Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Hamil – Antaranya Boleh Bantu Mudahkan Bersalin!

khasiat minyak kelapa dara untuk ibu hamil

Semasa hamil, Mommy dinasihatkan untuk mengambil makanan yang mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi dan menariknya salah satu pembekal utama nutrien penting adalah dengan pengambilan minyak kelapa dara untuk ibu hamil yang mana ia turut menyumbang kepada pertumbuhan, perkembangan dan kesihatan bayi semasa dalam kandungan lagi.

Highlighted


Walau bagaimanapun, Mommy perlu hadkan pengambilan minyak kelapa dara memandangkan ia hampir 100% minyak tepu.

Persatuan Jantung Amerika dan beberapa organisasi kesihatan yang lain mengesyorkan supaya pengambilan lemak tepu hendaklah membentuk tidak lebih daripada 5 hingga 6% daripada kiraan kalori harian.

Oleh itu, adalah selamat sekiranya semasa mengandung Mommy mengambil minyak kelapa dara secara sederhana untuk mendapatkan segala manfaat yang terkandung di dalamnya.

Untuk mengetahui apakah kebaikan minyak kelapa dara yang lain untuk wanita hamil, jom ikuti perkongsian di bawah!

Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Hamil

#1. Antibakteria dan Antikulat

Perubahan hormon dalam tubuh wanita hamil menyebabkan mereka mudah terdedah kepada penyakit. Dengan pengambilan minyak kelapa dara yang bertindak sebagai antibakteria dan antikulat, ia dapat mengurangkan risiko jangkitan terutama selesema dan virus.

#2. Pelembap semulajadi

Minyak kelapa dara terkenal dengan keupayaannya untuk melembap kulit dan rambut. Oleh itu, ia sangat berkesan dalam mengelak dan merawat masalah stretch mark atau regangan kulit semasa hamil.

#3. Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Hamil Dapat Kurangkan Koyakan Semasa Bersalin

Menariknya, dengan mengamalkan urutan perineum menggunakan minyak kelapa terutama semasa minggu-minggu terakhir kehamilan, ia boleh mengurangkan koyakan perineum dan keperluan untuk episiotomi semasa bersalin.

#4. Menghilangkan Morning Sickness

Selain itu, minyak kelapa juga dapat membantu anda dengan masalah kesihatan lain semasa kehamilan seperti mual pagi, pedih ulu hati, dan juga sembelit.

#5. Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Hamil Dapat Kurangkan Risiko Kematian

Penggunaan minyak kelapa pada trimester ketiga mengurangkan kematian perinatal sebanyak lebih daripada 50% di mana anda tidak mudah dijangkiti penyakit disebabkan minyak kelapa dara adalah antibakteria dan antikulat. Malah kebergantungan kepada pengambilan ubat tanpa preskripsi dapat diminimumkan di mana ia memberi kesan buruk kepada anda dan bayi anda yang sedang membesar.

#6. Meningkatkan Sistem Imuniti Tubuh

Menariknya lagi, minyak kelapa juga merupakan salah satu bahan penting yang terdapat dalam susu formula bayi. Oleh itu, adalah sangat baik untuk diamalkan sepanjang kehamilan memandangkan ia merupakan sumber asid laurik yang bertindak sebagai penggalak imuniti, anti-radang dan mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

#7. Melembut dan Melembapkan Kulit

Perubahan hormon ketika hamil juga menampakkan beberapa perubahan yang ketara terutama kulit tubuh. Dengan mengamalkan minyak kepala dara, ia mampu melembutkan dan melembapkan kulit Mommy serta berupaya mengecutkan jerawat yang tumbuh di badan.

#8. Meningkatkan Pengeluaran Susu yang Berkualiti Tinggi

Kredit gambar: parenting.firstcry.com

Selain itu, minyak kelapa dara yang mengandungi asid laurik juga dapat menghasilkan susu ibu yang berkualiti tinggi. Penghasilan susu yang banyak dan berkualiti ini dapat memastikan bayi membesar dengan sihat tanpa ada sebarang masalah kesihatan.

#9. Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Hamil Boleh Menstabilkan Hemoglobin (HB) Rendah

Bagi Mommy yang mempunyai masalah Hemoglobin atau HB rendah sepanjang kehamilan di mana ia membuatkan Mommy cepat penat, sakit kepala dan selalu sesak nafas, Mommy sangat digalakkan untuk makan minyak kelapa dara bagi mengatasi masalah tersebut. Minyak kelapa dara mengandungi zat besi di mana ia dapat menstabilkan kembali hemoglobin ke paras normal.

#10. Boleh Dijadikan sebagai Krim Mata

Tidak dinafikan, semasa hamil badan cepat berasa penat dan mudah mengantuk. Ini disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh.

Manakala, pada fasa-fasa terakhir kehamilan pula, Mommy akan kurang tidur di mana kedua-dua keadaan ini akan membuatkan lingkaran mata Mommy menjadi sebam dan gelap.

Untuk merawatnya, Mommy boleh sapukan beberapa titik minyak kelapa dara di bawah mata untuk hilangkannya.

Jadi Mommy, mulai hari ini dah boleh amalkan pengambilan minyak kelapa dari ini, baik untuk Mommy baik juga untuk bayi! Tapi ingat ya, ambil secara bersederhana saja!

Selain kebaikan minyak kelapa dara ketika hamil, Mommy boleh lihat juga kebaikan air kelapa untuk ibu hamil di SINI.