Ibu, Bayi & Kanak Kanak

50 Nama Anak Lelaki Yang Bermula Dengan Huruf I Berserta Maksudnya

Sumber: Adobe Stock

Sebagai ibu bapa, memberi nama anak yang baik dan sedap adalah menjadi suatu tanggungjawab yang penting. Ibu dan Ayah perlu memastikan nama yang diberi tidaklah mengikut kesukaan atau trend sahaja tetapi tidak membawa apa-apa maksud.

Tambahan pula, Ibu dan Ayah perlu ada pendirian dan menetapkan garis sempadan jika ada ahli keluarga lain yang mendesak untuk menamakan anak Ibu dan Ayah. Jangan terkejut kerana keadaan ini sering berlaku kepada ibu bapa yang baru dan kemudiannya berasa menyesal dan rugi kerana tidak menamakan anak sendiri!

Nama yang baik-baik perlu dipertimbangkan dengan teliti, terutamanya jika Ibu dan Ayah bercadang untuk menggabungkan dua perkataan untuk menjadikan nama untuk anak yang memberi makna yang cukup indah dan unik.

Tapi jangan beri nama anak terlalu panjang, takut nanti anak mahu isi borang di masa hadapan tak cukup ruang pula!

Highlighted

Sumber: Getty Images

Jika Ibu dan Ayah sedang mencari nama-nama yang baik untuk bakal anak lelaki yang bermula dengan huruf I, Ibu dan Ayah boleh rujuk senarai di bawah ini.

50 Nama Anak Lelaki Huruf I

1. Ibadat / Ibadah = beribadah

2. Ibrahim / Ibraheem / Ibrahem = nama Nabi atau bapa bangsa

3. Idrak = bijaksana

4. Idris / Idrees = nama Nabi yang bermaksud pemberi arahan

5. Isa / Iesa = nama Nabi

6. Ifran = sesuatu identiti

7. Ihsan / Ihsaan = kebaikan atau ihsan

8. Ihtesham / Ihtisham / Ihtishaam = mempunyai keperibadian yang hebat

9. Ikram = hormat, kehormatan

10. Ikrimah = merpati betina

11. Ilyas / Illiyas / Ilyaas = nama Nabi

12. Iltimas = permintaan

13. Imaad / Imad = sokongan, tiang

14. Imam / Imaam = seseorang yang percaya pada Tuhan

15. Imara = memeriahkan

16. Imran / Imraan = kegembiraan dan kesejahteraan

17. Imroz = hari ini

18. Imsaal = unik atau lain daripada yang lain

19. Imtiaz / Imthiyaz = yang terpilih

20. Imtinan = kesyukuran

21. Imtiyaz = raja yang hebat

22. Inam = hadiah

23. Inayat / Inayath = baik hati, pemurah

24. Iniat = berkat

25. Inshaf = keadilan

Sumber: Getty Images

26. Iqbal / Iqbaal = bernasib baik, kesejahteraan

27. Iqram / Iqraam = kehormatan atau kemurahan hati

28. Iqtidar = kuasa

29. Iravat = awan hujan

30. Irfan / Irfaan = kesyukuran

31. Irtiza / Irtaza = kelulusan, yang terpilih

32. Ishak / Is-haak / Ishaq = nama Nabi

33. Isa = nama Nabi

34. Isaad = bekerjasama

35. Isam / Isaam / Issam = perlindungan

36. Ishat = terunggul

37. Ishayu = kekuatan

38. Ishrat = kesenangan, kegembiraan

39. Istiyaq = kerinduan

40. Isir = kuat, berkuasa

41. Iskandar / Iskander = penolong, pembela umat manusia

42. Islam = kedamaian

43. Ismail / Ismael = nama Nabi

44. Issar = pengorbanan

45. Iyad / Iyaad = gunung yang tinggi, berkuasa

46. Iyas / Iyaas = pampasan

47. Izan / Izaan = ketaatan atau penyerahan

48. Izdihar = berkembang atau mekar

49. Izhan = kebolehan

50. Izz al Din / Izz Udeen / Izudin = kekuatan iman

Sumber: Getty Images

Semoga dipermudahkanlah segala urusan Ibu dan Ayah dalam proses pemilihan nama anak lelaki yang bakal dilahirkan.

Ibu juga boleh lihat senarai nama anak lelaki A-Z di sini.

Pemberian nama yang manis dan mulia dapat memberikan keyakinan kepada anak-anak untuk membawa diri di dunia yang penuh dengan cabaran dan semoga ia dapat meninggikan akhlak dan budi bahasa kepada anak Ibu.