Nugget adalah salah satu makanan kegemaran kanak-kanak. Saya bukanlah peminat untuk menyorokkan sayuran di dalam makanan. Nugget veggie ini dapat membantu memikat hati anak anda.Highlighted
Nugget Veggie ini boleh dibekalkan untuk anak anda ke sekolah. Anda boleh hidang semasa masih panas atau suam, dengan sos tomato atau mustard.
Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Bahan-Bahan
- 1 carrot yang dihiris halus
- 3 cawan bunga brokoli
- 1 ulas bawang putih
- 2 telur
- 1¼ serbuk roti berperasa, dibahagikan
- ¾ cawan keju cheddar yang dihiris
- ½ sudu teh serbuk bawang
- ½ sudu teh lada hitam
- 1 sudu minyak kanola
Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Cara-Cara
- Hiris carrot (saya gunakan alat meghiris daripada food processor)
- Kukus brokoli di dalam microwave selama 2 minit atau sehingga lembut
- Masukkan carrot yang dihiris, brokoli kukus, bawang putih, telur, 1 cawan serbuk roti, keju, serbuk bawang, dan lada hitam di dalam food processor dan hidupkan selama 15 saat atau sehingga sebati. Campuran akan membentuk seperti bola. Jika campuran terlalu rapuh, tambahkan air 1 sudu teh sehingga anda capai konsistensi yang sesuai.
- Bentukkan campuran menjadi bola, lebih kurang 1 sudu (saya gunakan scoop ais krim). Anda boleh dapat 25 biji nugget. Penyekkan bebola setebal ½ inci.
- Masukkan baki ¼ cawan serbuk roti di dalam mangkuk cetek. Salut setiap nugget dengan serbuk roti.
- Panaskan minyak di dalam kuali di atas api sederhana, titiskan air untuk memastikan kuali anda sudah cukup panas.
- Susun nugget di atas kuali dan masak sekurang-kurangnya 4 minit di setiap bahagian, atau sehingga rangup dan warna keperang-perangan.
- Hidang bersama mustard, sos tomato, atau sos kegemaran anda.
Maklumat Nutrisi
Saiz Hidangan: 2 nugget Kalori: 140 Lemak: 5g Karbohidrat: 17g Gula: 2g Sodium: 281mg Serat: 2g Protein: 7g Kolesterol: 44mg
Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Artikel dipetik daripada Real Mom Nutrition.