Ibu, Bayi & Kanak Kanak

65 Nama Anak Lelaki Huruf Y Berserta Maknanya

nama anak lelaki huruf Y

Sumber: Adobe Stock

Ada sesetengah pasangan suami isteri mengidam untuk mendapat sama ada anak lelaki atau anak perempuan buat cahaya mata pertama, dan ada sesetengah lagi tak berapa kisah, malah lebih gemar jika tidak tahu dan mendapat ‘surprise’ selepas bayi dilahirkan!

Walau apa pun yang dipilih oleh Mama dan Papa, tidak dinafikan nama bayi masih perlu disediakan, tak kira jika Mama dan Papa tahu atau tidak jantina bayi sebelum dilahirkan.

Memilih nama anak masih menjadi tanggungjawab atau satu tugas yang berat dan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Jadi Mama dan Papa perlu mengambil kira maksud nama yang ingin diberi kepada bayi, dan bukan sekadar bunyi nama tersebut sedap atau tidak.

Jika Mama dan Papa sedang menjangkakan bayi lelaki atau hanya sekadar membuat persiapan untuk menyambut mana-mana jantina, senarai di bawah dapat membantu Mama dan Papa mempertimbangkan pilihan nama-nama yang bermula dengan huruf Y.

Highlighted

Sumber: Getty Images

Semoga ia dapat memberi pengalaman manis buat Mama untuk memilih nama-nama pilihan.

65 Nama Anak Lelaki Huruf Y Berserta Makna

1. Yasin / Yaasin / Yassin = nama surah didalam Al-Quran

2. Yasir / Yassir / Yaseer = kaya

3. Yusuf / Yussuf / Youssuf = cantik, ditingkatkan kuasa

4. Yahya = hidup, kehidupan, sebenar

5. Yazan = nama sebuah lembah

6. Yunus / Yunoos = nama seorang Nabi

7. Yamin / Yameen = ke arah kebaikan

8. Yazdan / Yazdaan = penyayang, baik

9. Yusha = nama lelaki suci

10. Yazid / Yazeed = bertambah, banyak (dalam kekayaan)

11. Yasar = kemudahan, kekayaan

12. Yanni = pemberian Tuhan

13. Yaqub / Yaqoob = nama Nabi

14. Yashar = hidup abadi

15. Yafir = gambaran

16. Yahya = nama Nabi

17. Yaqeen = percaya

18. Yazar = penulis

19. Yagana = tiada tandingan

20. Yash’er = memahami

21. Yushua = Tuhan membantu

22. Yar = kawan

23. Yawer = menolong

24. Yasher = kehidupan ini

25. Yasem = bunga cantik

26. Yasmin / Yasmeen / Yasmeena = bunga Jasmin

27. Yaunis = tiang, ahli

28. Yesal = mahkota bunga

29. Yariq = berkilat, cerah

30. Yasat = laju

31. Yadgar = tidak dapat dilupakan

32. Yaqtan = otak cerdas

33. Yemina = sesuai, betul

34. Yesoob = mengetuai

Sumber: Getty Images

35. Yashal = segar

36. Yuaan = rahmat

37. Yaab = berjaya

38. Yaafay = tinggi

39. Yaafer = pelukis

40. Yurid = keinginan

41. Yujanaa = definisi

42. Yermaya = ketua

43. Yoraaj = putera

44. Yalmaz = penaklukan

45. Yasoob = ketua

46. Yashir = kekal, berkekalan

47. Yamim = niat

48. Yaten = cuba

49. Yadaan = tangan Tuhan

50. Yousam = cantik

51. Yashrah = muncul

52. Yashim = batu hijau berharga

53. Yaruq = cerah, bersinar

54. Yadeen = kedua tangan

55. Yaksu = berasingan

56. Yasraa = gembira

57. Yassawal = pengutus

58. Yaasaj = panah

59. Yataqi = penjaga

60. Yalraz = bintang

61. Yaqinuddin = percaya dalam agama (Islam)

62. Yaqoot = batu permata

63. Yathrib = nama lama Kota Madinah

64. Yazan = tekad

65. Yusr / Yusri = senang, menyenangkan

Sumber: Getty Images

Selain daripada koleksi nama anak lelaki huruf Y ini, Mama juga boleh lihat senarai nama anak lelaki A-Z di sini.

Gabungan dua atau tiga nama selalu menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa untuk menjadikan maksud nama tersebut lebih unik dan penuh makna.

Semoga dipermudahkanlah segala urusan Ibu dalam proses pemilihan nama anak lelaki yang bakal dilahirkan.