Ibu, Bayi & Kanak Kanak

100 Nama-Nama Anak Perempuan Huruf R Beserta Makna Yang Sedap

bayi perempuan tidur senyum

Sumber: Freepik (javi_indy)

Nama merupakan identiti diri dan salah satu cara untuk saling memahami dalam berkomunikasi dengan orang lain.

Memberi nama anak yang baik-baik adalah sangat penting dalam Islam.

Nama yang diberikan kepada seorang bayi yang dilahirkan merupakan hiasan, tumpuan, dan justeru syi’ar yang dengannya ia dipanggil semasa didunia mahupun di akhirat.

Rasulullah SAW juga sering mengganti nama seseorang yang baru menganut agama Islam jika sebelum itu nama orang tersebut mempunyai makna yang tidak baik pada pandangan Islam.

Jadi Mama dan Papa perlu memilih nama yang baik untuk anaknya, dari segi lafaz mahupun maknanya.

Highlighted

Sumber: Getty Images

Di antara ciri-ciri nama yang baik termasuklah sejuk di lisan, indah, sedap didengar, mengandungi makna yang mulia dan jauh dari segala makna dan sifat yang diharamkan dan memiliki erti yang buruk.

Ada sebuah ungkapan yang mengatakan,

Merupakan hak seorang anak daripada ayahnya adalah memilihkan untuknya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mewariskan kepadanya adab (pendidikan) yang baik.

Mama dan Papa pernah terfikir untuk memberi nama anak perempuan bermula dengan huruf R?

Cuba anda lihat senarai di bawah ini, mana tau ada nama yang menarik perhatian.

100 Nama Anak Perempuan Huruf R

  1. Raabia = bukit
  2. Raahi = pengembara
  3. Raaida = penjelajah
  4. Raaiqa = murni
  5. Raabeen = taat
  6. Raawiya = pemancar
  7. Raazia = memuaskan
  8. Rabab = awan putih
  9. Rabeea = taman
  10. Rabhya = diraikan
  11. Rabia = musim bunga
  12. Rabiha = pemenang
  13. Rabita = ikatan
  14. Rabwah = tanah tinggi
  15. Radwa = nama bukit di Madinah
  16. Raeesah = permaisuri/wanita mulia
  17. Rafa = kegembiraan
  18. Rafat = belas kasihan
  19. Rafeeqah = lembut hati
  20. Rafia = mulia
  21. Rafiah = luhur/indah
  22. Rafidah = sokongan
  23. Rafiqah = sahabat
  24. Rafqa = lebar
  25. Raghad = menyenangkan
  26. Raghada = kemewahan
  27. Raghibah = berkeinginan
  28. Raghid = keselesaan
  29. Raheda = berfikiran baik
  30. Raheebah = wanita yang pemurah
  31. Raheemah = penyayang
  32. Rahifa = tajam
  33. Rahila = pengembara
  34. Rahima = mengasihani
  35. Rahmaa = membelas kasihani
  36. Raidah = ketua
  37. Raifah = mengasihani
  38. Raihana = wangi bunga mawar
  39. Raim = ibu yang menyayangi anak
  40. Raima = menawan
  41. Raisa = orang atasan
  42. Raitah = seorang perawi hadith
  43. Raizel = bunga mawar
  44. Rajia = harapan
  45. Rajwa = harapan
  46. Rakhima = dominan
  47. Rakina = tegas/mantap
  48. Rameesha = sejambak bunga mawar
  49. Ramia = penghantar
  50. Ramineh = wanita pendiam
  51. Ramla = pasir/isteri Nabi
  52. Ramlah = nama lama Arab
  53. Ramzeela = bunga di syurga
  54. Ramzia = hadiah
  55. Raneem = membaca dengan suara merdu
  56. Raniyah = memandang
  57. Raqeema = pandai
  58. Raqia = berpangkat tinggi
  59. Rashauna = bunga/perisai
  60. Rasheeda = bijak/matang
  61. Rashiqa = anggun
  62. Rasikha = mantap
  63. Rasima = perancang
  64. Ratiba = teratur
  65. Rawhah = baik
  66. Rayme = penyayang
  67. Razaanah = penyabar
  68. Razina = tenang
  69. Reeha = udara
  70. Refija = tinggi dan cantik
  71. Refika = sahabat
  72. Rehemat = hadiah
  73. Rehwa = nama purba sungai Narmada
  74. Rekhmina = nama kain sutera
  75. Remitha = menggembirakan
  76. Reshtina = jujur
  77. Rewan = jiwa
  78. Rifaat = tinggi
  79. Rifah = maruah
  80. Rifqa = baik
  81. Riwana = cahaya bulan
  82. Rizqin = rezeki
  83. Rizwana = cantik/penjaga syurga
  84. Rojin = cantik seperti matahari
  85. Romana = buah delima/buah di syurga
  86. Romeesa = kecantikan syurga
  87. Roohi = wanita rohani
  88. Roshina = bercahaya
  89. Roshini = cahaya
  90. Rozhin = subuh
  91. Ruba = bukit
  92. Rubaina = cerah
  93. Rubeina = air terjun cinta
  94. Rubiya = ketibaan musim bunga
  95. Rudaynah = nama lama Arab
  96. Rufqa = bermanfaat
  97. Ruhaimah = wanita mengasihani
  98. Ruhaniya = wanita berohani
  99. Ruhina = bau seperti pewangi
  100. Rukayat = dicintai Tuhan

 

Sumber: Getty Images

Nama-nama perempuan yang bermula dengan huruf R yang disenaraikan di atas cantik-cantik belaka kan bunyi dan maknanya?

Mama dan Papa ada tertarik dengan mana-mana nama tak? Jika digabungkan dengan perkataan Arab lain yang sesuai, tentu manis sekali si puteri punya nama nanti.

Mama dan Papa juga boleh melihat senarai nama bayi perempuan A-Z disini.

Kalau Mama dan Papa sedang menjangkakan ketibaan bayi perempuan dan terlintas di hati untuk menamakan si puteri yang bermula dengan huruf R, jangan lupa untuk bookmark senarai nama di atas!

Semoga berjaya memilih nama yang sesuai untuk si comel anda!