Ibu, Bayi & Kanak Kanak

100 Nama Anak Lelaki Huruf H Untuk Si Hero Cilik Anda!

bayi lelaki Islam

Sumber: istockphoto

Dalam menamai anak, para ibu dan bapa hendaklah memilih nama anak lelaki yang sesuai dan mempunyai makna-makna yang baik.

Kata orang, nama yang diberi akan mempengaruhi keperibadian anak tersebut berdasarkan maknanya.

Sebagai contoh, memberi nama Hafiz (yang membawa maksud pelindung/pemelihara) kepada anak lelaki dengan kepercayaan dan harapan anak anda akan menjadi pelindung kepada keluarga, bangsa dan agama apabila ia dewasa kelak.

Dan sebaliknya jika nama itu membawa makna yang tidak elok.

Highlighted

Sumber: istockphoto

Jadi, memilih nama-nama yang baik untuk anak itu adalah penting sebagai langkah awal dalam mendidiknya.

Waktu Terbaik Untuk Memberi Nama Kepada Bayi

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Menurut Abdurrahman, terdapat 3 pandangan mengenai waktu yang disunatkan untuk memberikan nama kepada bayi iaitu:

  1. Pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya.
  2. Pada hari kelahirannya.
  3. Pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya jika pada hari ketujuh itu akan dilaksanakan aqiqah baginya. Dan jika tidak, disunatkan pada hari sebelum hari ketujuh.

Bagi pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pendapat mereka lebih menjurus kepada pandangan yang kedua iaitu memberikan nama kepada anak pada hari kelahirannya.

Namun secara umumnya, adalah diharuskan ya untuk menamai anak pada bila-bila masa sahaja sejurus selepas kelahirannya. Tiada waktu khusus yang dilarang untuk itu.

100 Nama Anak Lelaki Huruf H Berserta Maknanya

Pemilihan nama juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain selain daripada kesesuaian dan maknanya.

Sebagai contoh, sesetengah ibu bapa memilih nama anak berdasarkan ciri yang tertentu seperti bermula dengan huruf yang spesifik untuk keseragaman pada kesemua nama anaknya.

Jika anda bercadang untuk memberikan nama si comel anda bermula dengan huruf H, anda boleh jadikan 100 contoh dari Azly Abu ini sebagai rujukan:

  1. Habbab
  • Yang mengasihi
  1. Habib
  • Kekasih, kesayangan, yang dicintai
  1. Habibi
  • Kesayanganku
  1. Habibullah
  • Yang dicintai oleh Allah, yang cintakan Allah
  1. Habri
  • Kegembiraanku
  1. Hadi
  • Yang memimpin, penunjuk jalan
  1. Hadwan
  • Ketenangan
  1. Hadari
  • Maju, bertamadun
  1. Hadif
  • Yang mempunyai matlamat
  1. Hafiz
  • Penjaga, pelindung
  1. Hafizuddin
  • Pemelihara agama
  1. Hafuza
  • Pemberi semangat
  1. Hafy
  • Dermawan, berbuat baik
  1. Haidar
  • Berani, singa
  1. Haikal
  • Subur dan besar, sesuatu berkait dengan subur dan besar, bangunan yang tinggi, pendokong, punca kejayaan
  1. Hail
  • Yang disegani
  1. Haimadi
  • Pujian agama
  1. Haiman
  • Yang cinta, menguasai, asyik
  1. Haitham
  • Yang mudah
  1. Haiyan
  • Yang hidup
Nama bayi lelaki huruf H
  1. Hajjaj
  • Pelawat
  1. Hajib
  • Pendinding
  1. Hajid
  • Yang solat tahajjud, yang solat malam
  1. Hajim
  • Pelindung
  1. Hakam
  • Pengadil, pemutus, penengah
  1. Hakim
  • Bijaksana, pandai, adil
  1. Hakmani
  • Pengadil
  1. Halif
  • Sahabat, kongsi, sekutu
  1. Halim
  • Penyantun, lemah lembut
  1. Hamad
  • Terpuji
  1. Hamas
  • Berani
  1. Hambali
  • Pengikut Imam Ahmad bin Hambali
  1. Hamdan
  • Orang yang terpuji, pemuji Allah
  1. Hamdawi
  • Yang memuji
  1. Hamdi
  • Pujianku, pujian
  1. Hamdun
  • Terpuji, pujian
  1. Hamid
  • Banyak pujian
  1. Hamiduddin
  • Pujian agama
  1. Hamim
  • Teman karib
  1. Hamimi
  • Teman karibku
  1. Hamiz
  • Cerdik, kuat, tampan
  1. Hamizan
  • Cerdik, kuat, tampan
  1. Hamlan
  • Berdiri sendiri
  1. Hammad
  • Banyak memuji Allah, penuh pujian
  1. Hammadi
  • Pemuji
  1. Hammam
  • Yang mempunyai semangat tinggi dalam melakukan kebaikan
  1. Hammani
  • Pemberi semangat
  1. Hamood
  • Orang yang memuji Allah
  1. Hamud
  • Yang banyak memuji
  1. Hamzah
  • Kebijaksanaan
Sumber: sinarharian.com.my
  1. Hamzi
  • Ketegasanku
  1. Hanafi
  • Kelurusanku, pengikut Imam Abu Hanifah
  1. Hanania
  • Dikasihi Allah
  1. Hani’
  • Rezeki yang datang dengan mudah
  1. Hanif
  • Muslim yang teguh, yang lurus
  1. Hanis
  • Berani
  1. Haq
  • Kebenaran, yang benar
  1. Hariri
  • Suteraku
  1. Haris
  • Pengawal, pelindung
  1. Hariz
  • Pemelihara
  1. Harith
  • Yang berusaha
  1. Harraz
  • Penjaga, pelindung
  1. Harun
  • Nama nabi Harun
  1. Harzan
  • Penjagaan
  1. Hasan
  • Indah, baik
  1. Hasanain
  • Dua kebaikan
  1. Hassanuddin
  • Keelokan agama
  1. Hasbi
  • Yang memadai bagiku, yang mencukupi
  1. Hasbullah
  • Jaminan Allah swt
  1. Hasham
  • Hamba
  1. Hashim
  • Nama moyang Rasulullah
  1. Hashir
  • Orang yang mengumpulkan
  1. Hasif
  • Kemas, rapi
  1. Hasnain
  • Dua kebaikan
  1. Hasnun
  • Yang baik
  1. Hasnawi
  • Kecantikan
  1. Hassan
  • Sangat baik, bagus
  1. Hasyiem
  • Yang bermaruah
  1. Hasyim
  • Pemurah, yang suka menjamu orang
  1. Hatim
  • Pemutus, penentu
Nama bayi lelaki huruf H berserta makna
  1. Hayaat
  • Kehidupan
  1. Hayyun
  • Hidup
  1. Haziq
  • Cerdik, pandai
  1. Hazim
  • Teliti, cermat
  1. Hazmi
  • Ketegasanku
  1. Helmi
  • Sabar dan sopan
  1. Hibah
  • Kurniaan, anugerah
  1. Hibatullah
  • Kurniaan dari Allah, anugerah Allah
  1. Hidayat
  • Petunjuk
  1. Hidayatullah
  • Petunjuk dari Allah
  1. Hilal
  • Bulan sabit
  1. Hilman
  • Kesopanan, kesabaran
  1. Hilmi
  • Kesopananku, kesabaranku
  1. Hisyam
  • Pemurah
  1. Hud
  • Nama nabi Hud
  1. Humaidi
  • Kepujianku
  1. Hurairah
  • Nama sahabat Rasulullah
  1. Husain
  • Elok, cantik, indah, baik
  1. Husaini
  • Kebaikanku, keelokkanku
  1. Huzaifah
  • Nama sahabat Rasulullah
Sumber: istockphoto

Dalam memilih nama anak lelaki huruf H yang elok untuk si comel, anda mempunyai banyak pilihan sama ada anda memilih satu perkataan sahaja seperti Habibullah iaitu yang dicintai Allah ataupun menggabungkan beberapa perkataan yang membawa makna yang baik seperti Helmi Hariri, yang bermaksud, selembut sutera.

Namun harus diingatkan ya. Walaupun terdapat pelbagai pilihan nama berserta maknanya sebagai rujukan, seeloknya dapatkanlah panduan dari yang lebih arif seperti ustaz dan ulama yang lebih mendalami bahasa Arab untuk pandangan yang lebih tepat.

Semoga anak-anak kita akan membesar menjadi manusia yang elok sifat dan akhlak mereka.