Ibu, Bayi & Kanak Kanak

100 Nama Anak Perempuan Huruf S Beserta Makna Yang Indah

nama bayi perempuan huruf S

Sumber: istockphoto

Nama yang paling disukai Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W.:

Nama-nama yang paling disukai di sisi Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman. – Hadits riwayat Abu Daud

Tetapi nama-nama ini secara umumnya sesuai untuk anak lelaki sahaja. Bagaimana jika anda dikurniakan seorang puteri?

Sebenarnya terdapat begitu banyak nama yang elok maknanya dan indah didengari untuk bayi perempuan. Menamakan bayi anda dengan nama yang baik juga merupakan suruhan Allah dan sunnah Rasulullah.

Dibawah merupakan senarai nama anak perempuan huruf S yang boleh dijadikan pilihan buat bakal puteri anda.

100 Nama Anak Perempuan Huruf S Beserta Makna Yang Indah Dalam Islam

Highlighted

Sumber: istockphoto

Dalam senarai nama-nama yang indah untuk bayi perempuan dalam Islam, banyak daripadanya yang bermula dengan huruf S.
Sama ada hanya sepatah atau gabungan beberapa perkataan,  berikut adalah 100 nama bayi perempuan huruf S yang boleh membawa cerminan yang elok untuk si manja.

  1. Sa’adah = kebahagiaan
  2. Sa’diah = berbahagia
  3. Sa’diyah = berbahagia
  4. Sabariah = kesabaran
  5. Sabihah = yang berseri dan cantik
  6. Sabirah = sabar
  7. Sabreen = kesabaran
  8. Sabrina = kesabaran
  9. Sadidah = jitu, tepat sasaran, benar
  10. Safa = Bukit Safa di Masjid Al-Haram
  11. Safa = kesucian, bersih, putih
  12. Safanah = anak Hatim Al-Ajwad, wanita yang memeluk Islam kerana Rasulullah S.A.W.
  13. Safi = suci, bersih
  14. Safiah = yang bersih, yang ikhlas
  15. Safiya = gadis yang berakhlak mulia
  16. Safiyyah = suci, tenang, rakan baik
  17. Safwah = yang bersih, yang terbaik
  18. Safwanah = yang bersih, yang ikhlas
  19. Sahar = waktu malam sebelum fajar
  20. Sahlah = perempuan yang memudahkan urusan dan menyenangkan orang lain
  21. Saidah = berbahagia
  22. Sa’idah = berbahagia
  23. Saifanah = pedang terhunus
  24. Saimah = yang berpuasa
  25. Saiyidah = ketua, pemimpin
  26. Sajidah = yang bersujud
  27. Sakina = lembut, hening, tenang, tenteram
  28. Sakinah = ketenangan
  29. Salamah = kesejahteraan
  30. Salimah = yang sejahtera, yang selamat
  31. Salima = aman, lengkap
  32. Salma = selamat
  33. Salmah = tenang, selamat
  34. Salsabela = mata air di syurga
  35. Salsabiela = mata air di syurga
  36. Salsabila = mata air di syurga
  37. Samihah = lemah lembut, murah hati, dermawan
  38. Samirah = teman berbual, penghibur
  39. Samiyah = kedudukan tinggi
  40. Sa’udah = yang berbahagia
  41. Sarah = keriangan, nama isteri Nabi Ibrahim A.S.
  42. Saramah = ketegasan
  43. Sarimah = yang tegas, keazaman
  44. Satirah = yang menutupi
  45. Sayyidah = pemimpin
  46. Shabirah = bersabar
  47. Shababah = kerinduan yang halus, kerinduan yang membara
  48. Shabwah = kerinduan
  49. Shadiqah = benar, jujur
  50. Shafiyah = jernih
  51. Shafiyyah = kawan tulus ikhlas
  52. Shakira = syukur, berterima kasih
  53. Shakeela = cantik, indah
  54. Shaza = harum, wangi
  55. Shiddiqah = membenarkan, sangat jujur
  56. Shobiroh = bersabar
  57. Sholehah = baik
  58. Shurooq = matahari terbit, terbit
  59. Siti = gelaran untuk wanita
  60. Sobah/ Sobahul = waktu pagi
  61. Sohiba = bergaul, menyertai, berkawan
  62. Soleha = baik
  63. Solehah = baik
  64. Su’ad = yang berbahagia
  65. Su’aidah = yang berbahagia
  66. Suhailah = mudah, senang mengalah
  67. Suhayla = mudah, senang mengalah
  68. Sukainah = tenang, tentram
  69. Sulaimah = selamat
  70. Sulthanah = penguasa wanita
  71. Sumayyah = tokoh wanita syahid di jalan Allah
  72. Sundus = sutera yang sangat halus pakaian ahli syurga
  73. Sunniyah = penganut ahlussunnah
  74. Suraiya = cantik
  75. Surayya = bintang
  76. Syahidah = wanita yang mati syahid
  77. Syafa = penawar
  78. Syafa’ah = pertolongan, pembelaan
  79. Syafiqah = belas kasih, penyayang
  80. Syafiqoh = belas kasih, penyayang
  81. Syaghafu = cinta yang mendalam
  82. Syahira = yang terkenal, ternama
  83. Syahirah = terkenal, ternama
  84. Syaikhoh = gelar kehormatan
  85. Sya’irah = pandai menyusun syair
  86. Syajarah = pohon
  87. Syakira = yang mensyukuri
  88. Syakirah = yang mensyukuri
  89. Syamim = keharumanku
  90. Syamsiyah = matahari
  91. Syarifah = mulia
  92. Syauqy = rinduku
  93. Syauqiyah = rindu
  94. Syaza = harum, wangi
  95. Syazwani = keharumanku
  96. Syibrah = pemberian
  97. Syifa’ = penawar, penyembuh
  98. Syirin = nama wanita dahulu
  99. Syukriyah = yang memiliki sifat syukur
  100. Syu’araa = penyair
Sumber: Motherhood.com

Memang banyak nama untuk anak perempuan yang mengandungi makna-makna yang elok dalam bahasa Arab dan juga Al-Quran. Sesetengah perkataan mungkin kedengaran seperti tergantung tetapi jika digabungkan dengan perkataan yang lain, ia boleh membawa makna yang sangat elok.

Namun dalam memilih nama yang berasal dari bahasa Arab, para ibu dan bapa haruslah berhati-hati kerana bahasa Arab itu sendiri merupakan bahasa yang unik dan luas aspek linguistiknya.

Jangan lupa untuk rujuk ustaz dan mereka yang pakar ya!