Ibu, Bayi & Kanak Kanak

“Muka anak biru, tangan terkulai sampai pengsan” Ibu kongsi saat cemas anak alami Breath-Holding Spells

breath holding spells

“Haa rasakan. Orang nak bagi tidur taknak. Nak juga main. Kan dah jatuh. Haa, nangis lagi…”

Ibu-ibu pernah hadapi episod macam ni? Ada masa kita sebagai ibu akan terlebih emosi bila anak menangis tak henti kan? Tapi jangan sampai terlalu membiarkan anak kita bila mereka macam tu tau. Takut jadi keadaan yang tak pernah disangka. Cuba baca kisah salah seorang pengguna Facebook, Puan Faezah yang kongsikan pengalaman ngeri yang terjadi dekat anaknya, Zaim baru-baru ini.

Highlighted

Sumber: Facebook @NoorFaezahAriffin

BACA: Miss, sila jaga Miss V anda dengan betul.

Pasangan suami isteri itu terus bawa anak mereka ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ibubapa mana tak risau anak yang sihat walafiat tiba-tiba saja jadi macam tu.

Sumber: Facebook @NoorFaezahAriffin

Apa itu Breath-Holding Spells?

Menurut Dr Nurjasmine Aida Jamani, Breath-holding spells ataupun menahan nafas adalah keadaan di mana anak-anak menangis tak henti kerana sakit, takut atau marah seterusnya muka bertukar menjadi pucat atau kebiruan dan akhirnya, pengsan.

Perkara ini boleh berlaku secara tiba-tiba, tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal oleh kanak-kanak tersebut. Keadaan yang berlaku mungkin kelihatan seperti anak anda diserang sawan, tapi sekiranya ujian untuk memeriksa gelombang sawan di otak dilakukan, ia akan menunjukkan bacaan normal.

Puan Faezah turut berkongsi punca-punca anak boleh kena BHS seperti diberitahu doktor:

Sumber: Facebook @NoorFaezahAriffin

Ibubapa harus beri lebih perhatian kepada anak-anak jika mereka menangis tak berhenti.

Sumber: Facebook @NoorFaezahAriffin

Breath-holding Spells terbahagi kepada dua:

  1. Cyanosis ataupun keadaan dimana anak anda bertukar menjadi biru. Kebiasaannya, mereka akan menangis kuat selama lebih kurang 15 saat, kemudian senyap, berhenti bernafas dan boleh menjadi lembik atau pengsan. Apabila mereka kembali sedarkan diri, anak anda akan kelihatan penat akibat daripada apa yang berlaku.
  2. Pallid atau keadaan anak anda menjadi pucat bukan biru, akibat daripada kesakitan atau ketakutan melampau. Anak anda akan menangis sekejap, bertukar menjadi pucat dan seterusnya pengsan. Acap kali badannya akan mengeras atau menggigil seperti diserang sawan dan berlaku lebih kurang 1-2 minit. Mereka akan berasa letih dan tidur selama beberapa jam setelah mereka sedar.

Rawatan kecemasan dirumah jika anak anda alami Breath-Holding Spells

Breath-holding Spells sebenarnya tidaklah memudaratkan atau bahaya, tapi anda harus sentiasa berjaga-jaga. Jika keadaan ini terlalu kerap terjadi dekat anak anda, anda harus cepat-cepat bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Dapatkan barangan bayi BEST dan MURAH disini!