Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Nota Indah Buat Ibu Yang Mempunyai Anak Autisme

note

 

Makan bersama anak kecil amat sukar, tetapi untuk sesetengah ibubapa yang mempunyai anak yang menghidap autism, tekanan yang diterima di meja makan adalah sangat berlainan.

Bagi Jamie Heustess dan anak lelakinya, bergantung pada masa, dan biasanya. Ian berkelakuan baik di restoran. Walaubagaimanapun, apabila keluarganya singgah di Cracker Barrel, suaminya terpaksa membawa anaknya pulang tanpa menjamah apapun.

“Selepas Chris dan Ian pergi, pelayan disitu datang untuk mengambil pesanan. Ia mungkin kali yang kelima atau enam dia datang ke meja kami,” Jamie berkongsi di Love What Matters Facebook page. “Ya, saya mahu membuat pesanan, hanya untuk saya.”

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Mengelirukan, pelayan itu bertanya jika suami dan anaknya mahukan apa-apa dan Jamie menjelaskan bahawa mereka terpaksa pergi untuk mengurangkan stimulasi di sekeliling Ian. “Saya memberitahunya bahawa Ian seorang autistic dan telah mempunyai hari yang panjang, hari anugerah, karate, Wal-Mart. Dia teransang apabila melihat permainan Nemo/ Dory  — salah satu dari keduanya.” Jelasnya. “Kali ini saya menangis bukan kerana saya malu memiliki anak sepertinya, tetapi kerana dia seorang yang baik dan saya tidak mahu orang lain menganggapnya nakal.”

Pelayan yang baik tersebut berkata bahawa dia akan membuatkan pesanan Jamie dengan cepat. Apabila pelayan tersebut kembali 15 minit kemudian bersama makanannya, dia memaklumkan bahawa Jamie tidak perlu membayar makanannya pada hari ini.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Apabila dia melihat pada begnya, dia terlihat cebisan kertas yang ditampal.

“Saya menyangkakan ia adalah resit . . . tidak . . . ia jauh lebih berharga,” ujarnya. “Di tengah kesedihan yang melanda dia menyentuh saya dengan ayat-ayat galakan dan kebaikan hatinya: dia menulis, “Anak anda sangat istimewa. Kuatkan semangat. Anda telah melakukan yang terbaik. Semoga malam anda indah.  Kailyn.”

Nota Kailyn dilekatkan di peti sejuk Jamie sebagai ingatan disebalik kesusahan terletak kebaikan hati seseorang walaupun tidak dikenali.

Artikel ini dipetik dari OneMomReceivedANote