Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Nama Anak Lelaki Huruf N Berserta Maksudnya

Foto Kredit: Adobe Stock

Anda dan pasangan bakal menimang cahaya mata lelaki tak lama lagi tapi masih belum menentukan lagi nama anak lelaki.

Almaklumlah terlalu banyak pilihan nama yang sedap-sedap kini sampai pening nak bagi nama mula dari huruf apa.

Nak nama anak lelaki huruf N, huruf M, huruf A atau sebagainya.

Tapi yang paling penting nama yang dipilih tu mestilah mempunyai maksud dalam islam dan mempunyai makna yang baik.

Semoga peribadinya juga sama seperti makna namanya. InsyaAllah.

Highlighted


Bagi pasangan yang masih mencari-cari nama anak lelaki huruf N untuk si kecil, anda bolehlah tengok senarai nama yang dah disediakan ini berserta maksudnya dalam Islam.

Semoga perkongsian ini dapat mencetus idea untuk anda dan pasangan!

Nama Anak lelaki Huruf N Berserta Maksudnya:

  • Nafi ‘ = Yang berguna
  • Nahid = Anak dalam masa puber
  • Na’il = Yang suka memberi, penyelesai masalah
  • Nizar = Yang memerintah, sedikit berbicara, sedikit memberi
  • Nasr, Nasir, Nasran = Pertolongan
  • Nawaf = Nama populer orang Arab
  • Nu’man = Kebaikan, kenikmatan
  • Nurul Haq = Cahaya kebenaran
  • Nurhan = Cahaya raja
  • Nurul Islam = Cahaya Islam
  • Naail = Yang suka memberi, penyelesai masalah
  • Naashif = Adil, insyaf, pelayan
  • Nabawi = Bersifat kenabian
  • Nabeel = Mulia , cemerlang

  • Nabhan = Perwira, berwaspada, mulia, terkenal
  • Nabih = Cerdik, Mulia
  • Nabihan = Mulia, masyhur
  • Nabil = Yang cerdik, mulia, mahir, dermawan, bijaksana, seseorang penuh kehormatan
  • Nadhif = Bersih
  • Nadhim = Pengatur
  • Nadhir = Indah, elok
  • Nadhmi = Teratur, disiplin
  • Nadi = Tempat pertemuan
  • Nadim = Rakan, sahabat
  • Nadir = Berseri-seri
  • Nadzir = Yang memberi peringatan
  • Nafil = Tambahan
  • Nafis = Bernilai, berharga
  • Nafiy = Yang berguna

  • Nafiz = Yang melaksanakan
  • Nahar = Keluasan sungai
  • Nahdan = Kebangkitan
  • Nahidh = Tekun, giat
  • Nahiz = Pemimpin
  • Nahlan = Berbisa
  • Naif = Tinggi, berkedudukan, menonjol
  • Nail = Pencapai
  • Nuwair = Cahaya
  • Najdat = Berani, bantuan
  • Naji = Selamat
  • Najib = Keturunan yang mulia, utama, bernilai
  • Najid = Gagah, berani
  • Nusrat = Kemenangan
  • Najjar = Tukang

  • Najm = Bintang
  • Najmuddin = Bintang agama
  • Najmussabah = Bintang subuh
  • Najwan = Kemenangan
  • Naqib = Yang menjamin
  • Naqil = Perawi
  • Naqiuddin = Kebersihan agama
  • Nasab = Keturunan mulia
  • Nasari = Kemenangan
  • Naseem = Angin sepoi-sepoi
  • Nashif = Adil, insaf, pelayan
  • Nashir = Penolong, pembela
  • Nashiruddin = Penolong Agama
  • Nashrullah = Kemenangan dari Allah
  • Nasif = Adil, yang insaf
  • Nasih = Pemberi nasihat, setia, loyal, ikhlas

  • Nasim = Udara segar
  • Nasir =  Pertolongan, kemenangan
  • Nasiruddin = Pembela agama
  • Nasran = Pertolongan
  • Nasrat = Kemenangan
  • Nasri = Pertolonganku, kemenanganku
  • Nasruddin = Pertolongan agama
  • Nasrul Haq = Pertolongan kebenaran
  • Nasrullah = Pertolongan Allah
  • Nasser =Pertolongan, kemenangan
  • Nasyat = Kecergasan
  • Nawab = Pemimpin, pemerintah
  • Nawfal = Pemurah, dermawan
  • Nawi = Seorang Ketua
  • Nawwaf = Yang menonjolkan
  • Nawwar = Pemberi cahaya
  • Nazeeh = Bersih dari noda

  • Nazeem = Pengatur
  • Nazhan = Jauh dari yang dikeji
  • Nazih = Yang bersih, bersih dari noda cacat

Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu,maka perelokkanlah nama-nama kamu.

– Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad

Semoga dipermudahkanlah segala urusan anda dalam proses pemilihan nama anak lelaki yang bakal dilahirkan.

InsyaAllah, apa jua pun nama yang diberi, ketinggian akhlak dan budi bahasanya akan dibawa sehingga dewasa.