Mommy sekeluarga suka makan muffin? Apa kata kali ini Mommy cuba muffin mini Lemon yang dicampurkan bersama Thyme dan Chia Seed? Sedap sangat tau rasa muffin ni! Cara-cara untuk membuatnya juga sangat mudah. Jom ikuti cara-cara untuk buat muffin yang comel dan lazat ini!
Highlighted
Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Bahan – Bahan
2 cawan tepung badam
3/4 sudu teh soda penaik
1/4 sudu teh garam
1 sudu chia seed
1/4 sudu teh thyme segar yang dicincang
Hirisan kulit lemon organik
2 telur organik
2 sudu jus lemon
2 sudu pemanis pilihan – (Saya gunakan sirap maple organik)
1 pisang organik lembik
Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Cara – Cara
- Panaskan oven kepada darjah. Campurkan tepung badan, soda penaik, garam, chia seed, thyme, dan hirisan kulit lemon.
- Campurkan di dalam mangkuk berasingan, pisang, jus lemon, dan pemanis. Tambahkan telur dan campurkan sehingga rata.
- Tambahkan bahan kering ke dalam bahan basah. Bakar muffin selama 20-25 minit.
Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Mudah bukan? Boleh lah Mommy cuba untuk jamuan petang mahupun ketika majlis perayaan. Anak-anak Mommy juga pasti gemarkannya. Selamat mencuba!
Artikel ini dipetik daripada Baby Foode.