Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Koleksi Nama Anak Perempuan Huruf E yang Unik & Menjadi Pilihan Wanita Arab

nama anak perempuan huruf E

Sumber: Adobe Stock

Kita telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk memberi nama kepada anak pada hari ketujuh setelah kelahirannya, selain disunatkan untuk dicukur rambutnya.

Dari Samurah bin Jundub RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu akikah; disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya, dan diberi nama.

(Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)

Ada satu lagi hadis yang berkaitan dengan waktu penamaan nama anak. Dalam hadis ini, kita boleh juga memberi nama anak pada hari pertama kelahirannya.

Dari Anas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

Seorang anak telah lahir untukku malam ini dan Aku memberi nama mirip dengan nama nenek moyangku, Ibrahim.

(Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Highlighted

Sumber: iStock Photos

Boleh disimpulkan dari kedua-dua hadis di atas bahawa Islam memberi kebebasan bagi kita untuk memberi nama kepada anak kita.

Mama dan Papa boleh sahaja memberi nama anak pada hari pertama, atau hingga hari ketujuh kelahiran si comel.

Walau bagaimanapun, kalau mengikut hadis yang pertama tadi, Rasulullah SAW menyarankan kita untuk memberi nama anak pada hari ketujuh.

Jadi, sementara menantikan hari ketujuh tersebut, bolehlah Mama dan Papa pertimbangkan nama yang betul-betul sesuai setelah melihat dan memegang cahaya mata sendiri tanpa perlu tergesa-gesa.

Sumber: iStock Photos

Lagi menarik, kalau nama itu unik tetapi mempunyai maksud yang sangat baik.

Apa kata kita lihat nama-nama manis yang boleh dipertimbangkan seperti nama anak perempuan huruf E buat puteri anda.

80 Nama Anak Perempuan Huruf E

  1. Eiliyah = hidup dalam kedamaian dan kecintaan Tuhan
  2. Eilnaz = cantik dan indah (dalam bahasa Turki-Parsi)
  3. Edris = penguasa yang makmur
  4. Erfat = kebajikan/kesucian
  5. Ehteram = hormat
  6. Eila = Bumi
  7. Eilin = juara
  8. Eiman = iman
  9. Eisa = salji
  10. Eira = penyayang
  11. Elfesya = perempuan cantik bak puteri
  12. Elham = inspirasi
  13. Elijah = cantik, manis, pintar
  14. Elisha = janji Tuhan
  15. Eliza = unik/berharga
  16. Elmedina = seseorang yang taat dan beriman
  17. Elnara = rakyat/negara
  18. Enisa = kawan/teman
  19. Erina = wanita cantik
  20. Ermina = peramah mesra
  21. Ersheen = kecantikan Tuhan
  22. Eshaal = memeriahkan
  23. Esin = inspirasi
  24. Esmeray = anak bulan
  25. Esra = pantas
  26. Ettie = bintang
  27. Ettra = ratu kecantikan
  28. Ezzah = penghormatan
  29. Efa = sejahtera/kaya
  30. Ein = mempunyai mata cantik
  31. Eza = maruah
  32. Eeda = pujian
  33. Eena = tidak boleh ditawan
  34. Eifa = menepati janji
  35. Ejah = dalam perlindungan Tuhan
  36. Elin = bersinar
  37. Elma = azam
  38. Emin = kedamaian
  39. Emna = mempercayai
  40. Eqra = membaca
  41. Erha = berbakat
  42. Edina = semangat
  43. Ednah = menggembirakan
  44. Eelaf = keselamatan
  45. Eesha = kesucian
  46. Effah = setia
  47. Efrat = bangga
  48. Ehfat = kesucian
  49. Ehsan = amal/belas kasihan
  50. Einas = rasa damai
  51. Eihaa = inspirasi
  52. Eiren = aman
  53. Eisha = alim
  54. Elani = cahaya
  55. Elida = comel
  56. Elina = bijaksana
  57. Eliya = cantik
  58. Emani = taat
  59. Emira = berjasa
  60. Emrin = kejayaan
  61. Enara = mencerahkan
  62. Enaya = pemaaf
  63. Esaaf = pengasihi
  64. Eshan = dalam berkah Allah
  65. Eshal = nama bunga di syurga
  66. Eshan = diberkati
  67. Eyana = kasih sayang
  68. Ezaan = mentaati
  69. Ezlin = cantik
  70. Ezlyn = kebebasan
  71. Ezrah = penolong
  72. Ellena = cahaya
  73. Elmera = bangsawan/mulia
  74. Elyana = ilham
  75. Emrana = kejayaan
  76. Enayah = cahaya syurga
  77. Ertifa = tinggi
  78. Eira = menyalakan
  79. Eiwa = pengasihi
  80. Elnaz = menawan
Sumber: iStock Photos

Koleksi nama-nama anak perempuan huruf E di atas tentu nampak ganjil bagi sesetengah ibu bapa kan?

Sebenarnya, walaupun tidak selalu didengar di Malaysia, nama-nama tersebut sangat popular di kalangan umat Islam dinegara-negara lain seperti Ethiopia, Pakistan, Algeria, dan banyak lagi.

Sumber: iStock Photos

Jika Mama dan Papa ragu-ragu, anda boleh mendapatkan kepastian daripada ustaz dan ustazah.

Dan sekiranya berminat dengan nama-nama yang amat unik dan manis ini, tentu boleh pertimbangkannya kerana memang banyak wanita-wanita Islam dengan nama-nama tersebut.

Sudah tentu jika digabungkan dengan perkataan-perkataan Arab lain atau nama anak perempuan yang lain seperti yang disenaraikan di sini, nama puteri Mama pasti menjadi sangat bermakna.

Unik, cantik, dan indah maknanya seperti tuannya juga bukan?