Saat-saat indah apabila Ibu mengetahui diri sedang mengandung tentu tidak dapat dilupakan. Banyak perkara yang tentu bermain difikiran Mommy seperti pilihan hospital bersalin dan barang-barang bayi yang diperlukan. Paling penting sekali ialah nama yang bersesuaian kerana tak seperti perkara lain, nama anak akan kekal sepanjang hayatnya!
Disebabkan kepentingan memberi nama anak yang elok-elok, ramai ibu bapa yang menjadi risau dan resah kerana khuatir nama yang diberi tidak bersesuaian atau tidak memberi makna yang baik.
Walaupun terdapat pelbagai tips untuk menamakan anak, seperti gabungan huruf pertama mak dan ayah, atau menamakan semua anak-anak dengan nama pertama yang sama, apa yang penting ialah Mommy sendiri rasa nama tersebut sedap untuk dipanggil dan menyejukkan hati Mommy.
Dalam pada itu, jangan pula terlalu taksub dengan nama-nama yang trendy dan menjadi pujaan ramai buat masa sekarang, tapi sebenarnya tidak membawa apa-apa makna. Sebaiknya, pilihlah nama-nama yang berunsurkan elemen agama, tradisi, atau budaya Mommy.
Senarai di bawah ini akan dapat membantu Mommy mempertimbangkan pilihan nama-nama anak lelaki yang bermula dengan huruf K. Semoga ia dapat memberi pengalaman manis buat Mommy dalam memilih nama bakal bayi yang akan dilahirkan kelak.
80 Nama Anak Lelaki Huruf K Berserta Makna
1. Kiyan = hakikat, nama seorang Raja Parsi
2. Kaif = semangat, keseronokan
3. Kashif = penjelasan, penemuan
4. Kabir = yang mulia, dihormati
5. Khalid / Khaled = kekal, abadi
6. Khizar = kehijauan, hikmah besar
7. Kamran = berjaya, beruntung
8. Kamal / Kamil = kesempurnaan
9. Khalifa = khalifah, pengganti
10. Kia = Raja, pelindung, pembela
11. Khurram = menyenangkan, kebahagiaan
12. Khan = putera
13. Khuzaima = nama seorang sahabat Nabi
14. Khalil = kawan
15. Khwaja = kerohanian
16. Karem / Kareem = pemurah, orang yang mulia
17. Kaleem = penceramah, pembicara
18. Keyaan = mahkota, raja
19. Khabeeb / Khubaib = pandai
20. Kafi = cukup
21. Kaleb = berani
22. Khair / Khairi = cemerlang, kebajikan
23. Kazim = bertolak ansur
24. Kadir = hijau, segar, bersih, suci
25. Kafeel = jaminan, bertanggungjawab
26. Khairat = kebajikan, amal
27. Kasam = bunga mekar
28. Khalif = pengganti
29. Kalam = perbualan, ucapan
30. Kasim = adil
31. Kunwar = awan guruh
32. Kulsom = pipi yang penuh
33. Kaden = sahabat
34. Khadim = pelayan
35. Khaliq = berketrampilan, berkemampuan
36. Kifayat = kecukupan, kompetensi
37. Kibriya’ = keagungan, kemuliaan
38. Khursheed = matahari
39. Ka’ab = takhta yang mulia
40. Kashfi = menerangkan, membersihkan
41. Khulus = kejernihan, kesucian
42. Kaisan = bijaksana
43. Kamish = mahir
44. Khattab = pidato, penceramah
45. Kamil / Kameel = sempurna
46. Kasib = subur
47. Kiani = kuno
48. Kaifi = riang
49. Kedar / Kadar = berkuasa
50. Kauthar = cukup, berlimpah
51. Kharim = pemurah
52. Khalaq = pencipta
53. Khaista = cantik
54. Kayani = bersifat baik
55. Kabar = berpangkat tinggi
56. Kasir = berani
57. Karamat = keajaiban, bangsawan
58. Kamaluddin = kesempurnaan agama (Islam)
59. Khasif = pedang
60. Khaldun = kekal, abadi
61. Khafid = mudah, selesa
62. Khairy = amal, pemurah
63. Khuzaimah = nama Arab lama
64. Kamyar = berjaya
65. Khushal = gembira
66. Kafalat = menanggung
67. Khaldun = nama Arab lama
68. Khasan = istimewa
69. Kibriya = keagungan, kemuliaan
70. Khidhr = ketua
71. Katib / Kateb = penulis
72. Khairuddin = anugerah agama (Islam)
73. Kathir / Katheer = berlimpah
74. Kaspar = penjaga harta
75. Kayid = licik
76. Kaiqad = adil
77. Karamah = bangsawan, keajaiban
78. Khajir = kecantikan
79. Kanum / Kanoom = dipercayai
80. Khurami = keseronokan, keceriaan
Selain daripada koleksi nama anak lelaki huruf K ini, Mommy juga boleh lihat senarai nama anak lelaki A-Z di sini.
Gabungan dua atau tiga nama selalu menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa untuk menjadikan maksud nama tersebut lebih unik dan penuh makna.
Semoga dipermudahkanlah segala urusan Mommy dalam proses pemilihan nama anak lelaki yang bakal dilahirkan.