Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Nama Anak Perempuan Huruf I Beserta Makna Yang Manis

Nama adalah sesuatu perkara pertama yang akan diperolehi bayi yang baru lahir. Mama dan Papa selalunya akan pertimbangkan nama yang sedap-sedap sepanjang tempoh kehamilan dan memberi nama pada hari bayi lahir, atau pun betul-betul last minute bila nak daftar nama anak kan?

Menurut sebahagian orang, nama dalam bahasa Arab, iaitu ‘ism’ merupakan bentuk kata yang bererti ‘tanda’. Jadi nama seseorang itu harus memberi makna baik-baik yang bersangkutan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Wahai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia

Ada juga sebahagian orang lain yang mengatakan ‘nama’ dalam bahasa Arab bererti ‘tinggi’. Dengan itu nama merupakan tanda yang menggambarkan ketinggian seseorang yang memiliki nama tersebut.

Highlighted

Sumber: Getty Images

Nama memberikan ciri khusus yang membezakan seseorang dengan orang lain. Biasanya diberikan oleh bapa, nama akan menjadi simbol dan tanda pewaris atau penerus generasi.

Mari kita lihat senarai 100 nama bayi perempuan huruf I yang manis buat si puteri Mama dan Papa.

  1. Inaya = perlindungan
  2. Isha = kehidupan
  3. Iqra = membaca
  4. Iram = taman di syurga
  5. Ifra = yang pakar
  6. Insiya = beringat
  7. Izzah = kuasa
  8. Inayah = prihatin
  9. Imaan = kepercayaan
  10. Ilham = inspirasi
  11. Ilhan = suara yang sedap
  12. Irsa = pelangi
  13. Ishrat = sopan
  14. Ifa = mempercayai
  15. Irha = berbakat
  16. Ikram = murah hati
  17. Ifrah = gembira
  18. Ishana = tenaga
  19. Ibtisam = senyum
  20. Imani = kepercayaan
  21. Iffat = kebajikan
  22. Inshirah = bersorak
  23. Isma(t) = melindungi
  24. Irem = taman di syurga
  25. Ibrah = kebijaksanaan
  26. Iffah = sopan
  27. Izma = hormat
  28. Intisar = kemenangan
  29. Ishraq = cahaya
  30. Iqamat = tenang

    Sumber: Getty Images

  31. Ishal = bunga di syurga
  32. Ibtihal = permintaan
  33. Inas = peramah
  34. Ilm = ilmu
  35. Inam = pemberi
  36. Imtiaz = istimewa
  37. Imtisal = mematuhi
  38. Ifsah = jelas
  39. Irshad = bimbingan
  40. Ibtida = penemuan
  41. Isar = menarik
  42. Imtinan = menghargai
  43. Ibriz = emas tulen
  44. Islah = berbuat baik
  45. Irhaa = tenang
  46. Imrozia = wanita moden
  47. Ismah = suci
  48. Iradat = keinginan
  49. Isaf = kelegaan
  50. Intisaar = berjaya
  51. Ibnah = anak perempuan
  52. Ihab = pemberi
  53. Izdihar = mekar
  54. In’am = perbuatan baik
  55. Ishfaq = penyayang
  56. Ibda = inovasi
  57. Imtihal = mematuhi
  58. Isbah = cahaya
  59. Iftinan = pesona
  60. Idhar = gebu
  61. Isad = membawa kegembiraan
  62. Ijlal = hormat
  63. Ibala = bunga liar
  64. Imsha = pandai
  65. Iziza = yang disayangi
  66. Isaad = berkat/nikmat
  67. Idalika = ratu
  68. Iklil = mahkota
  69. Imtithal = hormat/mematuhi
  70. Intisara = kemenangan

    Sumber: Getty Images

  71. Izahet = melengkapi
  72. Ighla = kekaguman
  73. Iyana = pendiam
  74. Imama = ketua
  75. Imdaad = penolong
  76. Iren = kebahagiaan
  77. Ireefah = mengetahui
  78. Ilmaaz = kesedapan
  79. Iqaala = pemaaf
  80. Imlaa = manis
  81. Ilm Afshaan = cikgu/pengajar
  82. Ibraar = alim
  83. Imaala = menarik/tarikan
  84. Iltaaf = lembut
  85. Imaadah = tiang (agama)
  86. Itmah = malam
  87. Iqtadaar = kuasa
  88. Irinaa = damai
  89. Ijaaz = keajaiban
  90. Ihzam = pandai
  91. Ieeza = istimewa/wangi
  92. Idalaa = berjaya
  93. Ifterasham = seperti sutera
  94. Iyaalat = ketua
  95. Injilaa = bersih
  96. Ishfaq = cinta
  97. Isyaaf = pedang
  98. Inbaazi = teman
  99. Ishtiaaq = keinginan
  100. Irfa = bijak

Nama-nama perempuan bermula dengan huruf I yang disenaraikan di atas mungkin tidak biasa didengar oleh Mama dan Papa, tapi amat popular di negara-negara lain yang mempunyai populasi orang Islam yang tinggi.

Mama dan Papa boleh gabungkan beberapa perkataan untuk menjadi nama yang memberi maksud yang amat istimewa buat si comel.

Sumber: Getty Images

Lebih menarik, unik dan sangat bermakna jika Mama dan Papa gabungkan nama anak perempuan huruf I ini dengan mana-mana nama yang bermula dengan huruf lain seperti nama yang bermula dengan huruf E, huruf N, dan sebagainya.

Pilihlah nama yang baik untuk disebut, didengari, dan pastinya akan diingati oleh orang sekeliling mereka apabila mereka besar nanti.

Jangan pula namakan anak anda dengan nama yang sedap atau trendy dipemikiran Mama dan Papa, tetapi sebenarnya boleh memalukannya apabila dia besar nanti.