Ibu, Bayi & Kanak Kanak

100 Nama Anak Perempuan Huruf H Untuk Si Comel Anda

nama anak perempuan huruf H

Sumber: istockphoto

Mempunyai anak perempuan yang cantik akhlak dan seindah namanya merupakan impian para ibu dan bapa. Bila doktor sahkan je jantina bayi, mesti anda mula berfikir tentang nama yang sesuai untuk diberi kepada bayi perempuan yang bakal lahir kan?

Mungkin nama yang terdiri dari satu patah perkataan sahaja atau mungkin juga dari beberapa. Asalkan, maknanya elok dan indah untuk disebut.

Kali ini, Motherhood sediakan senarai nama anak perempuan huruf H buat bakal puteri anda.

100 Nama Anak Perempuan Huruf H 

Menamakan anak dengan nama yang baik itu merupakan satu sunnah dalam Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W.:

Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu. – Hadits riwayat Abu Daud dan Ahmad

Highlighted

Sumber: istockphoto

Jika anda bercadang untuk menamakan anak dengan nama yang bermula dengan huruf H, bolehlah dapatkan sedikit ilham dari perkongsian Azly Abu dan Naafi’ah dkk. ini:

  1. Haarisah = terjaga dari dosa
  2. Haazimah = lincah
  3. Habibah = kesayangan
  4. Habibi = kesayanganku
  5. Habrah = kegembiraan
  6. Habriyah = pintar
  7. Hadharah = kemajuan
  8. Hadhinah = menjadi pengasuh, pendidik
  9. Hadirah = pandai, bijak
  10. Hadiyah = pemberian, hadiah, pemberi petunjuk
  11. Hafawati = disambut dengan penuh penghormatan
  12. Hafid/ Hafidah = keturunan, anak, cucu
  13. Hafidhah = pemelihara, penghafal
  14. Hafiya = sangat baik
  15. Hafizah = pemelihara, penghafal, menjadi pelindung
  16. Hafizhah = pemelihara, penghafal, menjadi pelindung
  17. Hafshah = anak perempuan Umar Al-Khattab, isteri Rasulullah S.A.W.
  18. Haidah = adil
  19. Haifa = perempuan yg langsing, ramping
  20. Haimanah = penguasaan, penjagaan
  21. Hajar = nama ibu Nabi Ismail, isteri Nabi Ibrahim A.S.
  22. Hajidah = yang rajin sembahyang malam
  23. Hakimah = arif, yang bijaksana
  24. Halawati = kebaikanku
  25. Haliah = yang memakai perhiasan
  26. Haliimah = sabar
  27. Halimah = sopan dan lemah lembut
  28. Halimah As-Saadiah = ibu susuan Rasulullah S.A.W.
  29. Halumah = pemaaf, penyabar
  30. Halwa = yang manis
  31. Hamamah = anak perempuan kesayangan
  32. Hamaamah = burung merpati
  33. Hamani = memberi semangat
  34. Hamdah = pujian
  35. Hamidah = sentiasa memuji Allah
  36. Hamimah = kawan setia
  37. Hamizah = riang gembira
  38. Hammadah = bijak memuji
  39. Hamra = merah
  40. Hana = kebahagiaan
  41. Hanan = anak perempuan kesayangan
  42. Hanifa/ Hanifah = yang lurus, yang benar
  43. Haniinah = bahagia
  44. Haninah = penyayang
  45. Hanisah = yang bertakwa
  46. Haniyah = kegirangan
  47. Hannah = bahagia
  48. Hannanah = penyayang
  49. Hannani = kesayanganku, kecintaanku
  50. Hanun/ Hanunah = penyayang
  51. Hanzalah = disegani, dihormati
  52. Hariyah = yang layak, yang patut
  53. Harizah = kubu, benteng
  54. Hasanah = mempunyai perilaku terpuji
  55. Hashiifah = bijak
  56. Hasibah = keturunan baik-baik
  57. Hasna = cantik dan bertakwa
  58. Hasnah = yang baik, cantik jelita
  59. Hasni = yang lembut
  60. Hasniah = perempuan yang lembut
  61. Hasyimah = memiliki sopan santun
  62. Hatimah = pemutus, penentu
  63. Hawa,/ Hawwa = nama isteri Nabi Adam A.S.
  64. Hawani = ibu penyayang
  65. Hayaatun = kehidupan
  66. Hayaa’un = malu
  67. Hayat = kehidupan
  68. Hayati = kehidupanku
  69. Hayani = hidup
  70. Hayfa = lembut suaranya
  71. Hazimah = yang tegas, wanita yang sangat teliti
  72. Haziqah = yang cerdik, pandai
  73. Hazirah = yang terbaik
  74. Haziyah = yang disayangi
  75. Hazwani = pemberianku
  76. Hibriyah = memiliki keindahan
  77. Hidanah = damai, tenang
  78. Hidayah = petunjuk Allah
  79. Hidayati = yang mendapat hidayah, petunjuk
  80. Hidni = subur
  81. Hijanah = dipenuhi kemuliaan
  82. Hilalah = bulan sabit
  83. Hilmiyah = lembut, sopan
  84. Himanah = memberi semangat
  85. Himayah = terpelihara, terjaga
  86. Hindun = kegagahan dan keperwiraan tersendiri
  87. Hisanah = cantik
  88. Hubwah = pemberian
  89. Huda = petunjuk kepada kebenaran
  90. Hudiya = diberi petunjuk
  91. Hudnati = damai
  92. Hulwah = manis
  93. Humaira’ = putih kemerah-merahan yang melambangkan kecantikan
  94. Huraiyah = bidadari
  95. Husna = kebaikan, cantik
  96. Husniah = indah
  97. Husniyah = kebaikan, keindahan
  98. Husnul khotimah = kesudahan yang baik
  99. Husyaimah = sederhana
  100. Huwaidaa = berhati lembut
Sumber: Motherhood.com

Dalam memilih nama yang terbaik untuk si manja seperti nama anak perempuan huruf H ini, Mommy pastikan untuk memilih gabungan nama dengan makna yang baik.

Sesungguhnya, ia akan mencerminkan keperibadian puteri anda kelak. Nama itulah yang menjadi identiti dirinya di dunia dan di akhirat.

Oleh itu, dapatkanlah pandangan dari mereka yang pakar tentang makna nama yang sudah dipilih ya. Semoga para ibu bapa dan si manja diberi keberkatan olehNya.