Ibu, Bayi & Kanak Kanak

70 Nama-Nama Anak Perempuan Huruf D Beserta Makna Yang Indah

nama anak huruf D

Sumber: Freepik

Hak seorang bayi adalah diberikan nama yang baik-baik. Semasa memilih nama anak itu, ia haruslah dibuat dengan niat yang baik agar anak tersebut dikurniakan barakah dengan nama tersebut.

Daripada Abu Daud, Rasulullah SAW berkata yang bermaksud:

Pada Hari Kiamat, setiap orang akan dipanggil dengan nama (sendiri) dan nama bapa (anda). Dengan itu, perelokkanlah nama kamu.

Riwayat Abu Daud

Menurut Imam Nawawi, disunatkan untuk memberi nama yang baik kepada bayi yang baru dilahirkan. Hukum memberikan nama yang kurang baik adalah makruh mengikuti Imam Syafie.

Nama juga merupakan simbol khusus yang dapat membezakan jika seseorang itu beragama Islam atau bukan. Nama juga mencerminkan sifat dan keperibadian orang yang empunya nama.

Highlighted

Sumber: Getty Images

Jika Mama dan Papa sedang mencari nama-nama yang baik untuk bakal anak perempuan yang bermula dengan huruf D, Mama dan Papa boleh rujuk senarai di bawah ini.

70 Nama-Nama Anak Perempuan Huruf D

  1. Daamlah = lembut
  2. Daania = perempuan cantik
  3. Daarina = cantik dan indah
  4. Dabistan = taman
  5. Dafeenah = harta karun
  6. Dafiyah = perawi hadith
  7. Dahab = emas
  8. Dahlia = bunga dahlia
  9. Daiba = rajin
  10. Daima = kekal
  11. Daiya = pemanggil Islam
  12. Daleela = panduan/bukti
  13. Daliyah = pokok anggur
  14. Dameetha = baik akhlak
  15. Dami = pencipta/bijak
  16. Damina = perempuan
  17. Damira = hati/minda
  18. Damrina = luar biasa
  19. Damla = setitik
  20. Damsa = sutera putih
  21. Damsaaz = sahabat
  22. Daneen = puteri
  23. Danish = bijak
  24. Danishara = selalu belajar
  25. Daniya = baik hati
  26. Daniyah = dekat
  27. Darakhsaan = bersinar
  28. Dardana = buah pir
  29. Darejan = unik
  30. Darra = mutiara/cemerlang
  31. Darsameen = berharga
  32. Darya = laut
  33. Dastiaar = pembantu
  34. Daulah = kekayaan
  35. Daumaa = lautan
  36. Dayanna = ilahi
  37. Dayfah = tetamu
  38. Deeba = kain sutera
  39. Deema = awan hujan
  40. Deenah = taat
  41. Delal = yang disayangi
  42. Delaram = hati yang diam
  43. Delbar = menawan
  44. Derayat = pandai
  45. Dhakhirah = mengingati Tuhan
  46. Dhakiyah = pandai
  47. Dhia = megah
  48. Dhuha = sebelum tengah hari
  49. Dhuka = matahari
  50. Dibaaj = sutera
  51. Dibi = brokad/tisu emas
  52. Diblin = bau wangi roh
  53. Dila = hati baik
  54. Dilber = kekasih
  55. Dildar = pemegang hati
  56. Dilnaz = yang disayangi
  57. Dilshad = gembira
  58. Dilva = dari hati
  59. Dimah = kilat
  60. Diqrah = perawi hadith
  61. Diwa = lilin
  62. Dorri = bintang berkilau
  63. Dujanah = hujan
  64. Dur Afshan = mutiara
  65. Durain = luar biasa
  66. Durdanah = emas/rubi/mutiara
  67. Durkhanai = permata
  68. Durnah = pedang
  69. Durnaz = comel
  70. Durriyah = berkilau

Nama-nama yang bermula dengan huruf D yang disenaraikan di atas untuk bayi perempuan sedap-sedap belaka kan bunyinya? Tambahan pula dengan maksud yang manis.

Mama dan Papa ada berminat dengan mana-mana nama tak? Jika digabungkan dengan perkataan Arab lain yang sesuai, tentu manis dan unik sekali si puteri punya nama nanti.

Mama dan Papa juga boleh melihat senarai nama bayi perempuan A-Z disini.

Kalau Mama dan Papa sedang menjangkakan ketibaan bayi perempuan dan terlintas di hati untuk menamakan si puteri yang bermula dengan huruf D, jangan lupa untuk bookmark senarai nama di atas!

Semoga berjaya memilih nama yang sesuai untuk si comel anda!