Mimpi buruk boleh berlaku kepada sesiapa sahaja terutama pada golongan kanak-kanak. Kanak-kanak yang sering mengalami mimipi buruk akan mengalami kesukaran untuk tidur.
Mimpi buruk yang dialami oleh kanak-kanak juga biasanya sangat dipengaruhi oleh peringkat perkembangan mereka pada masa itu.
Sebagai ibu bapa, Mommy boleh cuba beberapa tips hentikan mimpi buruk anak dan cara menenangkan mereka bagi menangani masalah ini.
6 Tips Hentikan Mimpi Buruk Anak Anda
1. Tetapkan Waktu Tidur Anak
Anak-anak yang kurang tidur dan tidur lewat cenderung mengalami mimpi buruk. Penting untuk menjauhkan alat elektronik menjelang waktu tidur kerana penggunaannya dapat menghalang penghasilan hormon melatonin yang mendorong rasa tenang untuk tidur.
2. Tetapkan Masa untuk Bangun
Highlighted
Tetapkan masa bangun berdasarkan jumlah tidur yang diperlukan oleh anak Mommy. Elakkan daripada membiarkan mereka tidur terlampau lama kerana boleh merosakkan mood seharian mereka apabila mengalami mimpi yang tidak baik.
3. Persekitaran Tidur yang nyaman
Pastikan bilik tidur anak-anak Mommy yang selesa dan nyaman untuk berehat pada waktu malam. Elakkan interior design bilik yang seram atau menakutkan untuk anak kecil. Antara kaedah yang disarankan ialah lampu malam, katil yang empuk dan suhu bilik yang sesuai.
4. Membantu Mengurangkan Ketakutan
Jika anak Mommy mengalami ketakutan yang melampau untuk tidur, berikan mereka anak pantung atung atau bantal untuk membantu anak menjadi tenang dan membuatkan mereka rasa selamat.
Dengan adanya peneman, mereka akan lebih tenang dan tidur dengan nyaman.
5. Latih Otak Anak
Sebelum tidur, ajak anak-anak untuk membayangkan pengalaman indah yang pernah mereka alami atau yang akan mereka lalui.
Latih otak mereka untuk hal-hal yang positif bagi menjauhkan mereka untuk berfikir perkara buruk yang tidak berlaku atau perkara yang menakutkan.
Kadang-kala, mimpi buruk boleh menjadi tabiat mereka jadi kerana itulah kita perlu latih semula otak mereka agar tidak terlalu memikirkan tentang hal buruk.
6. Dapatkan Bantuan Pakar
Apabila semua usaha telah dilakukan, mungkin Mommy perlu dapatkan pertolongan orang yang pakar seperti doktor bagi menangani masalah ini.
Dalam sesi terapi, anak Mama akan belajar cara menenangkan diri dan menghentikan mimpi buruk.
7 Cara menenangkan anak anda selepas mimpi buruk mereka
1. Pencahayaan
Jika anak Mommy takutkan bilik yang gelap, tidak mengapa untuk menghidupkan lampu tidur. Cara ini membantu mereka rasa selamat daripada mimpi buruk.
Jika memerlukan sokongan tambahan, Mommy boleh buka sedikit pintu bilik anak-anak untuk menyakinkan mereka bahawa ibu bapanya sentiasa memerhatikannya.
2. Keselesaan
Sebelum tidur, jangan terus tinggalkan mereka di dalam bilik dan tutup lampu. Lebih baik lagi, kalau Mommy dan Daddy berikan pelukan kepada si anak agak mereka rasa selamat untuk tidur.
3. Teman Anak Tidur
Salah satu cara menenangkan anak yang mengalami mimpi buruk adalah dengan bersama mereka dalam pelukan hingga mereka tertidur.
Meluangkan masa yang ada dengan menemani mereka tidur bersama Mommy dan Daddy membantu untuk mengurangkan rasa takut dan cemas dalam diri mereka.
4. Sahkan Perasaan Mereka
Jangan abaikan perasaan takut anak-anak apabila mereka katakan itu pada Mommy! Jangan sesekali memberitahu yang mereka mengada-ngada.
Sebaiknya, Mommy perlu mengenal pasti emosi mereka dengan baik dan mendengar luahan hati mereka. Ia dapat memberikan keselesaan anak-anak untuk berkongsi cerita dengan tenang.
5. Mengalihkan Ketakutan Anak
Kadang-kala mimpi buruk terjadi disebabkan imaginasi ciptaan mereka. Oleh itu, ubah watak antagonis dalam mimpi itu kepada sesuatu yang positif.
Contohnya, anak takut dengan hantu yang mengejarnya. Ubah perspektif si anak dengan mengatakan bahawa mungkin hantu itu tidak wujud dan cuma bayangan sahaja kerana terlalu kerap menonton cerita yang seram.
6. Elakkan Anak Membaca atau Menonton Cerita Seram
Elakkan anak-anak yang masih kecil untuk menonton atau membaca cerita yang seram dan menakutkan. Ia akan menganggu pemikiran anak-anak jika dibiasakan sehingga membawa ke alam yang realiti dan boleh menyebabkan mereka sering mengalami rasa takut.
7. Jadi Ibu Yang Memahami
Ketika anak Mommy datang mendekat dan beritahu tentang mimpi buruknya yang menakutkan itu, pertama sekali dengarkan dahulu ceritanya.
Akui perasaan takutnya itu dan tunjukkan bahawa Mommy benar-benar bimbang dengan keadaan mereka. Tenangkan mereka dengan berikan pelukan atau teman anak Mommy tidur semula.
Mimpi buruk adalah sebahagian daripada proses perkembangan kanak-kanak dalam membezakan dunia realiti dan imaginasi.
Sebagai ibu bapa, peranan kita adalah membantu untuk menghentikan mimpi buruk tersebut dan memberi ketenangan dengan sentiasa berada disamping mereka apabila diperlukan.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Dapatkan lebih banyak tips keibubapaan yang bermanfaat di SINI.