Memilih nama untuk bayi dalam kandungan boleh memberi keresahan untuk ramai pasangan. Iyelah, walaupun nampak senang untuk memilih nama yang baik-baik, pada hakikatnya banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk memberi nama yang sesuai.
Di antara ciri-ciri nama yang baik termasuklah sedap didengar, sejuk di lisan, mengandungi makna yang mulia, dan jauh dari segala makna dan sifat yang diharamkan atau memiliki erti yang buruk.
Nama merupakan simbol khusus yang dapat membezakan jika seseorang itu beragama Islam atau bukan. Nama juga mencerminkan sifat dan keperibadian orang yang empunya nama.
Nama yang diberikan kepada seorang bayi yang dilahirkan merupakan hiasan, tumpuan, dan justeru syi’ar yang dengannya ia dipanggil semasa didunia mahupun di akhirat.
Ibu dan Ayah terfikir untuk memberi nama anak perempuan bermula dengan huruf B?
Cuba anda lihat senarai di bawah ini, mana tau ada nama yang menarik perhatian.
50 Nama Anak Perempuan Huruf B
1. Badia = terpuji, unik
2. Badiyah = gurun
3. Badra / Badriyah = bulan penuh
4. Baha = nilai, berharga
5. Bahaa = cantik, bersinar
6. Bahar = musim bunga, cantik, muda
7. Bahij = cemerlang
8. Bahira = mempesonakan, cemerlang
9. Bahiya / Bahiyyah = cantik, berseri
10. Bahriyah al-Aabidah = nama seorang penyembah yang setia dan zuhud Basrah
11. Bakht / Bakhtawar = nasib
12. Balqis / Balqees = nama anak perempuan Ahmad bin Mishqar, dan seorang wanita terhormat pada zamannya; juga isteri kepada Sayfud-din al- Hanafi
13. Banafsha = nama anak perempuan Abdullah al-Rumiyah; seorang wanita yang sangat soleh dan dermawan yang banyak bersedekah
14. Banan = halus, hujung jari
15. Banujah = nama anak perempuan al-Mahdi
16. Barakah = berkat, keberkatan
17. Bareerah = alim
18. Bariah = cemerlang
19. Barika = berjaya, berbunga
20. Barrah = nama ibu saudara Nabi Muhammad s.a.w.
21. Barzah = seorang perawi hadis
22. Basaaria = cantik
23. Basbas = seorang hamba Ibn Nafees; cantik dan mempunyai suara merdu
24. Baseema / Basimah / Basmah = senyum
25. Basheera / Bashirah = pembawa berita gembira
26. Basilah = berani, tidak takut
27. Basoos = anak puteri Munziq at-Tamimah
28. Batinah = tersembunyi, dalaman
29. Batul / Batool = wanita solehah sejati kepada Allah
30. Batrisyia = cerdik, pintar
31. Bazilah = pandai, bijak
32. Beena = melihat, berpandangan jelas
33. Beenish = penglihatan
34. Benazir = unik
35. Benzair = tiada tandingan
36. Bilqis = ratu Syeba
37. Binesh / Binish = pandai
38. Birrah = amalan baik
39. Bisharah = seorang perawi Hadis
40. Bisma = senyum
41. Buhaysah = seorang perawi Hadis
42. Buhayyah = nama hamba perempuan yang dimerdekakan
43. Bunanah = anak perempuan Yazid al-Abshamiyah
44. Buqayrah = seorang perawi Hadis
45. Burdah = seorang ahli ibadah yang sangat berbakti
46. Busayrah = nama seorang sahabat wanita (R.A) dan juga seorang muhajirah, yang berhijrah ke Madinah
47. Bushra / Bushrah = pembawa berita baik
48. Busrah = seorang sahabat Nabi yang hidup sehingga zaman Muawiyah
49. Buthaynah = badan yang cantik dan lembut
50. Baarizah = personaliti yang menonjol
Nama mungkin hanyalah sesuatu yang bersifat maknawi, namun ia tetap memiliki nilai yang tinggi yang tak terkira nilainya jika dibandingkan dengan harta. Kita lebih menjaga nama daripada harta, betul tak?
Tapi Ibu janganlah pening-pening sangat memikirkan nama anak! Cuba buat senarai yang pendek, dalam lima nama yang Ibu rasa hati dah betul-betul suka.
Ibu juga boleh melihat senarai nama bayi perempuan A-Z disini.
Semoga senarai ini dapat membantu Ibu dalam memberi nama yang manis buat si puteri, dan semoga berjaya!