Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Muffin Coklat Gandum Bersama Buah Pir

Muffins on a plate with a glass of milk

Kadang-kadang anda mesti buat sesuatu untuk diri anda sebagai alasan untuk beri kepada si kecil anda. Mothers, saya perlukan coklat dalam hidup saya, sebenarnya saya perlukan 2 kali ganda coklat di dalam bentuk muffin.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Highlighted


Perkara bagus tentang muffin ini adalah muffin ini membantu saya dengan kemanisan dan kesedapannya! Antara kebaikan lain adalah:
Yogurt kosong
Applesauce tanpa gula
Gandum
Hanya 1/2 cawan gula
2 buah pir

Apa yang boleh mengubah muffin yang boring yang dipenuhi nutrisi, tapi tidak menyelerakan, adalah dengan menambah banyak serbuk koko dan chip coklat! Gandakan coklat tanpa gula  yang banyak sudah cukup untuk menggembirakan saya!

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Muffin ini dicampurkan seperti muffin lain – bahan kering dicampur bersama kemudian dicampur dengan bahan basah. Yang senangnya, semua ini boleh dibuat di dalam satu mangkuk sahaja! Lebih senang dan kurang mangkuk untuk dibasuh.

Namun, terpulang kepada anda, 1 atau 2 mangkuk.

Bagi saya, kunci terbesar untuk muffin yang gebu dan moist adalah JANGAN kacau terlalu banyak, gunakan tenaga yang sikit. Kacau beberapa kali untuk sebatikan adunan.

Kurang kerja = muffin yang lebih sedap!

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Bahagian yang paling susah – bake muffin selama 20 minit dan terpaksa tunggu muffin untuk disejukkan.
Bahagian yang paling senang – makan bersama si kecil anda!

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

1/2 cawan tepung gandum penuh
½ cawan tepung gandum putih penuh
1/2 serbuk koko tanpa gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda penaik
1 sudu teh kulit kayu hitam
1/2 sudu teh cengkih
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan gula perang*
1 telur
3/4 cawan applesauce kosong
1/3 cawan yogurt kosong, biasa atau greek
2 sudu teh ekstrak vanila
2 buah pir, dicincang
1/2 cawan chip coklat

Cara-Cara

1- Panaskan oven kepada 375 darjah F. Spray tin muffin mini atau biasa.
2- Letakkan buah pir yang dicincang atau dihiris halus ke atas 2 helai tisu, kemudian letakkan 2 helai tisu lagi di atas buah pir tersebut, tekan secara perlahan, untuk mengeringkan.
3- Di dalam mangkuk yang besar, campurkan semua tepung, serbuk koko, garam, soda penaik, serbuk penaik, kulit kayu manis, cengkih, gula pasir, dan gula perang.
4- Kacau di dalam telur, applesauce, yogurt and ekstrak vanilla sehingga sebati. Anda boleh buat di dalam mangkuk yang sama atau kacaukan di dalam mangkuk yang berlainan dan tambahkan di dalam bahan kering.
5- Masukkan buah pir dan chip coklat, kemudian kacau secara perlahan. Adunan akan menjadi pekat dan berketul, ianya normal.
6- Bahagikan adunan secara rata ke dalam mangkuk muffin, bakar selama 10-15 minit untuk cawan mini atau 18 -20 minit untuk cawan saiz biasa. Untuk pastikan jika muffin anda sudah masak, cucuk dengan pencungkil gigi, dan jika pencungkil gigi itu bersih apabila ditarik keluar, bermakna muffin anda sudah masak.
7- Keluarkan daripada oven, dan sejukkan selama 3-5 minit sebelum mengalihkan muffin daripada tin muffin ke atas pinggan untuk disejukkan sepenuhnya.

Hasil – 12 muffin saiz biasa atau 36 muffin mini
Penyimpanan – 1 minggu di dalam bekas kedap udara atau 1 bulan di dalam peti ais

*bergantung kepada tahap kemanisan yang anda suka, anda boleh tambah sehingga ½ cawan.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Artikel ini dipetik daripada Baby Foode.