Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sex Education #2: Bagaimana Modul Pendidikan Seks yang diperkemas dapat membantu Kanak-kanak?

Untuk baca edisi Inggeris, klik sini. 

Kali ini Siri Pendidikan Seks akan fokus mengenai modul pendidikan seks yang telah diwujudkan di sekolah-sekolah di Malaysia. Ingat lagi apa yang anda belajar dalam subjek Sains Tingkatan 3? Ada satu bab mengenai Sistem Pembiakan Manusia, topik yang ramai pelajar cepat faham berbanding dengan topik-topik lain.

Highlighted


Jom pergi Baby Warehouse Sale 2018!

 

Silibus yang tidak komprehensif

Di negara kita, elemen pendidikan seks yang ada dalam subjek Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Kesihatan masih tak komprehensif. Kalau anda masih ingat, mana ada spesifik subjek atau bab yang memberi info tambahan mengenai seks.

Lagi ingin ditekankan, pendidikan seks bukan ajar cara nak buat seks. Tapi cuba anda bandingkan apa je yang anda belajar dulu dengan perkara dan kes-kes yang anda dengar berkaitan seks sekarang. Ada banyak beza kan?

Sebenarnya sistem pendidikan yang ada sekarang ni boleh dikatakan sudah agak lapuk. Apa yang diajar sekarang masih menggunakan sistem yang diperkenalkan Reproductive and Social Health Education (PEERS) pada tahun 1989 untuk sekolah menengah dan tahun 1994 untuk sekolah rendah. Dah hampir 30 tahun! 

Ramai bersetuju yang pendidikan seks tak diajar di sekolah-sekolah

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Pengajian Umum (PPU) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), lebih 90% responden bersetuju pendidikan seks tidak diajar di sekolah-sekolah di Malaysia. Mereka juga berpendapat yang apa yang diajar di sekolah hanyalah gabungan topik asas mengenai perkembangan fizikal badan, sistem pembiakan manusia dan seks dalam konteks Islam.

 

Ramai yang tak bersetuju untuk wujudkan satu topik atau subjek khas yang mengetengahkan pendidikan seks. Takut menggalakkan aktiviti seks katanya.

Tapi cuba anda lihat kajian yang dijjalankan mengenai pendidikan seks di negara-negara luar. Netherlands ialah antara contoh negara yang mempunyai kadar remaja hamil yang  terendah di dunia. Ia dikatakan hasil daripada sistem pendidikan seks yang berkualiti dan komprehensif yang diajarkan di sekolah-sekolah.

Jom pergi Baby Warehouse Sale 2018!

Satu perkara taboo untuk dibincangkan

Saya faham, kita yang dewasa pun tidak didedahkan dengan pendidikan seks sejak kita kecil. Apa yang belajar di sekolah tu hanya pengetahuan asas je. Mak ayah pun sangat jarang bercakap tentang seks dengan kita kan? Bagi masyarakat Malaysia, ianya satu perkara taboo untuk dijadikan perbualan.  

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Department of Social Administration and Justice di Universiti Malaya (UM), hanya 40% kanak-kanak di bawah umur 9 tahun tahu apa nak buat kalau diganggu oleh seseorang yang tidak dikenali. Hal ini membuktikan ramai lagi kanak-kanak yang tidak didedahkan dengan cara yang betul untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penjahat atau pedofilia.

Cuba tanya anak anda, tau ke pedofilia tu apa dan siapa? Macam mana mereka nak kenal pedofilia? Macam mana anda sebagai ibu bapa nak terangkan dekat anak-anak mengenai pedofilia? Haa sebab tu kita adakan siri pendidikan seks ni. Jangan lupa nantikan entri seterusnya dengan informasi yang lebih menarik! 

dapatkan barang bayi yang MURAH di sini!