Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Awas! Momo Challenge Boleh Mengancam Nyawa Kanak-kanak

momochallenge

Baru je surut ‘fenomena’ Keke Challenge, wujud pula satu lagi challenge yang lebih berbahaya. Jauh berbeza dengan Keke Challenge, Momo Challenge merupakan satu permainan di telefon pintar. Momo Challenge ni lebih ‘fokus’ kepada kanak-kanak dan ianya boleh meragut nyawa anak-anak anda.

Baru-baru ini kecoh di media antarabangsa seperti di negara-negara seperti US, Argentina, Perancis dan Jerman tentang permainan Momo Challenge ni.

Momo Challenge BERBAHAYA

Excuse me Keke Challenge, Momo Challenge is on its way! In a more bad way…

Kenapa berbahaya? Momo Challenge ni boleh mempengaruhi minda dan mental anak-anak anda sebab game ni boleh menyebabkan mereka bunuh diri.

Menurut laporan Daily Mail, Momo Challenge mencabar pengguna berkomunikasi dengan individu tak dikenali. Pengguna perlu tambah kenalan dan menghubung seseorang yang digelar ‘Momo’. Ia kemudiannya akan menghantar gambar-gambar yang menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan kegasanasan atau bunuh diri.

Sebab tu la bahayanya Momo Challenge ni. Takut mudah mempengaruhi minda anak-anak anda.

Seramnya ‘si Momo’ ni

Menyeramkan bukan tengok gambar si Momo ni? Haa jangan salah faham pulak. Sebenarnya avatar yang ‘memperkenalkan’ dirinya sebagai Momo ini sebenarnya menggunakan imej patung daripada syarikat special effect Jepun, Link Factory, bukan daripada artis Jepun Midori Hayaki.

Midori Hayashi yang terkena tempias telah mengeluarkan kenyataan di laman Facebook beliau yang imej patung itu BUKAN hasil kreativitinya. Namun, Link Factory mahupun Midori Hayashi takde kaitan langsung dengan permainan tersebut.

Mungkin buat masa sekarang game ni tak viral lagi di Malaysia, tapi ibubapa perlu ambil langkah berjaga-jaga. Anda nak tau kenapa?

Boleh menyebarkan maklumat peribadi

Game bermula bila anak-anak anda menghubungi atau add Momo menerusi aplikasi Whatsapp. Kemudian Momo akan set objektif game dan pengguna perlu mengikut arahan yang diberi. Mengikut laporan La Republica, cabaran yang diberikan boleh meragut nyawa. Antaranya, gambar seseorang menjerut lehernya dengan kain.

Jika tiada respon daripada pengguna, Momo akan mula mengugut dan menakutkan mereka. Pengguna juga akan mula menerima pelbagai imej yang menyeramkan. Pengguna yang tak respon akan diugut untuk disebarkan maklumat peribadi dan akan mencederakan ahli keluarga pengguna.

Jadi tak hairan la game ni berbahaya jika anak anda terjebak. Anak-anak kan mudah takut, so boleh terjadi kalau mereka terlalu takut lalu ikut je semua ‘cabaran’ yang diberikan.

Kematian kanak-kanak 12 tahun di Argentina didakwa ada kaitan dengan Momo Challenge

Sumber: Google

Menurut laporan Buenos Aires Time, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dipercayai telah membunuh diri dirumahnya di Buenos Aires setelah terjebak dengan salah satu cabaran Momo Challenge ini.

Kanak-kanak tersebut dikatakan telah rekod cabaran yang perlu dilakukan dan polis percaya dia melakukan perbuatan tersebut setelah disuruh dan di’sokong’ pihak tertentu. Namun, kes ini masih dalam siasatan.

Ibubapa dekat luar sana yang mudah bagi anak-anak main tablet, iPad semua tu, sila awasi mereka. Takut mereka terjebak dengan perkara yang bukan-bukan.

Lebih baik bagi set permainan best daripada main mobile game kan? Dapatkan disini hari ini!