Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Mitos Perkembangan Bayi yang Perlu Diketahui Setiap Ibu Bapa

baby hand

Mitos Perkembangan Bayi yang Perlu Diketahui Setiap Ibu Bapa

Datuk nenek, rakan-rakan, dan masyarakat ibu bapa dengan nasihat yang baik, tetapi bagaimana Ibu dan Bapa pasti mereka menerima maklumat yang betul? Dengan bantuan Dr. Adesman dan bukunya “Baby Facts”, kami piasahkan mitos dengan realiti.

Permainan Membuat Bayi Lebih Bijak

Mitos: Bayi memerlukan alat permainan yang canggih untuk ransgsangan otak yang maksima.

Realiti: Tiada bukti mengatakan permainan tertentu membuat anak anda lebih bijak.

Dr. Adesman Menerangkan: Selama bayi belajar untuk menjelajah persekitaran, rangsangan persekitaran akan membantu, tetapi permainan yang canggih adalah tidak penting. Walaupun benar bayi mempunyai kecenderungan pandangan membandingkan gambar hitam putih, ibu bapa jangan sampai tersalah tanggap bahawa akal bayi akan bertambah jika diberi persekitaran tersebut.

Kebenaran Tentang Kelewatan Pertuturan

Mitos: Jika anak anda mengalami kelewatan bertutur atau bahasa, tiada apa yang perlu dibimbangkan, kerana ia akan pulih selama dia membesar.

Realiti: Dapatkan rawatan segera jika anak anda menunjukkan tanda-tanda kelewatan.

Penerangan Dr. Adesman: “Ibu bapa perlu mengenalpasti perbezaan antara pertuturan (bunyian) dan bahasa (kandungan komunikasi) dan menganggap ia serius. Campur tangan awal boleh membantu menentukan samada anak anda autisme atau mengalami masalah kognitif yang lain. Ibu bapa perlu tahu anak mereka mempunyai hak untuk penilaian percuma, jika mereka bimbang, mereka tidak akan tunggu sehingga doktor mereka menyarankan penilaian perkembangan.  

Golongan Bayi = Lambat Bercakap

Mitos: Anak bongsu dalam keluarga yang besar akan lambat bercakap.

Realiti: Susunan kelahiran memainkan peranan kepada bahasa dan pertuturan tetapi ia bukan faktor utama.

Penerangan Dr. Adesman: “Ibu bapa perlu berhati-hati merasionalkan kelewatan bahasa dalam anak. Susunan kelahiran boleh memberi impak kecil, tetapi berbeza untuk setiap keluarga. Jangan mengabaikan kemungkinan masalah kerana anda menganggap bayi lewat bercakap.

Mesti Tahu Membaca

Mitos: Pegang buku dekat dengan mata akan meosakkan pandangan anak anda.

Realiti: Ia tidak akan merosakkan pandangannya, malah mungkin menunjukkan kerabunan.

Penerangan Dr. Adesman: “Memegang buku atau menonton televisyen dari jarak dekat tidak akan merosakkan pandangan anak anda, tetapi mungkin bermasalah jika dia berkeras dengan jaraknya. Bincang dengan pediatrik anak anda. Tidak mengapa jika ia hanyalah minatnya.”

Mengetahui Tinggi Bayi

Mitos: Ketinggian bayi baru lahir meramalkan ketinggian dewasa.

Realiti: Panjang bayi bukan peramal, tetapi mungkin ukuran akan datang.

Penerangan Dr. Adesman: “Kebiasaannya, jika bayi adalah panjang, berkata, ‘Oh, dia akan membesar menjadi gadis yang tinggi!’ tetapi ketinggian ibu bapa ialah peramal yang baik untuk ketinggian anak ketika dewasa. Anggaran tinggi yang lain ialah menggandakan ketinggiannya pada umur 2.”

Adakah Dia Akan Mendapat Alahan?

Mitos: Jika anda ada alahan pernafasan, anak anda akan mewarisinya juga; jika tiada, anak anda tidak akan mendapatnya.

Realiti: Keturunan memainkan peranan kepada siapa yang akan terkena alahan, faktor lain juga.

Penerangan Dr. Adesman: “Mungkin ada sedikit kecenderungan, tetapi jangan fikir jika dia alah pada sesuatu, anak mereka juga sama. Malah, alahan boleh terjadi walaupun ibu bapanya tiada alahan. Bila tentang kanak-kanak dan alahan, bukan genetik yang menetapkannya.”

Tentang Dr. Andrew Adesman

Dr. Adesman ialah seorang ketua Bahagian Perkembangan dan Pediatrik Tingkah laku di Hospital Kanak-kanak Schneider di New York dan professor dalam Bahagizan Pediatrik Albert Einstein College of Medicine. Bukunya Baby Facts menerangkan lebih daripada 200 mitos dan fakta kesihatan, pertumbuhan, penjagaan dan banyak lagi tentang bayi dan kanak-kanak.

 

Copyright © 2009 Meredith Corporation.