Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tips Memilih Pagar Rumah & 16 Design Terkini Menjadi Pilihan Rakyat Malaysia

pagar rumah

Kredit gambar: myhomemyzone.com

Pagar rumah merupakan suatu kepentingan yang perlu ada di setiap rumah pada masa kini di mana ia memainkan banyak fungsi dalam pelbagai hal.

Selain mewujudkan ruang privasi, pagar juga memainkan peranan dari segi keselamatan dan juga keselesaan tuan rumah ketika beriadah atau melakukan sebarang aktiviti di perkarangan rumah mereka.

Terdapat banyak jenis pagar yang mempunyai rekaan yang unik, cantik, moden dan dibina dengan bahan berkualiti tinggi. Malah, setiap pagar ini juga mempunyai ciri-ciri dan fungsinya yang tersendiri.

Bagi Mommy dan Daddy yang masih lagi mencari jenis pagar yang sesuai dipasang di rumah, di bawah ini kami telah kongsikan beberapa tips pemilihan pagar dan juga jenis-jenisnya. Semoga ia membantu!

Tips Memilih Pagar Rumah

Terdapat beberapa panduan ketika yang perlu Mommy dan Daddy ketahui sebelum membuat pagar di kawasan rumah anda iaitu:

#1. Kos

Aspek utama yang mempengaruhi segala keputusan pembuatan pagar adalah kos. Tentukan berapa bajet kewangan anda berdua untuk membeli bahan membuat pagar, kos upah, kos alatan pertukangan dan sebagainya.

Tentukan juga kos pembaikan atau kos penyelenggaraan yang perlu jika ada kerosakan pada mana-mana bahagian pagar.

Secara umumnya, jika Mommy dan Daddy memilih pagar jenis kayu ketahanannya adalah di antara 5 hingga 10 tahun dan akan berlaku kerosakan lebih awal jika terdapat serangan serangga atau terdedah kepada kelembapan untuk tempoh yang lama.

#2. Tentukan tujuan

Pastikan Mommy dan Daddy mengetahui apakah tujuan sebenar anda memasang pagar. Adakah disebabkan untuk dijadikan hiasan, atau untuk mengelakkan haiwan liar daripada memasuki perkarangan rumah atau untuk keselamatan anda sekeluarga?

Jika jawapannya adalah kerana tujuan keselamatan, Mommy dan Daddy perlu memilih pagar yang berkualiti tinggi, jelas untuk dilihat, mempunyai halangan di bahagian atas, tiada pintasan untuk masuk dengan mudah, sukar untuk dipatah atau dibengkokkan serta mempunyai reka bentuk yang menegak.

#3. Masa

Memasang pagar mengambil masa yang agak lama. Terutama jika Mommy dan Daddy menggunakan pagar dinding batu dan pagar besi. Jika anda ingin mengejar masa, lebih baik sekiranya memilih jenis pagar yang mudah dipasang dan cepat siap.

#4. Cahaya dan angin

Disebabkan keadaan iklim di Malaysia mempunyai suhu yang seragam, Mommy dan Daddy tidak perlu terlalu risau memikirkan jenis pagar yang sesuai dipasang oleh kerana keadaan cuaca seperti ribut bagi menghalangnya.

Malah, jika anda berdua inginkan pencahayaan yang jelas dan sukakan kehadiran angin dan dalam masa yang sama ingin tampil cantik pilihan pagar jenis berbilah adalah paling sesuai.

Pilihan Design Pagar Rumah Yang Menarik

Berikut merupakan beberapa jenis pagar yang boleh Mommy dan Daddy pertimbangkan untuk memasangnya iaitu:

#1. Pagar Piket

Highlighted

Kredit gambar: arafuru.com

Pagar jenis ini sangat popular dipasang di kebanyakan negara dan ia akan kelihatan sangat cantik jika dikelilingi dengan bunga dan kehijuan tumbuhan.

Pagar piket bukan sahaja sesuai digayakan ketika cuaca panas, ia juga sangat kukuh dengan pegangan kuat di tanah dan bahagian atasnya. Ia diperbuat daripada beberapa kayu palet yang berbentuk runcing di bahagian atas.

#2. Pagar Cedar

Kredit gambar: www.agfence.ca

Pagar jenis ini diperbuat daripada kayu cedar semulajadi. Ciri-ciri yang terdapat pada pagar cedar ini adalah ia sangat ringan, tahan lama dan sesuai dijadikan pagar di kawasan rumah Mommy dan Daddy.

Ia juga senang untuk dicat dan juga boleh dibasuh untuk membuatkannya kelihatan seperti baharu semula. Keistimewaannya adalah ia tahan reput dan tidak memerlukan rawatan tekanan.

#3. Pagar Rumah Dengan Buluh

Kredit gambar: bambooimport.com

Pagar jenis ini sangat mudah didapati di kawasan berhampiran sungai dan juga di pedalaman kampung atau hutan. Ia sangat tahan lasak dan mempunyai keunikan yang tersendiri.

Bahan asasnya iaitu buluh juga mempunyai pelbagai jenis bentuk, warna dan saiz.

Kebiasaannya, untuk menjadikan buluh tahan lama, kuat dan tidak cepat reput ia akan direndam ke dalam air untuk tempoh yang lama sebelum dipotong untuk membuat pagar.

#4. Pagar Logam

Kredit gambar: profence.com.au

Jika Mommy dan Daddy sukakan kemewahan, pagar logam adalah pilihan terbaik. Pagar jenis ini juga mempunyai ciri keselamatan yang baik dan sesuai dijadikan sebagai salah satu alternatif perlindungan.

Ia mampu tahan dan stabil dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Malah anda juga tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi untuk pembaikan dan pemulihannya.

#5. Pagar Pautan Rantai

Kredit gambar: fenceworksnw.com

Sejak kebelakangan ini, pemilihan pagar jenis pautan rantai ini mula menjadi pilihan ramai.

Mommy dan Daddy boleh melihatnya di merata tempat terutamanya di sekolah-sekolah yang terdapat di Malaysia. Kos untuk memasangnya juga adalah murah berbanding pagar jenis lain.

#6. Pagar Rumah Dengan Batu Bata

Kredit gambar: idesign-ms.cosmetius.com

Kebanyakan rumah di Malaysia lebih gemar memilih pagar jenis batu bata disebabkan ia mudah untuk didapati, murah dan sangat kuat.

Bata yang disusun secara selang-seli mengukuhkan lagi kekuatan dan kestabilannya.

Namun dari segi keselamatan, ia kurang berfungsi begitu juga dengan pengcahayaan dan udara. Tetapi jika anda lebih sukakan privasi, pemilihan pagar jenis ini merupakan yang terbaik sekali.

#7. Pagar Rumah Dengan Tumbuhan

Kredit gambar: www.gardeningetc.com

Jenis pagar ini sangat cantik dengan kawasan rumah dikelilingi tumbuhan menghijau. Udara akan menjadi lebih segar dan perkarangan rumah juga menjadi lebih sejuk.

Sangat unik, tidak memerlukan kos penyelengaraan yang tinggi serta menjadikan rumah Mommy dan Daddy kelihatan mempesonakan. Anda hanya perlu sedikit kerajinan untuk menyiram, memangkas dan membajanya.

#8. Pagar Beton

Kredit gambar: www.bramblefurniture.com

Pilihan lain untuk pagar yang kuat dan tahan lama adalah pagar beton. Pagar ini diperbuat daripada beberapa campuran simen, pasir dan bahan-bahan lain.

Ia sangat tahan kepada tekanan seperti cuaca, serangan serangga, api dan sebagainya. Namun begitu, pagar beton sangat berat dan memerlukan kos pemasangan yang sangat tinggi.

#9. Pagar Rumah Dengan Batu Asli

Kredit gambar: www.popbela.com

Jika Mommy dan Daddy peminat alam semula jadi, selain menggunakan pagar jenis tanaman anda juga boleh memasang pagar yang berbahan batu asli.

Terdapat banyak jenis batu asli yang digunakan, Mommy dan Daddy boleh membuat pilihan bergantung kepada citarasa anda.

Sekiranya anda ingin pagar yang kelihatan elegan, jenis batu asli berwarna hitam sangat sesuai untuk digayakan.

#10. Pagar Batu Granit Dengan Tumbuhan

Kredit gambar: www.popbela.com

Selain itu, gabungan batu granit dan tumbuhan untuk dijadikan pagar juga sesuatu yang sangat unik dan terkini.

Sangat sesuai digayakan bagi anda yang kurang gemar dalam menonjol kemewahan dan inginkan gaya minimalis tetapi kekal elegan.

Terdapat pelbagai warna, saiz dan bentuk batu yang boleh anda pilih untuk memasangnya.

#11. Pagar Lipat

Kredit gambar: www.dekoruma.com

Pagar jenis ini sangat sesuai dipasang jika anda tidak memiliki ruang yang luas. Terdapat pelbagai pilihan untuk model dan juga bahan dalam pemasangan pagar lipat.

Mommy dan Daddy boleh memilih sama ada inginkan bahan jenis besi, kayu keluli atau pun beberapa campuran bahan yang lain.

#12. Pagar Perpaduan Besi, Batu Asli Dan Tumbuhan

Kredit gambar: www.kibrispdr.org

Jika anda sukakan konsep rumah dalam taman, pagar perpaduan besi, batu asli dan tumbuhan ini adalah pilihan yang terbaik. Ianya sangat kukuh, cantik dan unik dengan tarikan semula jadi.

#13. Pagar Monokrom

Kredit gambar: id.pinterest.com

Pemilihan pagar jenis ini juga tidak kurang hebatnya. Sangat moden dengan reka bentuk yang unik dan mengikut trend.

#14. Pagar Jenis Gelongsor

Kredit gambar: automatizareporti.ro

Pagar yang mempunyai kemudahan gelongsor ini sangat memudahkan tugasan membuka dan menutup pintu pagar. Selain mempunyai pelbagai rekaan bentuk, warna dan juga saiz ia juga sangat sesuai dipasang di rumah yang berkepadatan yang kompleks.

Pagar jenis gelongsor ini diperbuat daripada kayu dan besi.

#15. Pagar Rumah Dengan Kaca Kabur

Kredit gambar: id.berita.yahoo.com

Rumah Mommy dan Daddy akan kelihatan moden dan eksklusif jika memasang pagar jenis campuran kaca kabur ini. Ia sangat tahan terhadap semua keadaan cuaca sama ada panas atau pun hujan.

Kaca kabur ini juga mewujudkan suasana privasi buat di rumah.

#16. Pagar Rumah Dengan Gaya Kontemporari

Kredit gambar: indonesian.alibaba.com

Pagar jenis ini terdiri daripada pelbagai jenis rekaan bentuk iaitu sama ada segi empat sama, bulatan dan lain-lain lagi.

Ia diperbuat menggunakan bahan-bahan seperti besi dan juga aluminium di mana ia sangat mudah untuk dibentuk. Mommy dan Daddy juga boleh padankan dengan warna yang neutral untuk tingkatkan lagi gaya kontemporari yang dimiliki.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat!


Mommy dan Daddy juga boleh mempelajari cara untuk deko rumah dengan lebih cantik dan menarik di SINI!