Anak-anak adalah sesuatu yang dianugerahkan Allah kepada ibu bapa dan menjadi sumber kegembiraan kepada mereka. Anak-anak dapat memberi semangat kepada hati, kegembiraan pada jiwa, dan kesenangan pada mata.
Tidak hairanlah jika ramai ibu bapa yang sering berfikir banyak kali tentang nama yang sesuai dan sedap untuk diberi kepada anak. Dari dalam kandungan lagi, anak-anak sangat dicintai dan disayangi oleh ibu bapa, dan mereka mahu hanya yang terbaik untuk anak-anak.
Menurut ajaran Islam, bayi boleh dinamakan pada hari kelahirannya, hari ketiga, atau hari ketujuh selepas kelahirannya menurut semua dalil daripada sunnah. Ini betul-betul dapat memberi bakal ibu bapa peluang untuk memilih nama yang paling sempurna buat si comel.
Nama itu hendaklah membawa maksud yang baik dan terpuji sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Pada hari kiamat nanti, kamu akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka perbaikilah nama kamu.”
[Hadith Riwayat Abu Daud]
Kalau Ibu bakal menimang cahaya mata kelak dan sedang tercari-cari nama yang sesuai untuk anak perempuan, bolehlah rujuk kepada senarai nama anak perempuan huruf K di bawah berserta maknanya yang manis.
100 Nama-nama Anak Perempuan Huruf K Berserta Maknanya
1. Kabshah = seorang sahabat Nabi s.a.w.
2. Kaheela = kerja, kejayaan
3. Kaheesha = nama seorang penyair
4. Kaif = gembira
5. Kaifiya = teruja, gembira
6. Kainaat = alam semesta
7. Kaleemah = bercakap
8. Kamaliyah / Kamila / Kamilah = sempurna
9. Kaneezah = tegas
10. Kanval = bunga
11. Kanz = harta karun
12. Karabi = bunga
13. Kardawiyah = seorang wanita alim
14. Kareema = pemurah, mulia
15. Karida = asli
16. Karima / Karimah = baik, pemurah
17. Kashfia = jelas
18. Kashida = bekerja keras
19. Kashifah = penyingkap rahsia
20. Kashira = gembira, riang
21. Kashuda = menawan
22. Kasirah = banyak
23. Kaureen = wanita menawan
24. Kausar = banyak
25. Kawthar = sungai di syurga
26. Kaysah = seorang perawi hadith
27. Kazima = seseorang yang mengawal
28. Khabira = sedar, mengetahui
29. Khadeeja / Khadijah = isteri Nabi s.a.w.
30. Khadra = hijau
31. Khafifa = kecil
32. Khaila = bersaing dengan kebanggaan
33. Khaira = yang terbaik, perdana
34. Khaleesah = nama sahabat Nabi s.a.w.
35. Khalida = abadi
36. Khalilah = sahabat yang baik
37. Khalisa = murni, benar, nyata
38. Khalisah = ikhlas, suci
39. Khanam = puteri, wanita bangsawan
40. Khani = tersembunyi
41. Kharqa = kuat, berangin
42. Khashar = berhias
43. Khashia = alim
44. Khasiba = berbuah, subur
45. Khatera = ingatan
46. Khatira = keinginan, minat
47. Khatun / Khatoon = wanita bangsawan
48. Khawlah = rusa betina
49. Khayr / Khair / Khairiah = baik, berkat, rezeki, kekayaan
50. Khairunnisa = wanita terbaik
51. Khayrah = baik
52. Khazanah = harta karun
53. Khazeena = rumah harta karun
54. Khidrah = hijau
55. Khitam = kesimpulan
56. Khudamah = perkhidmatan
57. Khudra / Khudrah = kehijauan
58. Khulaybah = nama seorang penyair Arab
59. Khuld = syurga
60. Khurmi = kegembiraan
61. Khursheed = matahari
62. Khusbakht = bertuah
63. Khusnud / Khushnood = gembira, senang hati
64. Khuwaylah = kijang
65. Khuzama = bunga lavender
66. Kishwar = negara
67. Kochai = pengembara
68. Kohila = suara merdu
69. Kohinoor = gunung cahaya
70. Kiara = berambut gelap
71. Kashaf = wahyu
72. Kinza = berharga, pintar, bijaksana
73. Komal = cantik, lembut, halus
74. Kiran = sinar
75. Kubra = hebat, tertinggi, terunggul
76. Kaina = kehidupan sekarang
77. Kamila / Kamilah / Kameelah = sempurna
78. Khansa = nama Arab lama
79. Kabira = besar
80. Kalsom / Kalsoom / Kalthum = cantik, menawan
81. Khola = idea, kreatif
82. Khirad = bijak, pandai
83. Khaliqa = berakhlak baik
84. Kamali = pembimbing, pelindung
85. Kaylee = yang disayangi
86. Karen = suci
87. Keisha = wanita
88. Kashmala = rantai bunga
89. Kasturi = bunga, burung
90. Kalila = disayangi
91. Khaira = terbaik, perdana
92. Khira = mata bersinar
93. Khalisa = murni, benar, jelas
94. Karina = mulia
95. Khaalida = abadi
96. Kadri = murni
97. Kasira = wanita berani
98. Kariman = wanita pemurah
99. Kadira = kuat
100. Khatira = keinginan
Menamakan kanak-kanak mempunyai kesan yang mendalam kepada mereka kerana ia dapat membentuk personaliti dan perkembangan anak, serta hubungan dan interaksinya dengan orang lain dan perkara di sekeliling mereka.
Walaupun nama bayi adalah perhiasan di dunia ini, ia juga mewakili agamanya, dan akan menjadi gelaran kehormatan yang akan dipanggil di Akhirat kelak. Jadi pilihlah nama yang Ibu rasa paling memanggil-manggil di hati.
Ibu juga boleh lihat senarai nama bayi perempuan A-Z disini.
Semoga senarai ini dapat membantu Ibu dalam memberi nama yang manis buat si puteri, dan semoga berjaya!