Ibu, Bayi & Kanak Kanak

60 Nama Anak Lelaki Yang Bermula Dengan Huruf D Berserta Maksudnya

Sumber: Adobe Stock

Memilih nama untuk bayi baru lahir bagi sesetengah pasangan ibu bapa adalah sangat senang mungkin kerana mereka sudah mempunyai nama yang diminati dari dulu lagi.

Bagi sesetengah pasangan lain pula, boleh jadi perkara yang dibimbangi sampai tak boleh tidur pula!

Nama yang baik-baik perlu dipertimbangkan dengan teliti, terutamanya jika Mama dan Papa bercadang untuk menggabungkan dua perkataan untuk menjadikan nama untuk anak yang memberi makna yang cukup indah dan unik.

Jika Mama dan Papa sedang mencari nama-nama yang baik untuk bakal anak lelaki yang bermula dengan huruf D, Mama dan Papa boleh rujuk senarai di bawah ini.

Highlighted

Sumber: Adobe Stock

60 Nama-Nama Anak Lelaki Huruf D

1. Daaem / Daem / Daim / Daaim = yang berkekalan atau yang berterusan

2. Dabir = asal, keturunan, garis keturunan, atau akar

3. Daeb / Daaeb / Daib / Daaib = rajin dan teliti

4. Dahban / Dahbaan = berlapis emas atau sesuatu yang mempunyai lapisan emas diatasnya

5. Daleel / Dalil = panduan atau mentor

6. Dalu / Dalou = baldi yang digunakan untuk mengumpul air dari telaga

7. Daneer / Danir = berseri atau penuh cahaya

8. Daris = pelajar atau seseorang yang belajar atau meneliti

9. Darkan / Darkaan / Darrak / Idrak = pemahaman atau pandangan

10. Daruj / Darooj = laju atau pantas

11. Daulah = kuasa

12. Daud / Dawud / Dawood = kawan yang dikasihi

13. Dawub / Dauub = teliti dan rajin, seseorang yang berusaha keras

14. Dawwas / Dawas / Dawaas = kuat dan berani, seseorang yang mahir

15. Dayyar / Dayar / Dayaar = penduduk atau pemastautin

16. Dayyin / Dayyen / Dayin = beragama atau taat pada agama

17. Deeb / Dib = serigala

18. Deen / Deyn / Dein = agama, kepercayaan, atau gaya hidup

19. Diaudin = sumber cahaya iman

20. Dinar = syiling emas

21. Diras / Diraas / Deras = seseorang yang belajar atau sarjana

22. Daamin = penjamin

23. Daanish = bijaksana

24. Dabur / Daboor = angin pagi

25. Dafiq = gembira atau aktif

26. Daghfal = nama seorang ahli geologi pertama Islam

27. Dahhaak = nama seorang sahabat Nabi yang berjuang dalam Perang Badar

28. Daiyan = seorang hakim atau ketua yang berkuasa

29. Dakhil / Dakheel = orang asing atau pengembara

30. Daler = berani atau gagah

Sumber: Getty Images

31. Dameer / Damir = hati nurani

32. Damurah = kilauan cahaya

33. Dana = bijaksana atau berpelajaran

34. Daniyal / Daniel / Danial = pandai dan cerdas

35. Darab = laksamana

36. Darakhshan = cerah atau bersinar seperti mutiara

37. Darim = nama seorang perawi hadith

38. Daris = sarjana atau belajar

39. Darmal = perubatan

40. Darman = penawar atau rawatan

41. Darrak = berhemah dan bijaksana

42. Darwish = lelaki suci

43. Daryab = sungai

44. Daryush = nama seorang raja Parsi

45. Daudi = bunga

46. Dawid = putera

47. Dayim = berkekalan

48. Daylam = nama sahabat Nabi

49. Dekel = pokok kurma

50. Dhakir = seseorang yang mengingati Tuhan

51. Dhulfaqaar / Dhulfiqar = nama pedang Rasulullah s.a.w.

52. Dhulkifli = nama Nabi

53. Diar = sejenis kayu mahal

54. Didar = penglihatan atau berwawasan

55. Dihyat = sahabat Nabi

56. Dilara = kekasih atau seseorang yang menghiasi hati

57. Dilawar = berani

58. Dil Nawaaz = menenangkan hati atau fikiran

59. Dilshaan = kemuliaan hati

60. Diyan = hakim atau ketua

Sumber: Adobe Stock

Semoga dipermudahkanlah segala urusan Mama dan Papa dalam proses pemilihan nama anak lelaki yang bakal dilahirkan.

Mama juga boleh lihat senarai nama anak lelaki A-Z.

InsyaAllah dengan nama mulia dan indah yang diberi, ketinggian akhlak dan budi bahasa anak Mama akan dibawa sehingga usia meningkat.