Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Seorang Ibu Meninggalkan Satu Nota Penuh Sindiran

mom and kids

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

“Peraturan” lucu yang di buat oleh seorang ibu untuk pengasuhnya.

Meninggalkan anak kecil anda bersama pengasuh seharian amat merisaukan anda, terutamanya jika seseorang menggalas kerjanya buat pertama kali. Sesetengah ibu bapa memilih untuk menangani tekanan itu dengan menyenaraikan apa yang patut di lakukan semasa mengasuh (i.e tidak boleh makan aiskrim pada waktu malam, hanya satu jam menonton televisyen dibenarkan dan perlu tidur pada 8 malam). Tetapi seorang ibu bertindak untuk mengambil langkah berbeza dengan senarai yang ditinggalkan buat pengasuhnya, dan ia amat melucukan.

Apabila seorang gadis tiba di rumah tersebut, dia mendapati satu nota menarik daripada majikannya. Senarai “peraturan dan panduan,” senarai yang ditulis termasuklah 10 senarai khusus untuk menjaga mereka. Nyata, peraturannya adalah melucukan, sebagaimana ibu itu menulis, “saya galakkan mereka untuk menonton televisyen sebanyak mana yang mereka mahu, supaya mereka akan membiarkan saya sendirian. Awak juga boleh berbuat demikian.” Dia juga mengajar pengasuh itu untuk memberi susu untuk anaknya selepas melayari video di YouTube untuk mempelajari cara-caranya. Ibu ini juga tahu bagaimana untuk menyindir, dan kami sangat terhibur.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Beberapa tips pada nota itu adalah kurang jelas. Tips ke 4 menyuruh pengasuhnya mengelak daripada mengambil anak kucing, manisan, atau anjing dari van misteri yang dipandu oleh David. Siapakah lelaki yang menakutkan ini dan berapa kerap dia membawa barangan ke rumah ini? Ia seperti masalah yang rumit dan kami tidak mahu menyelidikinya.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Ibu yang berkelakuan lucu ini juga memberitahu bahawa dia membenarkan anaknya untuk mengambil seberapa banyak gula yang mereka mahukan dan pada akhir nota ini juga tertulis sesuatu yang semua ibu di sini boleh kaitkan: “jangan percaya apa-apa yang diberitahu oleh mereka,”. Ia seperti ibu ini sangat gembira apabila dia dapat keluar dari rumah tersebut.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Selepas membaca nota tersebut, gadis itu menghantar gambar nota itu kepada teman lelakinya, Malik Brazile. Apabila dia berkongsi gambar tersebut di Twitter: ia sudah menular dan memperoleh lebih dari 32,0000 “likes” dan 16,000 retweets. Hampir 100 orang membalas tweet tersebut dengan mengatakan bahawa mereka tidak dapat menerima berita itu secara logik.

Artikel ini dipetik dari MomLeavesSarcasticNote