Manfaat minyak kelapa dara untuk penggunaan Mommy dan si comel memang diketahui ramai kan? Ibu-ibu sering disarankan terutamanya daripada orang-orang tua supaya menggunakan minyak ini sebagai salah satu bahan dalam penjagaan kedua-dua ibu dan bayi.
Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mengandung
Betul ke minyak kelapa dara ni banyak kebaikannya untuk ibu hamil? Jom, kita cuba tengok beberapa manfaatnya:
#1. Tingkatkan kesuburan wanita
Melalui perkongsian Áme Organic, minyak kelapa dara dikatakan boleh meningkatkan tahap kesuburan wanita. Ia dapat merawat ketidakstabilan hormon dalam badan Mommy dan membuatkan thyroid dan pituitary gland berfungsi dengan lebih baik.
#2. Menurunkan kolestrol
Selain daripada itu, kandungan lauric acid yang tinggi di dalamnya dapat menurunkan kolestrol dalam badan Mommy. Kalau ibu hamil tinggi tahap kolestrolnya, memang susah!
#3. Mengelakkan stretch marks (Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mengandung)
Ramai dah ibu-ibu yang gunakan minyak kelapa dara ni untuk mengelakkan stretch marks ketika hamil. Oles je minyak ni di kawasan perut, pinggang, punggung dan pinggul.
Urut perlahan-lahan supaya ia menyerap ke dalam lapisan kulit ya. Kalau untuk stretch marks yang sedia ada, sapuan minyak ini akan memudarkan warna dan regangan stretch marks itu sendiri.
#4. Membantu ketidakhadaman
Jika diminum, minyak kelapa dara boleh membantu mengurangkan acid reflux dalam saluran esophagus menuju ke usus Mommy.
Pernah kan kita sendawa berbuih? Rasa sebu je di kawasan ulu hati tu. Untuk ibu hamil, memang selalu rasa macam ni kan?
Dengan kuantiti yang sesuai, pengambilan minyak kelapa dara boleh membantu mengelakkan ini terjadi dan sekali gus membantu melancarkan proses penghadaman Mommy.
#5. Sebagai pelincir yang selamat
Bila mengandung ni, macam-macam perubahan akan terjadi pada tubuh badan kita kan Mommy? Antaranya adalah, faraj kita kurang atau tidak mengeluarkan cecair pelincir seperti sebelum ini.
Risau juga nak guna pelincir yang dijual di pasaran tu. Entah ke selamat untuk kehamilan kita ni. Haa.. cubalah guna minyak kelapa dara Mommy.
#6. Mengurangkan keradangan kulit
Bukan tu je, kadang-kadang tu, kulit kita pun buat hal ketika hamil ni. Maklumlah.. perubahan hormon kan.
Bila kulit kita mengalami keradangan dan mungkin rasa gatal-gatal, tuangkan sesudu minyak kelapa dara di tapak tangan dan gosok kedua-dua tapak tangan untuk panaskannya.
Kemudian, sapulah di kawasan kulit yang bermasalah. Cuba buat selalu dan tengok berkesan ke tak untuk kulit Mommy. Kalau ada ekzema ke, berbaloi untuk cuba ya!
#7. Lembapkan badan Mommy
Kulit pun menjadi semakin kering ketika hamil? Minyak kelapa dara ni pelembap semula jadi yang hebat tau!
Ambil secukupnya dan oleskan di kulit wajah dan badan Mommy. Cumanya hati-hati sikit di kulit wajah ya. Jangan terlalu banyak. Risau terlebih dan pori-pori wajah kita tersumbat pula nanti.
#8. Sebagai pembersih mulut semula jadi
Tentu Mommy pernah dengar kaedah oil pulling kan? Oil pulling ni memang membantu untuk kesihatan oral kita.
Memang ia tidak bertindak seperti memberus gigi dan flossing tetapi sebagai salah satu kaedah penjagaan mulut yang bagus tau.
Macam mana nak buat? Menurut healthline, berkumur perlahan-lahan dengan sesudu minyak ni selama 20 minit dan bilas dengan kumuran air garam atau berus gigi Mommy selepas tu.
Ia dapat menghalang kaviti, kurangkan plak, menghilangkan bau mulut dan macam-macam lagi.
#9. Untuk menyihatkan rambut
Kebaikan lainnya lagi? Tentulah untuk menyihatkan rambut kan? Sejak dari dulu lagi minyak kelapa dara ni digunakan untuk menyihatkan rambut supaya lebih kuat dan cantik bersinar.
Nak buat sebagai minyak rambut atau hair mask; mana-mana pun boleh!
Memang banyak kebaikan minyak kelapa dara untuk Mommy ketika hamil ni. Selain daripada selamat untuk digunakan, harganya di pasaran tidaklah mahal sangat tetapi berbaloi.
Jangan lupa cuba ya?
Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!
Dapatkan info berguna yang lain semasa hamil dengan rujuk SINI.