Ibu, Bayi & Kanak Kanak

MUFFIN BLUBERI + LEMON UNTUK SI KECIL

Blueberry muffins in muffin tin

Highlighted


Diperbuat daripada buah bluberi yang masak dan juicy dan rasa lemon, muffin sihat ini akan menjadi kegemaran anda sekeluarga.

Anda boleh buat muffin ini dengan saiz mini, sederhana, atau besar! Saiz apa pun, ia bermula dengan asas tepung gandum. Saya gunakan campuran 50/50 gandum penuh dan tepung gandum putih penuh dalam semua pembuatan kek saya. Anda boleh gunakan tepung gandum penuh, tepung serbaguna, atau tepung bebas gluten, terpulang kepada anda.

Antara bahan asas lain – serbuk penaik dan garam

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Di dalam recepi ini,  bahan basah yang digunakan ialah – yogurt kosong (greek adalah kegemaran saya), sedikit susu, applesauce, 1 telur dan sedikit pemanis (madu, gula, sirap maple, atau stevia).

Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati. Tidak perlu kacau terlalu lama.

Kemudian campurkan bluberi.

Hiriskan sedikit kulit lemon, kacau beberapa kali, kemudian masukkan ke dalam tin muffin, dan bakar.
Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Resepi ini menghasilkan 36 muffin mini atayu 12 muffin bersaiz sederhana.

Bahan-Bahan

3/4 cawan tepung gandum penuh
3/4 cawan tepung gandum putih
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan gula (madu, sirap maple, stevia)
1/2 cawan yogurt kosong
1 telur
1/2 cawan applesauce atau puree epal
1/3 cawan susu
1 cawan bluberi (segar atau beku)
1 sudu teh hirisan kulit lemon

 

Cara-Cara

Panaskan oven kepada 375 darjah F. Spray tin muffin.
Di dalam mangkuk besar, campurkan tepung, serbuk penaik, dan garam.
Tambahkan gula, yogurt, telur applesauce dan susu.
Campurkan secara perlahan, bluberi dan hirisan kulit lemon.
Isikan ⅔ adunan ke dalam cawan muffin.
Bakar selama 15 minit untuk muffin mini atau 20 minit untuk muffin saiz sederhana.

Hasil – 36 muffin mini, 12 muffin saiz sederhana, atau 6 muffin saiz besar.
Penyimpanan – 1 minggu di dalam bekas kedap udara, 2 bulan di dalam peti ais.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Artikel ini dipetik daripada Baby Foode.