Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Lebih 70 Pilihan Nama Anak Lelaki Huruf F Yang Mempunyai Makna Dalam Islam

Foto Kredit: Adobe Stock

Mesti anda teruja sebaik sahaja anda mendapat cahaya mata kan? Kalau haiwan belaan kita atau kereta kesayangan pun dah rasa ‘excited’ nak berikan nama, apatah lagi nama anak kita sendiri. 

Terdapat beribu pilihan nama dalam dunia ini yang bakal merungsingkan ibubapa untuk membuat keputusan. Sudah tentu anda inginkan nama yang terbaik buat anak anda. 

Kalau anda inginkan idea untuk nama anak lelaki yang sedap dan baik maknanya yang bermula dengan huruf ‘F’, bolehlah memilih antara nama yang tersenarai di bawah ini:

Nama Anak Lelaki Huruf ‘F’ 

  • Fadal = Keutamaan
  • Fadhl = Kebaikan, kelebihan, 
  • Fadhali = Kelebihan, keutamaan
  • Fadhil = Orang yang berbuat kebaikan, utama, mulia
  • Fadholi = Kelebihan, keutamaan
  • Fadhlurrahman = Keutamaan dari Allah, Anugerah Arrahman
  • Fadi = Penebus
  • Fadil = Yang mulia, murah hati, yang utama
  • Fadl = Dermawan, murah hati
  • Fadlan = Keutamaan
  • Fadli = Kelebihanku, ihsanku
  • Fadlin = Keutamaan
  • Fadlullah = Kelebihan Allah
  • Faeyza = Sukses, hidupnya berjaya
  • Fahad = Harimau bintang
  • Fahd = Harimau
  • Fahim = Yang faham, memahami, pintar, rajin belajar
  • Fahmi = Kefahamanku, pemahaman
  • Fahman = Kefahaman

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

  • Fa’id = Tetap, berhasil, istimewa, bersungguh
  • Faiq = Tertinggi, utama, terkenal, terkemuka
  • Fairuz = Batu permata
  • Faisal/Faishal = Penyelesaian, pemisah antara hak dan batil
  • Fa’iz = Berjaya, menang
  • Fa’izin = Orang yang berjaya
  • Fajar = Cahaya putih
  • Fajari = Waktu fajar
  • Fakhir = Kebesaran, yang baik, kejayaan
  • Fakhr Al Din = Kejayaan agama, kemenangan agama
  • Fakih = Menyenangkan
  • Fakhir = Kebesaran, yang baik
  • Fakhri = Kemegahanku, kebanggaan
  • Fakhruddin = Kebanggaan agama, keutamaan dari Allah
  • Fakhrullah = Kemegahan Allah
  • Falah = Jaya, sukses, beruntung
Highlighted

Foto Kredit: Pinterest
  • Falih = Sukses
  • Fannani = Seniman
  • Faqih = Yang mengerti, ahli fiqh, bijaksana
  • Farhan = Bergembira
  • Farhat/Farhun = Kegembiraan
  • Farid = Istimewa, permata, tiada bandingan, tunggal, permata yang mahal
  • Fariduddin = Permata agama, keistimewaan
  • Faris = Yang alim, penunggang kuda, kesatria
  • Faruq = Pembeza antara benar dan salah
  • Fasahat = Fasih, lancar
  • Fasih = Yang fasih
  • Fathi = Pembuka, kemenanganku
  • Fathuddin = Pembukaan, kejayaan agama
  • Fathul Islam = Pembuka, kejayaan Islam
  • Fathullah = Pembukaan, kejayaan Allah
  • Fathurrahman = Pembukaan, kejayaan Allah yang pengasih
  • Fatih = Pembuka, perintis, pemenang, penakluk
  • Fattah = Penakluk
  • Fauhad = Anak kecil yang berisi/sihat

  • Fauzi = Kejayaanku
  • Fauzan = Kejayaan, kemenangan
  • Fawwaz = Berjaya
  • Fayyadh = Murah hati
  • Fidai = Pengorbanan
  • Fikri = Fikiranku, pemikir, pemikiranku
  • Firas = Kecerdikan, tajam fikiran
  • Firdaus = Nama syurga
  • Fitri = Semulajadi
  • Fuad = Hati, jiwa
  • Fuadi = Jiwaku
  • Furqan = Bukti, kenyataan, pembeza benar dan salah
  • Fudail = Kelebihanku, kemuliaan
  • Faiq Muntasir = Lelaki yang unggul
  • Fairburn Ibni = Yang tampan

  • Fairel Atharizz Calief = Putra pemberani, tulus dan kuat, penerus keluarga
  • Faisal Zihni Dhiyaulhaq = Lelaki yang menjadi pemisah haq dan batil
  • Fadholi Tamam = Lelaki yang mempunyai keutamaan yang sempurna
  • Fahman Abadan = Lelaki yang mempunyai pengertian selamanya
  • Fadhlurrahman Adskhan = Lelaki kesatria yang mendapatkan keutamaan daripada Allah
  • Fadhilul Amal = Lelaki yang beramal
  • Fahim Hayatuna = Lelaki yang mengerti tentang kehidupan
  • Fadli Akram I’tisham = Lelaki mulia yang berpegang dengan agama

Ha, dah tercetus nama dalam minda ke tu? Banyakkan pilihan nama yang bermula dengan hufuf ‘F’ yang bagus untuk anak?

Pilihlah nama apa pun, yang penting sekali elakkan nama-nama yang pelik yang tiada makna. Dapatkan inspirasi dalam senarai nama anak lelaki A-Z.