Ibu, Bayi & Kanak Kanak

60+ Nama Anak Lelaki Huruf U Berserta Maknanya

Sama ada bakal Ibu baru mendapat tahu yang diri sedang mengandung ataupun tarikh jangkaan bersalin semakin dekat, memilih nama bayi dalam kandungan tentu menjadi salah satu keutamaan sebelum menyambut kelahirannya. Iyelah, ada ke orang yang tak ada nama, betul tak?

Memilih nama anak adalah tanggungjawab yang besar dan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Kalau boleh, pilihlah nama-nama yang mempunyai makna yang elok dan sedap, dan elakkan menamakan nama anak dengan nama trendy tetapi tidak membawa apa-apa maksud. Takut bila dah kurang trendy kelak, nama tersebut dipersendakan pula!

Sekiranya Ibu ingin mencari nama lelaki yang sempurna khusus untuk bakal bayi Ibu yang dapat memberikan makna yang istimewa dan menghormati tradisi keluarga atau budaya, senarai di bawah akan membantu Ibu mempertimbangkan pilihan nama-nama yang bermula dengan huruf U.

Highlighted

Sumber: Getty Images

Semoga ia dapat memberi pengalaman manis buat Ibu untuk memilih nama-nama pilihan.

62 Nama Anak Lelaki Huruf U Berserta Makna

1. Ubaadah = nama Arab lama

2. Ubad = penyembah, hamba Allah yang taat

3. Ubadah = hamba Allah, ibadah, nama sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

4. Ubai = nama manja anak lelaki bermaksud ‘ayah kecil’

5. Ubaid = setia, hamba, hamba kecil

6. Ubaidullah = hamba kecil Allah

7. Ubay = nama Arab lama bermaksud hamba

8. Ubaydullah = penyembah Allah

9. Ubayy = mempunyai harga diri yang tinggi

10. Udai = pahlawan

11. Udaina = pendengar, patuh

12. Uday = seseorang yang berlari pantas

13. Ufair = berani, kuat

14. Uhaid = janji

15. Uhban = lembut, baik, peramah

16. Uhdawi = penjaga, pelindung

17. Uhud = nama gunung berhampiran kota Madinah

18. Ujaab = mengagumkan

19. Ukashah = jaringan labah-labah

20. Ulfat = cinta, kasih sayang, kekeluargaan, kemesraan

21. Ulwaan = tinggi

22. Umaarah = nama Arab lama

23. Umaijid = megah, gemilang

24. Umair = bijak

25. Umairi = panjang umur

26. Umaizar = lelaki kuat

27. Umar = sejahtera, penuh dengan kehidupan

28. Umara = membangun, memelihara, memeriahkan

29. Umayr = penduduk

30. Umayyah = seorang perawi hadis

31. Umdah = sokongan

Sumber: Getty Images

32. Umed = harapan, kepercayaan

33. Umran = kemakmuran, peradaban

34. Umrao = mulia, raja

35. Unais = cinta, kasih sayang

36. Unal = pejuang, semangat yang kuat

37. Unsar = akar, elemen, peleraian

38. Uqaab = helang

39. Uqbah = penggantian

40. Uraif = aroma wangi

41. Urfi = nama penyair popular

42. Uruj / Urooj = kenaikan, pemasangan

43. Urrab = fasih, petah bercakap

44. Urwah = sokongan

45. Usaamah = ciri-ciri singa

46. Usaid = singa kecil

47. Usman = seorang sasterawan

48. Uswah = contoh

49. Utaib = kelembutan

50. Utaif = penyayang

51. Utaiq = kemurahan hati, kebaikan, kebajikan

52. Utbah = ambang, antara lembah

53. Uthal = nama gunung

54. Uwaim = nama sahabat Nabi yang mengambil bahagian dalam perang Badar

55. Uwain = penolong, penyokong

56. Uwais / Uwaiz = pemulihan, pampasan

57. Uwayam = pelampung

58. Uwaymir = hidup, kehidupan

59. Uzaib = segar, manis

60. Uzair = nama seorang Nabi

61. Uzaiz = perkasa, berkuasa, kehormatan

62. Uzair / Uzayr = berharga

Sumber: Getty Images

Selain daripada koleksi nama anak lelaki huruf U ini, ibu juga boleh lihat senarai nama anak lelaki A-Z di sini.

Gabungan dua atau tiga nama selalu menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa untuk menjadikan maksud nama tersebut lebih unik dan penuh makna.

Semoga dipermudahkanlah segala urusan Ibu dalam proses pemilihan nama anak lelaki yang bakal dilahirkan.