Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Minuman Yang Terbaik dan Sebaliknya Untuk Anak Anda

Girls Drinking Milk

Pelajari minuman mana yang paling sihat dan yang mana patut dihadkan atau dijauhi.

Nota: Informasi di bawah adalah untuk anak berusia 1 tahun keatas. Bayi berusia 6 bulan kebawah hanya patut minum susu ibu atau susu formula. Bayi berusia 6 ke 12 bulan juga boleh minum air dalam kuantiti yang sikit. Susu lembu disyorkan oleh pakar untuk diperkenalkan kepada si kecil anda apabila mereka berumur 1 tahun.

Air

Highlighted


Air adalah pilihan terbaik kerana air boleh menghidrat, membantu mengawal suhu badan, dan dapat mengelakkan sembelit dan jangkitan di saluran kencing – semuanya tanpa menambah kalori dan gula dalam diet si kecil anda. Air juga sumber yang baik kepada fluoride, yang sangat penting untuk gigi yang sihat.

Air Berperisa

Air berperisa mungkin mengandungi bahan yang anak anda tidak perlukan (gula, gula tiruan). Tambahan yang merbahaya seperti caffeine dan herba juga mungkin terkandung dalam air berperisa. Untuk pilihan yang lebih sihat, anda boleh menambah sedikit jus buah kedalam air. Jika anda lebih memilih untuk membeli, pastikan anda memilih jenama yang mengandungi 100% jus buah dan tidak mengandungi gula tambahan.

Susu Lembu

Susu lembu adalah sumber calcium dan vitamin D yang terbaik, selain daripada protein dan nutrien lain yang penting untuk tumbesaran yang sihat. Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), kebanyakan kanak-kanak boleh mendapatkan calcium dan vitamin D yang mencukupi, jika mereka minum 16 ke 20 auns susu lembu setiap hari. Beri anak anada yang berusia 1 tahun susu penuh (kecuali mereka mempunyai risiko obesiti). Susu rendah lemak sesuai untuk si kecil yang berusia 2 tahun keatas. Hadkan kepada 3 cawan susu setiap hari.

Susu tanpa atau kurang laktosa

Susu ini sesuai untuk anak yang mempunyai lactose intolerance. Susu ini mempunyai nutrien yang sama dengan susu lembu biasa, tetapi susu tanpa laktosa lebih manis.

 

Susu Ibu

Tidak menjadi masalah jika anda masih mahu memberi susu ibu kepada anak anda, selagi ianya sesuai untuk anda dan si kecil anda. Susu ibu adalah sumber yang baik untuk kalori dan nutrisi, selain dari memberi sokongan emosi kepada anak anda.

Minuman Susu Berkultur: Minuman Yogurt

Kebanyakan produk ini mempunyai nutrien yang sama seperti susu, namu sesetengah daripadanya tidak diperkaya dengan vitamin D, penting untuk anda baca label nutrisi. Ada juga yang mengandungi bakteria kultur yang boleh membantu penghadaman dan melindungi badan daripada bakteria merbahaya. Tetapi, satu hidangan mungkin tidak mencukupi untuk memberi kelainan kepada kesihatan anak anda.

Susu Soya

Susu soya boleh menjadi alternatif lain untuk susu lembu, nutrien dalam susu soya lebih kurang daripada susu lembu. Jika anak anda minum susu soya sebagai pengganti susu lembu, doktor anda mungkin mengesyorkan vitamin tambahan (supplement). Pilih jenama yang diperkaya dengan calcium dan vitamin A, D, dan B12 sebagai pilihan yang terbaik. Dapatkan versi penuh krim (bukan kurang atau tanpa lemak) untuk anak yang berusia kurang dari 2 tahun. Susu soya mengandungi lemak atau kolesterol dan mungkin mengandungi lemak omega-3.

 

Susu Beras

Susu beras mempunyai nutrien dan protein yang kurang daripada susu lembu, jadi susu beras bukanlah pengganti yang baik. Jika boleh, cari jenama susu beras yang padat dengan calcium dan vitamin A, D, dan B12. Dapatkan versi yang penuh krim (bukan tanpa atau kurang lemak) untuk anak anda yang berusia kurang daripada 2 tahun. Jenama susu beras yang mempunyai rasa manis, mengandungi gula tambahan.

Note: Pakar daripada Consumer Reports menjumpai tahap arsenic yang membimbangkan di dalam susu beras (dan juga produk beras yang lain). Berdasarkan pencarian itu, mereka mengesyorkan, kanak-kanak yang berumur kurang daripada 5 tahun, untuk tidak minum susu beras setiap hari.

 

Susu Badam

Susu badam mempunyai nutrien dan protein yang kurang daripada susu lembu, jadi susu badam bukanlah pengganti yang baik. Jika boleh, cari jenama susu beras yang padat dengan calcium dan vitamin A, D, dan B12. Dapatkan versi yang penuh krim (bukan tanpa atau kurang lemak) untuk anak anda yang berusia kurang daripada 2 tahun. Jenama susu badam yang mempunyai rasa manis, mengandungi gula tambahan.

 

 

Minuman Santan Kelapa

Minuman santan kelapa mempunyai nutrien dan protein yang kurang daripada susu lembu, jadi santan kelapa bukanlah pengganti yang baik. Jika boleh, cari jenama santan kelapa yang padat dengan calcium dan vitamin A, D, dan B12. Terdapat jenis santan kelapa yang mengandungi lebih lemak tepu berbanding susu lembu rendah lemak: ada juga yang kurang. Ada yang meragui lemak yang terkandung dalam santan kelapa, namun masih tiada bukti yang sah sama ada santan kelapa, baik atau tidak untuk anda. Jenama santan kelapa yang mempunyai rasa manis, mengandungi gula tambahan.

 

Jus Buah

Jus adalah salah satu cara untuk mendapatkan satu hidangan buah untuk satu hari, tapi buah segar adalah pilihan yang lebih bijak. Jus mengandungi kurang serat dan nutrien berbanding buah segar. Pilih 100% jus dan hadkan kepada ¾ cawan (6 auns) setiap hari. (Kanak-kanak berusia 7 tahun dan keatas boleh minum sehingga 8 auns atau 1 cawan setiap hari).

 

Jus Tomato dan Jus Sayur

Jus-jus ini adalah salah satu cara untuk mendapatkan satu hidangan sayuran untuk satu hari. Sesetengah jus sayuran mengandungi lebih daripada setengah sodium yang disyorkan untuk kanak-kanak. Pilih versi yang mengandungi sodium rendah.

Lemonade/Limeade Buatan Sendiri

Jika anda memilih untuk membuat sendiri lemonade atau limeade daripada buah yang sebenar, minuman ini boleh menjadi sumber yang baik untuk vitamin C. Namun, minuman ini memerlukan jumlah gula yang banyak.

 

Soda dan Diet Soda

Soda tidak mempunyai nilai nutrisi. Kebanyakan jenama mempunyai warna atau perasa tiruan. Minuman ini juga mempunyai gula dan pemanis tiruan.Alternatif yang lebih baik adalah membuat sendiri “jus soda” daripada air berkarbonat atau sparkling water bersama jus buah 100%. Tetapi, hadkan jus ini kepada 6 auns, dalam 1 hari.

Teh Hijau atau Teh Hitam

Teh biasa (hijau atau hitam) mengandungi anti-oksida, yang bermanfaat, tetapi teh juga mengandungi caffeine. Anda boleh hidangkan teh tanpa caffeine kepada anak anda sebanyak ¼ cawan (2 auns) dalam 1 hari. Tambahkan susu untuk lebih nilai nutrisi.

Teh Herba

Teh herba tidak mempunyai nilai nutrisi. Ada teh herba yang selamat diminum oleh si kecil anda, namun ada juga mempunyai toksik dan yang berpotensi untuk memberi kesan yang tidak dikehendaki.

Minuman Manis (minuman jus yang bukan 100% jus, minuman sukan, teh manis, dan teh diet)

Kebanyakan produk ini tidak mempunyai nilai nutrisi. Minuman ini sama ada mempunyai pemanis tiruan, atau kalori kosong daripada gula tambahan. Warna dan perasa tiruan juga mungkin terkandung di dalam minuman ini. Minuman sukan mempunyai sodium berlebihan, dimana kanak-kanak tidak memerlukan.

 

Minuman Tenaga

Produk ini tidak mempunyai nilai nutrisi. Kebanyakan minuman tenaga mempunyai jumlah caffeine dan gula atau pemanis tiruan yang sangat banyak. Ada juga yang mengandungi herba, yang tidak selamat untuk kanak-kanak.

 

Artikel dipetik daripada Baby Center.