Ibu, Bayi & Kanak Kanak

MyCRS 2023: Ibu Bapa M40 Dan B40 Layak Dapat Insentif Subsidi Car Seat Sehingga RM150!

Pada 1 Januari 2020, undang-undang pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak telah pun dilaksankan ke atas kenderaan persendirian.

Penggunaan car seat adalah wajib bagi bayi dan kanak-kanak yang mempunyai berat kurang 36kg atau ketinggian kurang 136 cm.

Penggunaan car seat sangat bagus dan dapat menjamin keselamatan mereka semasa perjalanan ketika di dalam kenderaan.

Jadi, sebelum Mommy membuat sebarang pembelian car seat, pastikan membuat ketahui dulu jenis kerusi keselematan yang sesuai mengikut umur dan keselesaann anak.

Insentif MyCRS 2023

Berita baik kepada golongan ibu bapa kerana Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melancarkan program insentif kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS).

Insentif MyCRS 2023 adalah sebuah program insentif pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) yang menyediakan subsidi sehingga RM150 kepada golongan ibu bapa B40 dan M40.

Ianya merupakan program insentif kepada rakyat Malaysia demi meningkatkan keselamatan dan keselesaan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Highlighted


Jumlah Subsidi MyCRS 2023

Tahukah Mommy, bahawa jumlah insentif yang diberikan di bawah program ini adalah maksimum sehingga RM150.

  • CRS yang berharga RM150 dan ke bawah boleh dibeli secara percuma
  • CRS yang berharga RM150 keatas, bayaran tambahan perlu dibuat oleh penerima insentif.

Tarikh Semakan Kelayakan

Semakan kelayakan bermula 19 Jun 2023, di mana pembelian boleh mula dibuat bagi pemohon yang telah lulus.

Tarikh Permohonan Baharu 

Bagi individu yang belum pernah memohon, mereka boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023.

Mohon SEGERA ye Mommy dan Daddy!

Tempoh Sah Insentif MyCRS 2023

Tempoh penebusan insentif MyCRS 2023 adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan RM12 juta habis ditebus.

Syarat dan Kelayakan 

Berikut adalah beberapa kriteria kelayakan penerima subsidi car seat (CRS) 2023:

  1. Penerima insentif adalah daripada kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40
  2. Mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung.
  3. Warganegara yang menetap di Malaysia
  4. Peruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) CRS untuk satu (1) isi rumah.

Cara Semakan Kelayakan MyCRS 2023

Mommy dan Daddy boleh membuat semakan kelayakan secara online melalui Portal MyCRS.

Semakan kelayakan mestilah dibuat melalui laman sesawang https://www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023.

Penerima yang disenarai layak boleh terus menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti di laman sesawang MyCRS.

Cara Penebusan

Anda boleh menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti yang tersenarai di laman sesawang MyCRS (www.mycrs.gov.my).

Dokumen yang perlu dibawa semasa membuat penebusan adalah seperti berikut:

  • Salinan MyKad pemohon; DAN
  • MyKid/Sijil Lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun; ATAU
  • Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung @ Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan)

Senarai Kedai / Wakil Penjual Berdaftar Dengan Program MyCRS 2023

Pembelian boleh dibuat secara online atau terus ke kedai yang berdaftar. Sila bawa 1 salinan kad pengenalan (IC) pemohon, depan dan belakang, untuk diserahkan kepada wakil penjual.

Kegagalan untuk mengemukakan salinan kad pengenalan kepada jurujual boleh menyebabkan tuntutan subsidi tidak dapat dibuat.

Pembelian boleh dibuat di kedai-kedai barangan bayi yang berdaftar bagi program MyCRS. Senarai wakil penjual boleh di dapati di (http://www.mycrs.gov.my/orangawam/retailerlistp).

Jangan lupa mohon insentif MyCRS 2023 ni tau Mommy dan Daddy! Semoga program ini dapat membantu mengurangi kos perbelanjaan dan memberi

kebaikan kepada Mommy sekeluarga.


Dapatkan lebih banyak info bantuan dan isu semasa yang menarik di SINI.