Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ini Himpunan 70 Nama Anak Perempuan Huruf Q Yang Amat Unik

nama anak perempuan huruf Q

Sumber: freepik

Islam sangat menggalakkan agar anak diberi nama dengan nama-nama yang baik kerana secara umumnya nama memiliki pengaruh terhadap seseorang yang memilikinya.

Nama juga mencerminkan pemikiran ibu bapa, sama ada mereka tergolong dari orang-orang yang mengikuti petunjuk Rasulullah SAW atau memiliki pemikiran yang tercemar atau menyimpang dengan nama yang dipilih untuk diberi kepada anak.

Nama yang baik juga dapat memberi suatu kepuasan atau kegembiraan kepada anak-anak.

Bayangkan Mama, bila anak dah pandai bercakap nanti mesti mereka akan tanya kenapa mereka diberi nama tersebut dan apa maknanya.

Alangkah bahagianya Mama dan Papa nanti memberi jawapan yang menyenangkan untuk si anak sebab memberi nama yang baik-baik.

Nama baik yang diberikan kepada anak juga menjadi salah satu pendidikan paling awal untuk mereka.

Bila anak dapat tahu yang namanya adalah sesuatu yang mulia dan tinggi, inshaAllah dia akan bercita-cita setinggi dan semulia namanya seperti apa yang diharapkan oleh ibu bapanya kan?

Highlighted

Sumber: Getty Images

Mama ada terfikir untuk memberi nama si puteri bermula dengan huruf Q?

Sedap bunyi nama yang bermula dengan huruf Q kan? Unik betul!
Berikut adalah senarai nama anak perempuan huruf Q untuk puteri anda.

  1. Qaabilah = wanita berkebolehan
  2. Qaadehah = pesaing
  3. Qaadmah = datang
  4. Qaadrin = berkuasa
  5. Qaariah = pengaji (Quran)
  6. Qaatia’a = burung
  7. Qabalah = tanggungjawab
  8. Qabila = bijak
  9. Qabool = diterima
  10. Qabra = syurga
  11. Qadira = berkuasa/mampu
  12. Qadr = takdir
  13. Qadriyah = mempercayai wasiat Tuhan
  14. Qadva = ketua
  15. Qahira = berjaya
  16. Qaifa = penganggar
  17. Qailah = petah bercakap
  18. Qaisarah = ratu permaisuri
  19. Qaima = kurnia
  20. Qamar = bulan penuh
  21. Qameer = pengaji hadith
  22. Qamri = seperti burung merpati
  23. Qanaat = sabar
  24. Qaniah = berpendapat
  25. Qanita = pengirim
  26. Qantara = jambatan kecil
  27. Qanturah = nama isteri ketiga Nabi Ibrahim
  28. Qaraah = awan kecil
  29. Qarasafahl = seorang perawi hadith
  30. Qareha = penghakiman
  31. Qareena = adab
  32. Qaribah = nama seorang sarjana wanita
  33. Qarsafah = nama seorang perawi hadith
  34. Qaseema = wanita cantik
  35. Qasiba = seorang yang main seruling
  36. Qasida = pengutus
  37. Qasira = penyabar
  38. Qasoomah = seorang penyair wanita
  39. Qaswa = nama unta Nabi
  40. Qaylah = nama sahabat wanita
  41. Qaymayriyah = nama pelajar hadith
  42. Qazla = warna coklat kemerahan
  43. Qibaalah = saksama
  44. Qildooh = rantai leher
  45. Qindeel = cahaya
  46. Qiraam = cantik
  47. Qiraat = tilawah yang indah
  48. Qisaf = rapuh
  49. Qismah = takdir
  50. Quadriyyah = kuat
  51. Qubilah = sepakat
  52. Quddusiyyah = wanita alim
  53. Qudrah = kuat
  54. Qudsia = kesucian
  55. Qudwa = model/contoh
  56. Quraisya = kuat
  57. Quraybah = rahim
  58. Qareer = makmur
  59. Qurratul Ain = menyejukkan
  60. Qutaylah = nama sahabat perempuan
  61. Qutayyah = pelajar hadith
  62. Qateen = seperti sutera
  63. Qayuma = kehidupan
  64. Qazah = warna=warni
  65. Qudus = paling suci
  66. Qalch = pedang
  67. Qadimah = tinggi
  68. Qanuut = taat
  69. Qistina = keadilan
  70. Qitoon = tali sutera

Haa, macam mana? Mama tertarik dengan mana-mana nama di atas? M

emang sesetengah nama pelik bunyinya kan? Hakikatnya kalau digabungkan dengan perkataan Arab yang lain, tentu penuh makna nama anak itu!

Nama-nama tersebut di atas, walaupun kurang popular di Malaysia, tetapi memang banyak di jumpai di negara Islam lain.

Sumber: Getty Images

Meskipun nama hanyalah sesuatu yang bersifat maknawi, tetapi nama memiliki nilai yang amat tinggi, tak terkira nilainya dibandingkan dengan harta benda. Orang akan lebih menjaga nama daripada hartanya, betul tak?

Tapi Mama janganlah pening-pening sangat memikirkan nama anak! Cuba buat senarai yang pendek, dalam lima nama yang Mama rasa hati dah betul-betul terpikat.

Anda juga boleh melihat senarai nama bayi perempuan A-Z disini.

Semoga senarai ini dapat membantu Mama dalam memberi nama yang manis buat si puteri, dan semoga berjaya!