Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Lebih 50 Pilihan Nama Anak Perempuan Huruf F

nama anak perempuan huruf F

Foto Kredit: Shutterstock

Anda dan pasangan bakal menimang cahaya mata lelaki tak lama lagi tapi masih belum menentukan lagi nama anak perempuan.

Almaklumlah terlalu banyak pilihan nama yang sedap-sedap kini sampai pening nak bagi nama mula dari huruf apa bukan?

Tapi yang paling penting, nama yang dipilih tu mestilah mempunyai maksud dalam islam dan mempunyai makna yang baik.

Highlighted


Semoga peribadinya juga sama seperti makna namanya. InsyaAllah.

Bagi pasangan yang masih mencari-cari nama anak perempuan huruf F untuk si manja, anda bolehlah tengok berikut himpunan nama yang dah disediakan ini berserta maksudnya dalam Islam.

  • Faadhilah – Yang Mulia
  • Faaeqa – Paling baik
  • Fadhilah – Kemuliaan, kelebihan, keutamaan
  • Fadhlah – Mulia
  • Fadiah – Pembela
  • Fadilah -Yang mulia, murah hati, yg utama
  • Fadiyah – Menyelamatkan, tebusan
  • Fadwa – Penyelamat, pengorbanan suci, penebus
  • Fadwah – Penyelamat, pengorbanan suci, penebus
  • Faeezah – Pemimpin

  • Faghira – Bunga melur
  • Fahimah – Yang bijak, memahami
  • Fahmidah – Cerdik, bijak
  • Faida – Manfaat, beruntung
  • Faidah – Untung, laba
  • Faidh – Melimpah, mengalir
  • Faiha – Banyak kelebihan, harum bak syurga 
  • Faihanah – Harum, wangi
  • Faiqa – Terkenal, terkemuka, bangun
  • Faiqah – Mengungguli
  • Faiqihah – Pandai, pintar
  • Fairuz – Batu permata yang berwarna biru agak kehijau-hijauan
  • Faizah – Menang, berjaya
  • Faizia – Berjaya
  • Fajriyah – Cahaya terang
  • Fakeehah – Menyenangkan, sedap
  • Fakhira – Agung, termasyur
  • Fakhirah – Kebanggaan
  • Fakhrani – Nisbah
  • Fakhriah – Kemegahan

  • Fakhriyah – Kebanggaan
  • Falah – Berjaya, beruntung
  • Falilah – Yang beruntung
  • Falisha – Menyenangkan
  • Faqihah – Yang mengerti, ahli fiqh, bijaksana
  • Farah – Kegirangan, kesenangan, kebahagiaan
  • Faradila – direstui
  • Faradina – agama kegembiraan
  • Faradisa – Syurga
  • Farha – Bahagia
  • Farhaira – Menghibur, gembira, ceria
  • Farhah – Kegirangan
  • Farhana – Riang gembira, senang
  • Farhanah – Riang gembira, bergembira, senang

  • Fariaah – Tinggi, mulia
  • Fariba – perempuan yang mempersonakan
  • Farida – mutiara yang tiada bandingnya
  • Faridah – Yang istimewa, tunggal, permata yang mahal
  • Fariha – (Dia) merasa gembira
  • Farihah – Riang, sukacita, gembira
  • Farisah – Pengemudi mahir
  • Farsya – membuat bahagia
  • Farzana – bijak, pandai, yang beruntung
  • Fatanah – kebijaksanaan
  • Fathia – kemenangan
  • Fathin – cerdas
  • Fariza – cahaya
  • Farizah – Jelas
  • Farizka – batu yang berharga
  • Farwizah – Menang, berjaya
  • Farzana – Bijak, pandai
  • Farzanah – Petunjuk agung
  • Fashahah – Fasih berbicara

Semoga perkongsian nama anak perempuan huruf F ini dapat mencetus idea untuk anda dan pasangan dalam memilih nama yang terbaik untuk bakal puteri Mama dan Papa!

Mama juga boleh lihat pilihan nama anak perempuan lengkap di Motherhood.