Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Trimester Pertama, Minggu ke-4: Genap Sebulan Kehamilan Anda! Apa Yang Anda Perlu Tahu

Kredit gambar: Orami

Wohoo! Genap pada minggu ke 4 bermakna ibu dah sebulan pregnant! Tahniah ibu!

Pada minggu ini, kebanyakan bakal ibu atau pasangan sudah berkongsi berita gembira dengan ahli keluarga yang lain – ada juga yang hanya selesa berkongsi dengan suami dahulu. Walau apa pun keputusan ibu, yang penting adalah mendapat sokongan daripada suami.

Memasuki usia minggu ke-4 kehamilan di trimester pertama, ibu masih lagi di fasa kritikal, iaitu fasa berhati-hati. Tentu ibu rasa tidak sabar dan ingin tahu perkembangan janin di dalam rahim bukan?

Perkembangan Janin

Highlighted

Kredit gambar: Baby Centre
  • Saiz dan Berat Janin

Bagi perkembangan janin pada minggu ke-4, ini organ bayi ibu mula terbentuk sedikit demi sedikit. Embrio didalam rahim sudah sebesar biji kacang hijau dengan berat dibawah 1 gram atau lebih kurang berukuran 0.1 cm.

Sangat kecil dan comel bukan?

Pada minggu ke-4 ini, embrio anda terdiri daripada dua lapisan iaitu amnion dan yolk sac yang menyokong perkembangan organ janin ibu.

Amnion terdiri daripada cecair ketuban yang akan melindungi perkembangan embrio sehingga menjadi seorang bayi, manakala yolk sac berperanan membantu pengaliran darah sepanjang tempoh kehamilan.

Buat pengetahuan anda, perkembangan organ janin pada minggu ini juga semakin meningkat di mana, perkembangan otak bayi bermula pada minggu ini. Organ jantung dan pembuluh darah juga sudah mula bekerja.

Bagi ibu  yang pertama kali hamil, anda mungkin tertanya-tanya bila nak nampak baby bump kan? Terlalu awal untuk kelihatan baby bump pada minggu ke-4, kerana saiz janin yang sangat kecil.

Apa yang paling penting ketika fasa ini adalah tumbesaran janin ibu yang sihat dan mengikut minggu yang betul.

Kredit gambar: Halo Doc

Simptom Minggu ke-4

Tidak banyak perubahan yang berlaku pada badan ibu minggu ini. Lebih kurang sama dengan simptom-simptom minggu sebelum ini.

Kemungkinan pada minggu ini, ibu akan mula berasa mual dan mengalami morning sickness. Tapi, tidak semua ibu mengalami alahan yang sama.

Pada minggu ini juga, HCG yang berada didalam badan semakin kuat. Jadi, jika anda membuat ujian UPT, garisan dua line akan nampak bertambah pekat berbanding minggu sebelumnya. Hal ini juga akan menyebabkan muncul tanda-tanda kehamilan pada ibu.

Jom semak simptom kehamilan pada minggu ini:

Payudara Membengkak

Payudara membengkak mungkin adalah salah satu tanda awal kehamilan yang terjadi pada ibu. Perubahan ini berlaku sekitar minggu ke-4 sehingga minggu ke-6 kehamilan.

Pada ketika ini juga ibu mungkin perasan perubahan payudara semakin bengkak dan nipples bertambah gelap. Jangan risau, ini cumalah sementara sahaja. Bak kata orang, alahan ibu mengandung. Jadi, jangan terlalu stress ya!

Keletihan

Untuk kebanyakan wanita, keletihan juga adalah simptom awal kehamilan bagi mereka. Perubahan ini juga memang terjadi pada awal trimester kehamilan. Jika jika ibu merasa penat, sila berehat ya. Jangan paksa diri untuk terus melakukan aktiviti. Risau jika ada risiko lain yang berlaku.

Muntah dan Mual-mual

Kredit: Jovee

Pada minggu ini juga ibu akan mengalami morning sickness. Nama sahaja morning sickness, ada juga ibu yang mengalami morning sickness ini ketika pada waktu malam sahaja.

Kebiasaanya morning sickness akan berlaku sekitar minggu ke-6 kehamilan, tetapi ia juga boleh bermula sejak minggu ke-4 kehamilan. Tapi ingat ya ibu, tidak semua ibu yang akan mengalami morning sickness. Ada juga ibu mengandung yang tidak mengalami langsung morning sickness ini sepanjang tempoh kehamilan mereka.

Badan kita lain-lain ya ibu!

Perut Kembung dan Bergas

Kadar hormon progesterone yang meningkat berkemungkinan akan menjadikan sistem pencernaan anda berkurang, dan ini juga menyebabkan kembung perut.

Kekejangan di Bahagian Perut

Kekejangan di bahagian perut pada minggu ini adalah normal. Hal ini terjadi kerana telur yang berjaya disenyawakan sedang melekat pada rahim dan kadangkala berlaku sedikit pendarahan.

Tapi, perlu diingatkan jika kerap berlaku pendarahan ringan ketika awal kehamilan, berkemungkin itu adalah tanda awal kehamilan luar rahim (ectopic pregnancy). Sila pantau ye ibu jika berlaku kekejangan perut berserta pendarahan.

Kredit gambar: Halo Doc

Mood swings

Ini adalah normal bagi wanita hamil. Mood swings bukan sahaja boleh berlaku ketika haid, tapi berlaku juga ketika awal kehamilan ini. Hormon, stress, dan kepenatan adalah antara mood swings yang sering dilalui wanita hamil.

Pada ketika ini, sokongan daripada suami amat diperlukan untuk membantu menstabilkan perasaan bakal ibu.

Senarai Semak Kehamilan Minggu ke-4

Mesti anda tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan ketika kehamilan yang sudah genap sebulan? Sebagai wanita yang pertama kali hamil, anda mungkin ada rasa sedikit keliru dan tidak tahu apa yang perlu ibu lakukan ketika ini.

Jom semak senarai yang perlu dilakukan ketika minggu ini:

Buat UPT

Jika minggu sebelum ini anda belum membuat sebarang test, apakata anda cuba test sekali lagi pada minggu ini. Tips untuk membuat test UPT ini ialah, pada waktu pagi.

Anda disarankan untuk melakukan ujian ini ketika ingin kencing pada waktu pagi kerana hormon HCG berada pada tahap tinggi.

Berjumpa Doktor

Jika keputusan UPT adalah positif, ibu perlu berjumpa doktor untuk memastikan sekali lagi keputusan tersebut.

Untuk membuka buku pink pula, kebanyakan jururawat akan meminta ibu untuk membuka buku pink pada minggu ke-9 kehamilan.

Namun, jika anda mempunyai sejarah keguguran atau kandungan luar rahim, anda akan diminta untuk membuka buku pink dengan lebih awal untuk mengelakkan sebarang komplikasi kehamilan.

Ambil suplemen atau ubat-ubatan yang selamat

Sebagai ibu hamil, wajib untuk anda mengambil suplemen sebagai makanan tambahan untuk memberi tenaga sepanjang kehamilan, dan pada masa yang sama untuk menyokong tumbesaran janin.

Sebelum anda mengambil sebarang suplemen, pastikan anda mendapat khidmat nasihat daripada doktor terlebih dahulu untuk mnegetahui jenis dan dos yang sesuai buat anda.

Penjagaan Kehamilan

Tips kehamilan pada minggu ini adalah, anda perlu memantau makanan serta minuman yang diambil sepanjang kehamilan. Ini kerana apa yang kita makan boleh mempengaruhi kesihatan kita dan janin dalam kandungan.

Amalkan pemakanan yang sihat dan kaya dengan sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

Kekal hidrat dengan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Sebagai info tambahan, pada minggu ini ibu masih belum merasakan pergerakan janin kerana janin ibu masih bersaiz kecil.

Nantikan perkembangan janin anda pada minggu ke-5 kehamilan di artikel seterusnya!