Seperti pemilihan warna cat, pemilihan mozek bilik air juga memainkan peranan yang besar untuk hiasan dalaman bilik air. Bahkan, jenis mozek yang dipilih juga penting untuk keselamatan Mommy sekeluarga.
Corak dan warna mozek tu memang penting. Tetapi, jenis mozek itulah yang membezakan ketahanan dan kemudahan dalam penjagaannya.
Sebelum pilih jenis mozek bilik air dengan kontraktor tu, tengok dulu beberapa pilihan ini Mommy. Manalah tahu, ada yang lebih sesuai dengan vision Mommy:
8 Jenis Mozek Bilik Air Yang Terkini
#1. Mozek bilik air seramik
Mozek bilik air seramik ini diperbuat daripada tanah liat, mineral dan air. Tentu Mommy selalu tengok bilik air yang menggunakan mozek jenis ini kan?
Maklumlah…penjagaannya tidaklah susah dan ia pun tahan lembap. Jadi ia sering menjadi pilihan ramai.
Antara kelebihannya adalah, ia datang dengan pelbagai warna dan corak dan tahan lama. Cumanya kalau ketika basah, ia agak licin ya.
#2. Mozek bilik air porselin
Mozek jenis ini sering dibandingkan dengan mozek seramik. Tetapi, mozek porselin ini adalah lebih baik kerana ia lebih tahan lama dan kukuh berbanding mozek seramik.
Sifat tahan airnya juga lebih tinggi dan ia pun mudah untuk dijaga. Kelebihannya yang tahan calar dan kotoran ini menjadikan ia pilihan yang lebih baik berbaik mozek seramik.
Nak memilih design nya pun senang! Tetapi seperti mozek seramik, permukaannya memang licin apabila basah dan kerana keteguhannya, ia tidaklah mudah untuk dipotong dan dibentuk.
Senang cerita, perlu bantuan mereka yang pakar lah.
#3. Mozek bilik air terracotta
Berbeza dengan mozek seramik dan porselin, mozek bilik air terracotta ini diperbuat daripada tanah liat merah. Kalau tengok sekilas tu, memang tak nampak berkilau lah permukaannya.
Tetapi kelebihannya, permukaannya yang seakan-akan matte ini membuatkan ia sering menjadi pilihan untuk tema rustic dan tradisional.
Antara kelebihan mozek bilik air terracotta ini adalah, bakteria tidak boleh membiak padanya. Ia juga amat tahan lama tetapi kena seal dari semasa ke semasa.
Kalau Mommy tak suka lantai bilik air yang sejuk, terracotta ni adalah pilihan yang sesuai kerana ia terasa hangat pada sentuhan berbanding seramik dan porselin.
#4. Mozek bilik air batu kapur
Pilihan mozek menarik yang seterusnya adalah, mozek batu kapur atau dikenali juga sebagai limestone.
Ia diperbuat daripada garam kalsium karbonat dan memberi imej earthy tone gitu. Seperti mozek terracotta, ia juga memerlukan sealant untuk tahan lebih lama.
Mozek ini agak berat dan memerlukan bantuan profesional untuk pemasangannya. Tetapi dengan tempoh ketahanannya, memang berbaloi tau.
#5. Mozek jenis marble
Aduhai…mozek marble ni memang nampak kayangan kan? Jubin batu semula jadi ini mempunyai corak yang tersendiri dan menaikkan seri ruang itu.
Ia memberikan imej yang mewah dan elegan serta kalis air. Cumanya, penjagaannya agak cerewet dan harganya lebih mahal berbanding yang lain.
Ia senang retak dan tercalar tetapi kerana keindahan mozek ini, ramai juga yang memilihnya.
#6. Mozek asli
Dari dulu lagi, di rumah atuk dan nenek, kita sering nampak mozek yang macam ni kan? Ia biasanya diperbuat daripada jubin, batu atau kaca.
Ia bersaiz agak kecil, tahan air dan tahan lama. Datang dengan pelbagai bentuk dan warna, harga yang agak murah juga merupakan antara kelebihannya.
Mozek jenis ini, kalau Mommy bersihkan guna bahan kimia pun ia masih tahan tau. Cuma kekurangannya, kalau jatuh apa-apa di atas permukaannya, ia mudah pecah dan retak.
#7. Mozek jenis kaca
Tak kurang menariknya, mozek bilik air yang diperbuat daripada kaca ini juga antara pilihan popular kerana nilai estetikanya.
Biasanya orang customized mozek kaca ini mengikut hiasan dalaman bilik air mereka. Mommy boleh je buat ikut bentuk dan tona yang disukai.
Nak jaga pun senang, tahan kulat lagi. Namun kekurangannya yang agak licin apabila basah menjadikan ia kurang sesuailah untuk digunakan sebagai mozek di lantai.
Kalau di dinding bilik air, sesuai sangat!
#8. Mozek jenis slate
Selain daripada mozek marble, mozek lain yang diperbuat daripada batuan semula jadi adalah mozek slate. Ia diperbuat daripada batu metamorf yang dibentukkan menjadi mozek dan jubin.
Jadi ia memang tahan calar dan kalis air. Ketahanannya memang lama dan mudah untuk dijaga. Kelebihannya terletak pada bahan buatannya iaitu batu metamorf ini yang agak kasar teksturnya.
Jadi kalau Mommy nak mozek yang tak mudah licin, inilah pilihan yang sesuai. Dengan kelebihannya itu, memang dijangka lah kan harganya agak mahal?
Kita dah tengok beberapa jenis mozek bersama kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi Mommy dan Daddy bolehlah nilaikan yang mana pilihan yang terbaik untuk bilik air di rumah.
Sumber: LIVSPACE
Nak deko rumah? Lihat pelbagai inspirasi deko rumah yang menarik di SINI.