Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ovarian Cyst | Penyakit Yang Sering Menjangkiti Wanita di Usia Muda

ovarian cyst

Kanser rahim, kanser payudara, dan polisistik ovari (PCOS) merupakan antara penyakit yang sering dialami wanita di seluruh dunia. Ovarian Cyst atau Sista Ovari juga merupakan antara penyakit yang sangat digeruni semua wanita. Masih ramai yang belum tahu mengenai bahaya dan tanda-tanda Ovarian Cyst ini.

Apa itu Cyst?

Berdasarkan penjelasan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Fauziah Mohd Hasan yang dipetik dari SinarHarian, cyst adalah satu ketumbuhan pada ovari yang lazimnya mengandungi cecair. Cyst berlaku ketika proses ovulasi dan ketika telur atau ovum dikeluarkan pada setiap bulan.

Apa pula yang dimaksudkan dengan Ovarian Cyst?

Highlighted


Ovarian Cyst atau sista ovari pula merupakan kantung yang berisi air atau lendir yang berada dalam kilang ovari. Diameter sista ovari biasanya melebihi 3cm. Kantung tersebut pula boleh terjadi dalam pelbagai saiz, dari 3cm hingga bersaiz sebiji buah tembikai!

Jenis-jenis Cyst

Sumber: SirapLimau

Menurut perkongsian Dr. Muhammad Izzat yang dipetik dari Facebook Medical Mythbusters Malaysia, terdapat beberapa jenis cyst. Antaranya:

  • Functional Cyst

Functional Cyst berlaku disebabkan oleh hormon dan ubat-ubatan yang menyebabkan proses ovulasi.

  • Simple Cyst – cyst yang paling biasa dijumpai.

Cyst jenis ini terjadi apabila folikel besar pada ovari terus membesar selepas telur dilepaskan pada ovari. Cyst ini turut dikatakan bakal hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan.

  • Endometrioma

Endometriosis atau sel-sel yang terdapat pada rahim, apabila didapati berada di luar rahim akan menyebabkan berlakunya Endometrioma Cyst. Ia boleh berada di tempat selain rahim seperti pada ovari dan juga usus.

Cyst jenis ini mempunyai kaitan dengan unsur genetik dan keturunan.

  • Dermoid Cyst

Dermoid Cyst dikatakan terkandung tisu yang berasal sejak janin lagi. Cyst jenis ini terjadi daripada sel yang menghasilkan telur pada ovari, yang kadang-kadang bercampur dengan rambut, gigi, tulang, lemak, dan lain-lain.

AWAS! Dermoid Cyst boleh berlaku apabila ada jangkitan pada ovari dan tiub fallopia. Kalau anda sering rasa sakit pada pelvis yang berpanjangan, mungkin jangkitan cyst ini semakin kronik. Nanah mungkin berkumpul dalam ovari dan tiub fallopia. Apabila tiub fallopia tersumbat, ini akan menyebabkan sukar hamil. Jika anda hamil, ada risiko kandungan berada di luar rahim.

Siapakah Yang Berisiko Mendapat Ovarian Cyst?

#Wanita Muda 

Ovarian Cyst kerap berlaku dalam kalangan wanita muda kerana sistem reproduktif dan ovarinya masih berfungsi dalam keadaan baik. Sebenarnya ramai yang tak sedar mereka mengalami cyst. Cyst tidak menunjukkan sebarang simptom atau memberikan sebarang masalah pada awalnya.

Cyst hanya akan dikesan apabila individu tersebut membuat ultrasound atau apabila membuat pemeriksaan kesihatan apabila menghadapi masalah kesuburan.

1 dalam 10 wanita yang melakukan pemeriksaan dan didapati dijangkiti cyst HARUS melakukan pembedahan kemudian harinya kerana keadaan cyst yang semakin membesar. 

#Wanita 50-70 tahun 

Sekiranya berlaku ketika lingkungan usia begini, cyst yang berlaku lebih cenderung kepada kanser dan lebih berbahaya.

#Wanita Menopaus 

Sebenarnya, wanita menopaus sepatutnya tidak mempunyai masalah cyst kerana ovarinya sudah berhenti berfungsi.

Tanda-tanda Cyst

Secara umumnya, ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang jelas. Kecuali, cyst anda sudah terlalu besar (atau semakin membesar), anda akan perasan perut anda seperti sedikit buncit atau terdapat seperti ketulan di bahagian bawah perut.

Kesakitan melampau atau pembesaran di bahagian abdomen mungkin menunjukkan anda mengalami Cyst.

Lain-lain tanda anda mungkin telah dijangkiti cyst:

  1. Mengalami kesakitan pada bahagian pelvis, ketika melakukan hubungan kelamin dan sakit ketika haid.
  2. Mengalami masalah membuang air kecil atau besar.
  3. Perut membesar dan terasa ada ketumbuhan di perut.
  4. Rasa kenyang atau perut penuh.
  5. Rasa berat atau sakit pada ari-ari.
  6. Sukar atau kerap mahu terkencing sepanjang masa.
  7. Sakit di belakang atau paha.
  8. Payudara menjadi lembut.
  9. Pening, muntah, dan loya.
  10. Susah untuk mengandung (ada kaitan dengan endometriosis).

Rawatan yang sering dilakukan untuk Ovarian Cyst

Rawatan cyst bergantung pada jenis cyst yang dialami. Menurut Dr. Muhammad Izzat,

#Cyst Folikular atau Corpus Luteal Cyst: rawatan biasa bergantung pada ‘tunggu dan lihat’, dimana doktor pakar sakit puan akan memantau keadaan cyst tersebut semakin membesr atau sudah bertukar bentuk.

#Rawatan Pembedahan: Pembedahan akan dilakukan jika cyst sudah menjadi semakin besar. Walau bagaimanapun, pilihan akan diberikan bergantung kepada tanda-tanda yang dihadapi, bentu cyst dan juga keputusan ujian darah.

Rawatan Mengikut Saiz Cyst:

  1. Simple Cyst berukuran diameter <5cm: Tidak perlu dirawat kerana cyst jenis ini akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan. Rawatan susulan juga mungkin tidak diperlukan.
  2. Simple Cyst berukuran diameter antara 5-7cm: Harus diberikan rawatan susulan; sekurang-kurangnya ultrasound selepas setahun.
  3. Simple Cyst berukuran diameter melebihi 7cm: Perlu menjalani ujian dan pemeriksaan lanjut seperti MRI atau pembedahan.

Bagaimana pula dengan ovari saya sekiranya saya harus melakukan pembedahan membuang cyst?

Menurut Dr. Muhammad Izzat, kedua-dua ovari tidak akan dibuang semasa pembedahan. Hal ini kerana, ovari penting untuk menghasilkan hormon wanita yang diperlukan sebelum mereka menopaus. Dalam kebanyakkan kes, hanya cyst sahaja yang akan dibuang.

Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah keadaan yang memerlukan ovari anda untuk dibuang. Misalnya, keadaan ovarian cyst anda terlalu besar sehingga memenuhi semua ruang ovari.

Selain itu, ovari anda mungkin akan dibuang juga sekiranya cyst tersebut sudah terpusing sehingga menyebabkan peredaran darah pada ovari terputus, atau berpotensi menjadi kanser.

Ovarian Cyst VS Sindrom Polisistik Ovari (PCOS)

Anda juga tidak disarankan untuk mengambil sebarang makanan tambahan, ubat-ubatan herba atau sebagainya untuk merawat cyst! Rujuk dan dapatkan pandangan pakar terlebih dahulu sebelum anda mempercayai para penjual suplemen tersebut.