ketika ini.

#2. Menyusu badan

Mommy tahu tak, untuk ibu yang menyusu badan, kebarangkalian mereka untuk mengandung adalah rendah? Lebih-lebih lagi, untuk ibu yang menyusu secara eksklusif.

#3. Withdrawal method

Kaedah ini pun ramai yang mempraktikkannya. Withdrawal method adalah kaedah merancang kehamilan dnegan cara mengeluarkan alat sulit lelaki daripada alat sulit wanita sebelum berlakunya ejakulasi.

Tetapi untuk mempraktikkan cara ini, Mommy dan Daddy mestilah tahu dan mampu mengawal kemampuan diri.

#4. Guna test kit ovulasi

Biasanya wanita menggunakan test kit ovulasi ni untuk mengetahui waktu ovulasi untuk dapatkan zuriat. Tetapi dengan test kit yang sama, buat Mommy yang nak merancang kehamilan, ia pun turut membantu.

Apabila dah tahu waktu subur dengan lebih tepat, bolehlah elakkan bersama dan cegah kehamilan dengan lebih baik.

#5. Kaedah pemeriksaan mucus vagina

Kredit gambar: istockphoto.com

Selain itu, Mommy juga boleh guna kaedah pemeriksaan mucus vagina. Mesti Mommy perasan kan, kalau nak ovulasi, akan keluar cecair macam putih telur? Haa.. dengan kaedah pemeriksaan mucus vagina ni, Mommy perlu periksa cecair yang keluar dari alat sulit Mommy.

Bila keluar cecair yang banyak dan macam putih telur tu, itu tandanya ovum Mommy akan dilepaskan. Untuk merancang kehamilan, memang kena elakkanlah dari berhubungan intim waktu ni.

Kelebihan Merancang Kehamilan dan Teknik Merancang Secara Semula Jadi

Mommy dan Daddy kenalah berbincang, kaedah mana yang rasa-rasanya paling sesuai untuk dipraktikkan. Lain pasangan, lain cara dan kecenderungan kan? Yang pastinya, kaedah ini semuanya selamat dan tidak membahayakan kesihatan.

Tetapi dari segi keberkesanannya, mungkin tidak boleh dipastikan. Apa pun, sebaiknya dapatkanlah panduan dan nasihat dari doktor ya?


Dapatkan info kehamilan yang lain dengan klik SINI.