Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Operasi Sekolah di Terengganu dan Johor Akan Bermula 7 November

Sumber: utusantv.com

Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mula beroperasi pada 7 November. KPM menyatakan negeri-negeri tersebut telah menyusur ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke Fasa 4 pada 25 Oktober.

Namun demikian, sekolah dibawah KPM di Terengganu dan Johor akan bermula pada 8 November kerana mengikut takwin KPM yang menunjukkan 7 November adalah cuti tambahan sempena perayaan Deepavali.

Ia melibatkan kemasukan bagi murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) sekolah rendah serta murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 sekolah menengah, menurut kenyataan tersebut.

“KPM telah menetapkan bahawa jika sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya, pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM mengikut ketetapan fasa baharu akan dilaksanakan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyatakan mengenai peralihan fasa PPN bagi Terengganu dan Johor ke Fasa 4 berkuatkuasa 25 Oktober 2021 iaitu hari ini. Kenyataan KPM mengenai sesi pembukaan persekolahan menyusul pengumuman tersebut.

“Kehadiran murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) sekolah rendah serta kelas peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sekolah menengah bagi negeri Johor dan Terengganu bermula pada 14 November 2021, iaitu seminggu selepas negeri-negeri tersebut memulakan pengoperasian berdasarkan ketetapan Fasa 4 PPN,”

Highlighted

Sumber: sinarharian.com.my

Mengikut laporan Berita RTM bagi negeri Fasa Tiga PPN akan melibatkan kehadiran murid prasekolah, murid berkeperluan khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional dan Program Pendidikan Khas Integrasi.

Selain itu, kehadiran turut melibatkan pelajar Tingkatan 6 Semester 2, Prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia, kelas peperiksaan awam di sekolah asrama sepenuhnya/sekolah harian/sekolah swasta, International Baccalaureate Diploma serta kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan IBD) dan kelas peperiksaan antarabangsa lain.

Laporan dari MalaysiaNow menyatakan KPM mempertimbangkan pelajar Tingkatan 5 untuk hadir ke sekolah tanpa sistem giliran berdasarkan kadar vaksinasi yang tinggi bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Utusan Malaysia melaporkan KPM juga menyatakan institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM beroperasi mengikut takwim masing-masing yang telah ditetapkan.