Begitu seronok Mommy menyambut kelahiran si comel, macam-macam yang telah dibeli dan setiap waktu rasa ingin memanjakannya.
Namun dalam penjagaan bayi, sesetengah ibu akan perasan warna najis bayi berubah menjadi hijau. Kalau kali pertama tengok, terbit juga rasa risau di hati. Normal ke najis si manja Mommy jika ia berwarna hijau?
Warna Normal Najis Bayi
Di awal kelahiran, biasanya najis bayi akan berwarna kehitaman, senang cerita gelaplah. Selepas itu, najisnya akan bertukar dari warna hitam ke kuning.
Di antara waktu perubahan warna najis dari hitam ke kuning ini, ada yang perasan najis si comel mereka akan berwarna kehijauan.
Menurut Healthline, ini normal ya untuk sehari dua gitu. Bila dah bertukar ke kuning warna najisnya, Mommy akan perasan warnanya juga seakan-akan warna mustard, kuning gelap dan orange.
Ada juga berwarna coklat, ini semua bergantung kepada sistem badan bayi anda dan diet penyusuan serta pemakanannya.
Kalau Mommy tengok najis bayi berwarna merah ke, cuba ingat jika Mommy ada memberi makan sesuatu yang berwarna kemerahan. Biasanya warna najis bayi akan turut sama seperti makanan yang dihadamnya.
Secara umumnya, jika warna najis bayi adalah warna earth-tone seperti coklat, kuning dan kehijauan, itu adalah normal.
9 Punca Najis Bayi Warna Hijau
1. Makanan yang ada pewarna hijau
Bila anda bagi si comel makanan yang ada pewarna hijau, ini akan memberi kesan pada warna najisnya juga ya.
2. Makanan yang berwarna hijau semula jadi
Bukan makanan yang ada pewarna je, makanan yang berwarna hijau secara semula jadi seperti sayur bayam dan sayuran hijau lain juga akan turut membuatkan najis bayi berwarna hijau.
3. Makanan tambahan zat besi
Selain itu, makanan tambahan zat besi pun akan mempengaruhi warna najis. Jika Mommy ada bagi makanan tambahan zat besi kepada si comel, tidaklah pelik jika najisnya berwarna hijau ya.
4. Cirit-birit
Ada sebab juga kenapa Mommy perlu risau jika warna najis bayi kehijauan. Ini disebabkan apabila mereka cirit-birit, warna najisnya biasanya memang warna hijau dan berbau busuk.
Mommy kena peka ya dengan ciri-ciri ini. Jangan lengahkan untuk jumpa doktor kanak-kanak.
5. Perubahan warna najis dari hitam ke kuning
Dalam fasa perubahan warna najis pada awal kelahiran bayi kepada kuning, najis bayi mungkin berwarna kehijauan. Ini adalah normal pada waktu peralihan warna najis bayi antara hitam ke kuning ya.
6. Pemakanan si ibu
Pemakanan Mommy pun merupakan salah satu punca najis bayi berwarna hijau tau. Kalau Mommy makan makanan yang berwarna hijau sama ada secara semula jadi ataupun tidak, ia juga boleh memberi kesan kepada warna najis bayi.
7. Ubat-ubatan si ibu
Bukan tu je, jika bayi sensitif kepada pengambilan ubat-ubatan Mommy, najis bayi akan berwarna kehijauan. Biasanya akan ada juga mucus pada najis dan simptom lain seperti masalah pada perut bayi.
8. Pengenalan kepada makanan baru
Ada juga apabila makanan baru diberikan kepada si comel, badannya akan memberi reaksi berbeza dan salah satunya adalah najisnya akan bertukar menjadi warna hijau.
9. Infection atau virus
Boleh jadi juga, adanya virus atau berlakunya infection dalam badan si comel. Najisnya akan bertukar kehijauan dan teksturnya juga mungkin berubah.
Tips Mengatasi Masalah Najis Bayi Warna Hijau
Seperti yang dijelaskan di atas, secara umumnya najis bayi yang berwarna hijau ni tidaklah pelik. Dalam banyak keadaan, ia normal sebenarnya.
Tetapi Mommy mestilah perhatikan tanda-tanda lain selain daripada warna najis bayi sahaja. Antara tips untuk Mommy mengatasi masalah ini adalah:
- Perhatikan simptom lain seperti ketidakselesaan bayi terutamanya di bahagian perutnya. Jika ada, mungkin bayi anda memerlukan bantuan doktor.
- Pantau juga tekstur najis bayi. Kalau hijau berlendir atau cair ke, dan si comel kelihatan kesakitan, ini mungkin tanda ada infeksi atau cirit-birit.
- Jangan lupa untuk mengelakkan makanan yang ada pewarna hijau. Kalau yang semula jadi seperti kacang peas tu tak apa. Tapi yang ada pewarna hijau tambahan tu, janganlah bagi kepada si comel atau untuk diri anda sendiri ya.
- Penting juga untuk jaga kebersihan dalam pemberian makanan kepada bayi ya untuk mengelakkan sebarang infeksi atau pemindahan virus.
Tips utamanya, Mommy hendaklah perhati tempoh perubahan warna najis bayi kepada hijau ini. Kalau yang normal, hanya beberapa hari sahaja. Jika ia berpanjangan, hendaklah Mommy segera dapatkan perhatian yang pakar ya?