Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Lebih 100 Nama Anak Perempuan Huruf A Yang Indah Buat Puteri Cilik Anda

nama anak perempuan huruf A

Sumber: istockphoto

Adakah anda bercadang untuk menamakan puteri kecil anda dengan nama anak perempuan huruf A tetapi masih dalam dilema untuk memilih yang terbaik?

Hmm…agak banyak juga ya nama-nama anak perempuan yang indah dalam Islam.

Selain pemilihan nama berdasarkan makna yang baik, tentunya para ibu dan bapa menginginkan nama yang indah untuk disebut juga.

123 Nama Anak Perempuan Huruf A Yang Indah Berserta Maknanya

Highlighted

Sumber: istockphoto

Jom lihat senarai nama bayi perempuan huruf A ini. Ia adalah perkongsian sebahagian dari Azly Abu, Abdul Ghani Hj. Masrom dan Ayu Nuani Salsabila:

  1. ‘Aabidah = tekun beribadah
  2. Aafiyah = selamat dan sejahtera
  3. Aaminah = boleh dipercayai
  4. Aamilah = yang berbuat kebaikan
  5. Aanisah = gadis yang baik jiwanya
  6. Aathifa/Aatifa/Aathifah = penuh kasih sayang
  7. ‘Aathirah = harum
  8. Aazkiya = lebih suci dan bersih
  9. Ababah = kerinduan
  10. Abadah = rajin beribadah
  11. Abadi = yang kekal
  12. Abadiah = yang kekal
  13. Abdah = kepatuhan
  14. Abida = yang patuh, yang beribadat
  15. Abidah = yang patuh, yang beribadat
  16. Abir/Abira/Abirah = yang wangi, harum
  17. Abiyah = elok, lawa
  18. Abkar = perawan, anak dara
  19. Abla/Ablaa/Ablah = yang sempurna, berakhlak
  20. Abqarah = kecerdikan
  21. Abqariyyin = permaidani yang indah
  22. Abrah = contoh
  23. Abrar = yang menyembah tuhan
  24. Absarina = penglihatan kami
  25. Abyan = yang nyata, yang jelas
  26. Abyana = jelas, nyata, terang
  27. Abyati = sebaik-baik puisi
  28. Abyatina = sebaik-baik puisi
  29. Adabiah = kesopanan, kesusasteraan, beradab
  30. Adana = syurga
  31. Adawiyah = ubat, penawar
  32. ‘Adawiyah = seorang perempuan sufi
  33. Addina = yang menghitung
  34. Adhwa = cahaya
  35. Adiba/ Adibah = yang berpengetahuan tinggi, yang bersopan
  36. Adidah = sepadan
  37. Adila/ Adilah/ Adeela/ Adalah/ Adlah/ Adlina = hakim, keadilan, saksama
  38. Adrina = pengetahuan kami
  39. Afaf = kesolehan jiwa dan hati
  40. Afiah = sangat pemurah dan berpengetahuan
  41. Afifah/ Afeefa = berbudi bahasa, punya harga diri
  42. Afiqah = sangat pemurah, sangat berpengetahuan
  43. Afiya = kesihatan yang bagus
  44. Afnan = pepohonan yang berbuah
  45. Afrah = hiburan, kegembiraan
  46. Afkar = pemikiran
  47. Afrina = putih kemerah-merahan
  48. Afwan = kemaafan
  49. Ahlam = mimpi, impian
  50. Aida = keuntungan, hadiah
  51. Aiman = berkat
  52. Aini = mataku
  53. Aina = mempunyai mata yang cantik
  54. Ainul hayat = mata kehidupan
  55. Ainul hayati = mata kehidupanku
  56. Ainun = mata
  57. Aisyah = nama isteri Rasulullah S.A.W.
  58. Akidah = kuat, teguh
  59. ‘Akifah = wanita yang beri’tikaf di masjid
  60. Alani = ketinggian
  61. Alawiah = ketinggian
  62. Alfiyyah = ribuan
  63. Alia = tinggi
  64. Aliah = yang tinggi
  65. Alifah = mesra dalam bersahabat
  66. Alifah = kawan rapat, yang mesra
  67. Alimah = yang berpengetahuan, yang berilmu
  68. Aliyah/ Aliyyah = yang tinggi, yang paling mulia
  69. Alifiya = yang awal
  70. Alma = pandai, terpelajar
  71. Almas = berlian
  72. Althaf = lembut
  73. Alwani = warna-warni
  74. Alya = ketinggian, kemuliaaan
  75. Amal = harapan
  76. Amalia = cita-cita
  77. Amaliah = ibadah
  78. Amalina = panjang usia dan kenikmatan hidup kami
  79. Amami = julanganku
  80. Amani/ Amany = cita-citaku, ketenanganku, keinginan
  81. Amanina = cita-cita kami, harapan kami
  82. Amara = kecantikan yang abadi
  83. Amjad = mulia
  84. Aminah/ Ameenah/ Ameena = nama ibu Rasulullah S.A.W., boleh dipercayai
  85. Amira/ Amirah = puteri, ratu, pemimpin
  86. Amna/ Amnah = ketenangan
  87. Amni = ketenangan
  88. Anaqah = cantik dan menarik
  89. ‘Anbar = batuan ambar yang wangi dan indah, wangi-wangian
  90. Aniqah = indah menawan
  91. Anisa/ Anisah/ Aneesa/ Annisaa = yang lembut, yang mesra
  92. Anida = teguh pendirian
  93. Anzala = turun sekaligus
  94. Aqilah = cerdas, pandai
  95. Aqidah = kepercayaan, keimanan
  96. Aqsa = nama masjid di Palestin
  97. Arafah = padang Arafah yang suci
  98. Ardini = isteri yang penyayang
  99. Areej = harum, keharuman
  100. Arfah = gembira
  101. Aribah = cerdik, terpelajar
  102. Arifah = yang mengetahui
  103. Arikah = permaidani yang dihias
  104. Ariqah = baik budi dan mulia
  105. Arinah = kecergasan
  106. ‘Ariqoh = baik budi, mulia asalnya
  107. Arja = lebih diharapkan
  108. Arwa = nama ibu saudara Rasulullah S.A.W.
  109. Asiah = nama isteri Firaun yang beriman kepada Allah
  110. Asimah = yang memelihara
  111. Asilah = yang asli
  112. Asma = yang tinggi (taraf atau kedudukan), mulia, gah
  113. Asmahan = Nama tokoh wanita
  114. Asyura = hari Asyura, 10 Muharram
  115. Athirah = yang utama, yang mulia
  116. ‘Athiyyah/ Atiyah = pemberian
  117. ‘Aathifah = rasa sayang
  118. Atikah = wanita yang sangat pewangi, pandai menjaga diri, cantik dan mempunyai daya tarikan yang tinggi
  119. Auni = kelembutanku, ketenanganku
  120. Awatif = kesayangan
  121. Aziemah = yang berazam
  122. Azimah = agung, mulia
  123. Azizah = sayang, berharga
Sumber: Motherhood.com

InsyaAllah, semoga para ibu dan bapa mendapat ilham yang terbaik untuk menamakan si puteri cilik.

Gabungan antara nama-nama ini pun boleh membawa makna yang elok seperti Afaf Aribah yang membawa maksud wanita yang soleh jiwa dan hati serta terpelajar.

Apa-apa pun, dapatkanlah nasihat dari mereka yang arif dalam bahasa Arab dan bidang agama ya. Semoga anak perempuan anda membesar seindah namanya.