Anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Tidak kira lelaki atau perempuan, anak-anak memberikan kebahagiaan yang tidak terkata kepada ibu bapa.
Walau bagaimanapun, pada zaman dahulu, terutamanya pada zaman jahiliah dan juga dalam beberapa kaum dan keturunan, mendapat anak perempuan dianggap mendatangkan malang! Ini kerana anak lelaki dianggap sebagai pewaris yang lebih baik berbanding dengan anak perempuan.
Highlighted
Namun, dalam Islam, anak perempuan mendapat tempat yang dihormati dan adalah menjadi suatu berkat. Dalam suatu hadith yang diriwayatkan Anas r.a.,
“Barangsiapa yang menyantuni dua anak perempuan hingga mereka dewasa, maka dia dan aku akan datang pada hari kiamat (berdekatan antara satu sama lain) seperti ini – Rasulullah s.a.w menyatukan jari-jarinya untuk menggambarkan kedekatan.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda:
“Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan dan memperlakukan mereka dengan baik, maka anak-anak perempuan itu akan menjadi perisai baginya dari api neraka.”
(Bukhari Muslim)
Jelas sekali anak perempuan mendapat tempat terpuji dalam Islam, dan setiap pasangan ibu bapa perlu bersyukur dengan nikmat yang diberi.
Jika Ibu dan Ayah bakal menimang cahaya mata perempuan kelak dan sedang mencari-cari nama anak perempuan, apa kata Ibu dan Ayah lihat senarai nama anak perempuan huruf W dibawah berserta maknanya.
100 Nama Anak Perempuan Huruf W
1. Wafa = kesetiaan
2. Wajiha = wanita cantik, mulia
3. Wareesha = kecerahan
4. Waniya = berkat Tuhan
5. Warda / Wardah = bunga ros
6. Wasifa = pujian
7. Wadia = amanah, komitmen
8. Walia = pewaris, pemilik
9. Wajeeha = terkemuka, terbilang
10. Warina = unik
11. Wahida / Waheeda = satu, unik, solo
12. Washma = berbudaya
13. Wirda = bunga ros
14. Widad = cinta
15. Waqia = tinggi, bijaksana, dihormati
16. Wisaal = percintaan
17. Wijdan = sentimen
18. Wafia / Wafiya = hak, setia
19. Waliyah = puteri
20. Wahiba = pemberi
21. Wisam = hiasan, pingat
22. Wafa’ / Wafaa’ = kesetiaan
23. Waizaa = menasihati
24. Wasiya = berkali ganda
25. Wala = setia
26. Warisa = pemilik, pembantu
27. Wajd = semangat, emosi yang kuat
28. Wasima / Waseema = cantik, anggun
29. Wasia = tekad
30. Wasila = sahabat
31. Wajida = katil bayi
32. Waqi = jatuh
33. Wasma = wajah cantik
34. Wajahad / Wajahat = penghargaan
35. Wafiyah = setia
36. Wasna = nama seorang perawi hadith
37. Wasiqa – teguh, stabil
38. Wajihah = terbilang
39. Waraqa = kaya
40. Wabisa = sesuatu yang cerah
41. Wadiah = tenang, ketenangan
42. Wifaq = harmoni
43. Waahibah = pemberi, pemurah
44. Wided = kasih sayang
45. Waheeba Ali = pemaaf
46. Wagma = angin pagi, embun
47. Wafeeqa = berjaya
48. Wesqa = secara kuat
49. Waasifah = menjelaskan
50. Waajida = berpuas hati, kaya, kekasih
51. Walidah = baru lahir
52. Warsan = berita baik
53. Waiya = pelindung
54. Waziya = perintah
55. Waji / Wajee = gembira, riang, menyenangkan
56. Waajidah = seseorang yang mencapai matlamatnya dalam hidup, disayangi, dikasihi
57. Waqar = maruah
58. Warqa = kertas, daun
59. Wafiyyah = setia
60. Waajida = mulia, bangsawan
61. Wahuj = cahaya pertama hari, subuh, permulaan baru
62. Wasilla = ikatan
63. Wazeera = menteri
64. Wafiza = udara segar
65. Wajih = terkenal, terkemuka, bangsawan
66. Wadaana = makmur
67. Wadi = lembut, tenang
68. Wasfiyah = menggambarkan
69. Wakeela = wakil
70. Wasifah = penerangan
71. Wediqa = kehijauan
72. Wahifa = dayang, pembantu
73. Wajna = pipi
74. Waddia = mesra
75. Wahabah = nama seorang penyair
76. Wijida = teruja
77. Wahbiyah = pemurah
78. Wateeb = hati
79. Wadeedah = kekasih, kawan, berbakti
80. Waqida = api obor
81. Wadaat = damai, lembut
82. Waseefah = hamba
83. Wakee / Wakalat = pembela
84. Waqeea = terhormat
85. Wida = kekasih, sayang
86. Widya = seni, kraf, kemahiran, kepakaran
87. Wahaag = keinginan
88. Weeda = bunga
89. Wasfia = terpuji
90. Waya = niat
91. Weena = nama seorang wanita dari Rom
92. Widha = wanita dengan kulit muka cerah
93. Weeta = kehidupan
94. Weera = kepercayaan, keyakinan
95. Washa = pedang
96. Wishma = rintikan hujan
97. Wasla = perhubungan, kehormatan
98. Waseela = hakim perempuan
99. Wasta = pujian, sanjungan
100. Wisa = tulen, ikhlas
Banyak betul nama-nama anak perempuan huruf W yang unik bunyinya tetapi membawa maksud yang indah sekali. Walaupun ada yang mungkin tak masuk akal maknanya untuk dijadikan nama seseorang, gabungan dua nama selalunya dapat memberikan makna yang amat istimewa.
Penamaan seseorang individu mempunyai kesan yang mendalam kepada setiap orang, terutamanya kanak-kanak kerana ia dapat membentuk personaliti dan perkembangan anak, serta hubungan dan interaksinya dengan orang lain dan perkara di sekeliling mereka.
Ibu juga boleh lihat senarai nama bayi perempuan A-Z disini.
Semoga senarai ini dapat membantu Ibu dalam memberi nama yang manis buat si puteri yang bakal lahir kelak. Semoga berjaya!