Durian dikenali sebagai raja segala buah. Rasanya yang berlemak dan enak menjadi kegilaan ramai meskipun baunya agak kuat.
Mommy tahu tak, kemuncak musim durian tahunan di Malaysia biasanya berlaku pada Mei hingga Ogos secara berperingkat mengikut negeri.
Meskipun buah durian memberikan manfaat yang baik kepada tubuh badan namun jika dimakan secara berlebihan ianya akan membawa kepada kemudaratan kepada seseorang.
Melalui posting Doktor Samhan di laman Twitter-nya, beliau mengatakan bahawa adakah durian penawar atau racun. Seterusnya, berkongsi tentang manfaat dan mudarat durian kepada kesihatan manusia.
Khasiat Durian
Highlighted
1. Sifar kolesterol dan tinggi lemak tak tepu (lemak baik).
- Kolesterol boleh menyebabkan jantung tersumbat dan durian bebas dari kolesterol. Lemak tak tepu baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
2. Tinggi Anti oksidan penting untuk awet muda.
- Anti oksidan dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan mengelakkan kerosakan sel penyebab kanser.
3. Kaya folic acid dan folate untuk tambah darah.
- Bagi mereka yang mempunyai masalah kurang darah(anemia) sangat sesuai untuk penghasilan sel darah merah.
4. Tinggi serat dan fiber bantu proses penghadaman.
- Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit kerana ia boleh melancarkan sistem penghadaman.
5. Mengandungi Tryptophan bantu masalah sukar tidur.
- Ia merupakan bahan untuk penghasilan serotonin dan melatonin. Membantu bagi mereka yang mempunyai masalah tidur (insomnia),kemurungan dan dapat mengurangkan stress.
Mudarat (Jika Diambil Berlebihan)
1. Tinggi kalori penyebab kegemukkan.
- Kalori yang tinggi akan menyebabkan kegemukkan.
2. Tinggi kandungan gula penyebab kencing manis.
- Bahaya terutamanya bagi mereka yang mempunyai kencing manis dan masalah buah pinggang.
3. Bebaskan gas & alkohol penyebab sakit perut.
- Ia akan membebaskan gas dan alkohol semasa dihadam dan menyebabkan perut kurang selesa dan keradangan perut.
4. Badan jadi panas akibat metabolisma penghadaman
- Tindakbalas kimia dan proses metabolisma semasa proses penghadaman membuatkan badan jadi panas dan tidak selesa.
Kredit: Twitter Dr Samhan
Bagi penggemar buah durian, pastikan anda tidak makan terlalu berlebihan dalam satu masa kerana boleh mengundang sensasi ‘panas’ dan sakit kepala.
Jadi, Mommy perlu take note ye tentang ini untuk kesihatan keluarga yang sihat!
Lihat pelbagai tips kesihatan yang lain di SINI atau penjelasan Pakar melalui temu bual eksklusif bersama Motherhood.